Friday, December 31, 2010

Tahun Baru.

Salam Tahun Baru untuk semua. :)

Wassalam. :)
Makan Hati. 


Saudara aku dapat 5A untuk UPSR tahun ni, haha, happy la jugak. Aku memang dah agak dah pun dia dapat 5A. Di tu pelajar pandai pun. Dan, baru-baru ni, aku dengar dia dapat masuk SMKA Kuala Selangor. Tahniah.


Tapi sebenarnye aku rase macam nak marah je, marah diri sendiri lah kot, sebab tak dapat masuk asrama, bukan nye aku taknak, cuma, aku tak rasa aku boleh tinggalkan keluarga aku macam tu je, Kakak aku yang first dah kahwin, abang aku duduk kat Shah Alam, kakak aku yang lagi sorang tu pulak belajar kat Perlis. Takkan aku pun nak tinggalkan parents aku kot? 


Nenek aku selalu ungkit pasal aku tak masuk asrama, kata aku ni anak manja lah, aku ni pemalas lah, tak berdikari lah. Hampeh. Dan aku pasti makcik-pakcik aku pun ada cakap pasal aku. Aku paling tak suka bila orang nak masuk campur dengan keputusan aku. Bukannya hidup diorang pun. 


Dan, berikutan daripada itu, aku telah di-blacklist-kan. Entahlah, aku rasa nenek aku nak aku masuk asrama sebab nanti boleh lah dia cerita kat orang lain. Ouh cucu aku tu dapat 7A dapat masuk asrama. Perhh, aku tak suka bila orang tua showoff


Dan, dua minggu lepas, masa aku kat kampung, makcik aku bagi saudara aku duit, tak tahu lah berapa tapi ianya cukup untuk membuatkan aku makan hati sebab masa aku dapat 7A dulu aku takde pun dapat duit dari dia. Haha, apa je lah aku ni kan? ish3. Wassalam. :)


Sorry kalau ada typos, aku tengah lapar. lol
2011!?


Hari ni, merupakan hari terakhir aku, dalam tahun 2010. Tahun yang amat bermakna bagi aku. Tahun dimana aku belajar untuk menerima kekurangan dalam hidup aku. Keluarga yang agak supportive Kenali diri aku yang sebenarnya. Dengan cengkawan yang awesome gila. Agak sedih, susah nak lupakan tahun yang paling best sepanjang hidup aku. Entah lah, mungkin sebab tahun depan aku nak SPM kot. haha

Thursday, December 30, 2010

Bola!?


Haha, korang mesti fikir yang aku ni tak suka tengok bola kan? hehe, memang pun. Bukan tak suka, malas je kot. Lagi pun aku tak ada channel sports. <ALASAN. Tapi, apa-apa pun, tahniah lah Malaysia. Harimau Malaya menang lawan Indonesia. Tadi aku sempat la jugak tengok sikit masa diorang lawan bola tadi. RTM kan ada. Cayalah. Agak nye lepas ni aku minat bola kot. LOL. Wassalam.

Monday, December 27, 2010

Kampung Aku. Kampung Dia.

LOL. Tajuk tak ada kaitan dengan apa yang aku nak ceritakan ni pun. Saja nak tarik perhatian korang semua. haha. Ok.

Buat pengatahuan korang, pagi Jumaat minggu lepas, aku bertolak dari rumah aku untuk balik kampung aku kat Perak. (ye aku orang Perak, SilverMan) Sepanjang aku dekat kampung, aku telah melakukan perkara yang agak tak matang seperti lompat atas katil, main pillow-fight dengan cousins aku <aku tercedera main dengan diorang>, dan ada lah benda lain. 

Tapi yang aku nak cerita kat korang ni, pasal lawak-lawak aku yang tak terjadi, maksud aku, semua lawak tu aku terfikir nak buat tapi masa dan keadaan tak sesuai membuatkan lawak tu tak kelakar langsung. 

Antara lawak yang tak terjadi:
*situasi di dalam masjid masa nak solat jumaat*
*semua orang bersiap-siap nak masuk barisan saf*
ada orang kat tepi aku, aku namakan dia anon. , tempat kitorang dah ada sejadah. tetiba ada orang tepi anon. ni, pengang sejadah.
Orang Tepi Anon.: weyh, pas kan sejadah ni kat orang sebelah sana.
Anon.: *amik sejadah tu**hulur kat aku* Weyh, pas-pas kan.
Aku: Apa pas-pas? Aku orang BN. LOL. 
memandangkan masa tu aku kat dalam masjid, aku tak jadi nak buat lawak, lagi pun hal sensitif kot. dan, kenalah hormat rumah Allah. 

Wassalam. :) tq 4 reading. lol


Friday, December 24, 2010

Bangun pagi, gosok gigi, tralala...

Orang kata, bangun awal rezeki banyak. Aku ni, baru tidur 3 jam, sekarang dan nak dekat pukul 3, terjaga pulak. Esok aku balik kampung, awal pagi. Agak bosan sebab takde line kat sana. (Doakan aku agar tidak mati kebosanan).

Apa pun, pasal rezeki ni, haha, saudara aku nak bertunang hari Sabtu ni, rezeki dia en. So, syukur, Alhamdulillah. Aku sebenarnya dah takde topik nak cakap, normal lah, pagi buat ni nak cari idea?, gilaa ke apa??

Ouh yea, lagi 8 hari nak bukak sekolah, tak sabar nak tengok muka diorang, mesti muka semua dah lagi matang en. Hehe.

Wassalam.

Thursday, December 23, 2010

Muka baru, tahun baru.
Apa yang muka barunya? haha, my page lah, blog ni, baru lah rasa enak dipandang dan dibaca. en en. *winkwink*
Okeng, penjelasan:


No.1 . Gambar rusa kat atas tu bukan aku yang lukis, aku pun tak ingat dari mana aku dapat, tapi cun. *rasa bersalah sebab tak letak credit tuan punya lukisan.* 


No.2. Aku tukar title sebab aku dibenarkan untuk berbuat demikian. haha


No.3. Aku selesema, sakit tekak, agak-agak nak demam lah, so esok aku off duty babysit anak akak aku. *happy sikit*


 tu je lah, Wassalam. :)

Tuesday, December 21, 2010

Babysit my niece.

LOL. Umm, ok, Petang tadi aku bosan, tak tahu nak buat apa, nak online tak boleh, sebab kena jaga anak kakak aku, tapi aku curi-curi online FB sekejap, pastu webcam sesorang. LOL.




Oh tidak, muka aku. *insert muka kekecewaan.*

Monday, December 20, 2010

Lepas ni apa?

Baru je tadi, aku layan blog-blog awesome cengkawan aku. And aku terjumpa post kawan aku sorang ni, Catchy title nye, Masa Depan, haha, banyak persoalan tertimbul. 
SPM? Lepas SPM? University? Lepas University? Kahwin? OMG. Migraine aku. 

Perhh, lepas je baca post dia aku terus inspired, ye lah, semua orang pun ada masa depan kan? Ok. So, apa plan aku?

My plans. > 

Masuk je tahun baru ni, dah mula sekolah, belajar lah elok-elok, hopefully, senang lah semua topics form 5 ni. 


SPM? Ala, buat je lah.


Lepas SPM? PLKN? Form 5 nanti aku pastikan aku aktif kokurikulum so then aku takkan terpilih although sounds great and awesome but i have my own plans. Haha


Nak kerja sambilan? InsyaAllah. 


And masa dapat keputusan SPM? Well, aku takkan bersedih atau menyesal apa-apa sebab aku buat apa pun keputusan dah dapat. heh. And hopefully semua A- ke atas. Amin. 


Lepas dapat result? Haha, cara pemilihan IPTA/IPTS aku sama je macam pelajar lain, mesti nak yang bagus-bagus je. haha. Ikut rezeki je lah. Aku plan nak masuk UM/UKM/UNISEL. Haha, semua ranking tinggi je eh. haha. Ouh yea, aku tak berhasrat nak masuk Universiti kat luar negar macam Harvard, Oxford, atau Stanford, etc, kerna aku berangan-angan ni ada limits, lol. haha, kata je lah tak layak en. lolol


Fakulti/bidang apa? Well, mesti lah Engineering.
Nak jadi Doktor?, takut darah. 
Nak jadi cikgu, Semua keturunan aku, banyak dah cikgu.
Nak jadi ahli saintis? Peluang pekerjaan susah kata kebanyakkan orang. (aku nak sangat jadi saintis)


Boleh dikatakan, kebanyakkan pilihan cita-cita aku ditolak atau diperlekehkan dan kurang mendapat sokongan moral. Hampeh. 


So ending nya? Kahwin dengan siapa? Hanya Allah yang mengetahui. jeng jeng jeng.


Dan setiap hari aku akan memperbaharui(betul ke aku eja ni?) plans aku for a better future. :D


Ok lah. Plan aku ni bosan jugak kan? Pe je lah. Wassalam. :) and thank you for reading. :)

Sunday, December 19, 2010

Salam Subuh untuk semua.

Pagi tadi aku bangun pukul 5.40am. aku dikejutkan oleh imam surau yang berhampiran dengan rumah aku, taklah dekat sangat. Tapi dekat lah jugak sampai aku boleh terjaga dari tidur bila terdengar je imam tu baca al Quran. Merdu je suara.

Sekarang dah pukul 6.45am, aku tengah tunggu call dari Shah, kawan aku. Sebenarnya hari ni ada Comic Fiesta, CF. Aku ajak ramai kawan aku, tapi seorang demi seorang cancel tak dapat pergi. Teramat sedih. Oleh kerana ramai yang tak jadi pergi, dan aku pun takde kawan yang boleh teman naik KTM pergi sane, so, aku terpaksa lah cancel. Aku sedih sangat sebab tak dapat pergi dan support kawan aku yang bukak booth art kat sana.


LOL. haha, aku pergi lah. Rasa best gila, tapi kalau cengkawan aku yang lain pergi sama mesti best. Jadi, sekarang korang tahu lah yang Shah yang tumpangkan aku pergi CF. Syok gila.

Seriously, terkilan gilaa, rasa nak mogok. huishh.
Wassalam.

Thursday, December 16, 2010

So malam ni aku bosan sangat, jadi, aku pun cuba benda ni, betul atau tidak, Allah sahaja yang tahu. 




Untuk Amirul Adlan yang lahir di bulan Februari, berikut ini adalah rahasia bulan kelahirannya :

#1 : * Pemikirannya abstrak < ?? aku sendiri pun tak tahu.

#2 : * Menyukai realitas dan abstrak < sikit.
#3 : * Cerdas dan pandai < add math baru lepas fail, salah ni. 
#4 : * Perwatakan berubah-ubah < betul.
#5 : * Temperamental < apa tu?.
#6 : * Pendiam, pemalu, dan sederhana < yes. lol.
#7 : * Rendah diri < agak lah, ye ke?
#8 : * Setia dan jujur < umm, ye kot.
#9 : * Bertekad kuat dalam mencapaui tujuan < tak faham. nvm.
#10 : * Mencintai kebebasan < mesti.
#11 : * Memberontak jika dihambat < cengkadang je lah.
#12 : * Menyukai agresifitas < yea, ni agak betul.
#13 : * Terlalu sensitif dan mudah sakit hati < betul lah tu.
#14 : * Gampang marah < gampang tu apa?.
#15 : * Tidak menyukai hal-hal yang kurang perlu < betul.
#16 : * Sangat suka berteman, tapi jarang memperlihatkannya < betul.
#17 : * Sangat berani, tapi keras kepala < saye tidur kena pasang lampu, berani ke tu? lol.
#18 : * Ambisius < yes.
#19 : * Ingin mewujudkan impian dan harapan < yes.
#20 : * Tajam < wut?.
#21 : * Menyukai hiburan dan waktu santai < betol.
#22 : * Boros < =.='
#23 : * Belajar menunjukkan perasaan < entah, lol. 


Sekian, terima kasih.

well...yeah,I think you are cool for being courage to speak and write in English although there are grammatical errors but not too much.but,its better than to be a lil freak someday,right?

Lol. Thanks. I get that alot. And maybe you should know me a little better before judging me. And please, be a man and not an anon. . *gosh my grammar really sucks!?*

Saya memang suka jawab soalan. Tanya lah bebanyak. :P

awak x takut ke ape org lain fikirkan ttg awak?

Ada ke orang fikirkan pasal saye?

Saya memang suka jawab soalan. Tanya lah bebanyak. :P

lagi sepuluh tahun kau tgh buat apa?

Maybe tgh duk atas pelamin. InsyaAllah.

Saya memang suka jawab soalan. Tanya lah bebanyak. :P

Wednesday, December 15, 2010

Kata-kata semangat untuk korang. haha

Education is the most powerful weapon which you can use to change the world. - Nelson Mandela


Dia merupakan salah seorang pelajar kat UM. Tu je. Wassalam. :)

kau suka siapa?

Suka semua anons. yang suka tanya aku private question. :P

Saya memang suka jawab soalan. Tanya lah bebanyak. :P

Insomnia memang tak best, tak boleh tidur. Ngantuk, tapi tak boleh tidur. So, memalam ni, aku lepak dengan laptop ni je la. Facebook. Tapi kalau bosan sangat aku g sambung buat homework yang takkan siap tu. Haish. Pelik betul. Aku patut jumpa doctor ni. ISHH.

What are you affraid of?

I'm not AFFRAID to answering this Q, thats for sure.

Saya memang suka jawab soalan. Tanya lah bebanyak. :P

Saja je nak post benda ni, kelakar kot. lol

Eh jap, saja nak bgtau, tarikh lahir aku dalam kalender Islam.

23 . Sa'ban . 1414. hehe

Tuesday, December 14, 2010

Homeworks for ever.

Ok, cliche gila title kan? Bukan apa, malas lah nak buat. Kalau sikit takpa lah jugak. Banyak ni derr. Essays lagi tu. Maklum lah, tahun depan nak SPM, sekarang tingkatan empat, so, cikgu ambil kesempatan lah, bagi kerja rumah bebanyak. haha.

Anyways, naseb baek ada support dari cengkawan. Buat homework sesama. Busan meyh siapkan homeworks sesorang. Rasa macam sunyi je hidup, bagai kan diriku bintang berkelip, di hujung angkasa bergelut sepi, rindukan malam, rindukan teman. lololol. haha. Batak lagi Elyana. hehe di tu cun duh.

Ok lah, Wassalam. :)

Kelakar Siot. Post "Aku Bijak Jauhi Zina" versi english guna Google Translate. Haha

Malay to English translation

I wisely stay away from adultery.FYI, Smart Keep your program Zina which will be held at the National Mosque in 31december-1, I join, I request from a friend, Zahirah. I maybe a little sad because many of my friends who could not attend. I'm looking forward to go there. :)
Anyways, today (15 minutes ago), some people call me, numbernye anon., First I remember, the smart-Keep-You-tu Zina the call, so I shall answer je lah, I said hello, he gave greeting, I was kind of, Oops, I finished la ... her coat I read the verses do not expect anything to, I want punye skills testing to what, I was desperate la, suddenly he tanye news, I was responsible, the good news. His voice stern, sounds like a man aged 30-40 an.
Then he tanye, healthy families?, I answered all the questions he je, I use my schema section la Derr, I took it, she says, want to return tonight Ude Kelantan, and from there I've noticed is, my cousin who rupenye call. hampeh, siot shame. adehh, (FYI, my cousin tu Ude, at her age want to go 22/23 years. Dah is a career.) In much my cousin, she was the closest to me. The others were close takde jugak but the other is to call every month .. best best.Either way, I want the story je tu kat monthly / yearly. haha, bored eh?. hehe. je la .. respond Salam.
Kalau korang nak tahu, aku sekarang tengah makan keropok lekor. maklum lah, akak aku kahwin ngan orang Terengganu, setiap bulan dapat makan keropok lekor. hehe.

So, memalam macam ni apa patut aku buat? Bosan jepp. Aku tengah download movie, sebab movie tu susah nak cari. haha.

Anyways, night like this is so freakin' boringgg. Takde benda nak buat, homework? Takut nak buat. Tengok TV? Mak tengah tengok berita. Bahh, kenapalah sir cancel kan tusyen malam ni? hurmm. Bosan bosan. macam posts aku ni. haha. Wassalam. :)

babi punya rempit -.-

Kalau guna Google Translate, Malay/Indonesia ke English, jadi macam ni.
Pigs have rempits
Tak caya click link ni. http://translate.google.com.my/?hl=en&tab=wT#

LOLOLOL

Saya memang suka jawab soalan. Tanya lah bebanyak. :P

Watching Dunia Baru. Dah tiga malam dah aku habiskan masa tengok cerita tu. Dunia Baru season 1 complete. Season 2 malang takde sape sudi nak upload. Dan, masa tengok season 3, subtitle nye agak kelakar. LOL. Walaupun diorang cakap malay, aku still suka baca subtitle. Suka hati aku lah. haha

And part ni agak kelakar bila baca subtitle nye.
Korang faham tak kelakar nye?
Dalam part ni, laki ni, nama nye Tajol, tengah bercakap dengan Adif, kawan dia, bincang pasal business dia, dulu dia dah ada bukak business dan ada Tajol Towers, sekarang dia nak bukak business lagi satu. Dia namakan lah Tajol Towers 2.
Dialog part ni;
Adif : Nama yang dulu pun Tajol Towers jugak
Tajol : Tapi yang ni Tajol Towers dua

Tapi bila baca subtitle, macam dalam gambar tu, kelakar gak bunyi nye. haha. kelakar sikit. ok. Wassalam. :)

Oh Dunia Perniagaan.

Business kakak aku, kalau dapat respond baik, boleh lah dia besarkan lagi business dia tu.

Asyireenhomebakery Amir. < korang boleh buat tempahan kat facebook. haha. seriously.

Nak lebih info, click je link tu. Every click makes me happy. :)

2011 is gonna be awesome.

Well, it will not be as awesome as watching Yuna's concert but i can't wait to become a senior at my school. Nothing special about it, but hey, senior year is like the most memorable year, not to mention that we got SPM next year.
And soon, i mean, like 20 more days till 2011 comes in., the first day of school in blue. I can't wait. Ouh did i mention that i'm the new school prefect. Baju Biru lah aku tahun depan. haha. Though i bet next year is gonna be tough, but, i can handle it, i hope. lol.
Wassalam.

Monday's morning, Adlan's room. Hurmm...

Okeh, hari ni hari Isnin. Aku bukan tak suka hari Isnin, tapi aku benci setiap pagi hari Isnin, pagi tu ni lah keluarga aku akan mulakan operasi mengemas rumah dan bilik aku selalu menjadi mangsa tempat simpan barang. Bilik ko ground floor, senang letak barang < alasan mak aku. Segala kotak, kain baju, semuanya nak letak dalam bilik aku. Hampeh.

Bilik aku dah la kecik, nak solat pun tak selesa. Tapi aku suka bilik aku, sayang teramat. Bilik aku pun dah terima anugerah bilik paling awesome/cool. Haha, anugerah tu cengkawan aku yang bagi, masa beraya kat rumah aku yang tak seberapa ni. haha. Padahal bilik aku biase je, nothing special pun. Ada katil, ada almari baju, meja belajar. Sommart  lah. Ceh, bosan pulak aku bila aku baca balik post aku ni. Apa je lah. 
Wassalam. :)

Monday, December 13, 2010

Haha, oh yes aku suka orang yg open-minded. And sumpah bukan aku yg hantar Shah ensem tu hahaha.

Hehe. and yea, aku tak kata pun kau yang tanya tu. :)

apa kau buat kalau kau tgh marah???

Kalau aku marah aku akan tulis blog, tapi tak post. haha.

:) :D :P

Ketinggalan kah aku?
heh, aku tak kesah pun kalau orang kata aku ni ketinggalan zaman perr. Ye, aku buat blog ni baru je lagi. Tak sampai pun sebulan. Tapi sekurang-kurangnya sekarang aku ada blog. Dulu masa tingkatan satu dulu ada gak cengkawan aku cerita pasal blog. Cousins/sisters/brother aku pun ada blog sendiri. Tapi aku tak minat dulu, kononnya blog ni hanya untuk orang yang takda kehidupan sendiri. haha, entah lah, aku rasa aku cakap macam tu sebab aku cemburu kot. entah la.
Masa tu kawan-kawan aku pun dah ada blog, happy je diorang cerita pasal blog masing-masing dalam kelas. Aku sunyi gila bila diorang bukak topic blog-blog niyh. Agak sedih la. Tapi lepas tu myspace pulak hangat. Semua classmate ada myspace. So, time tu, keinginan untuk buat blog hilang. Dulu myspace, haha, baru nak Up masa tu.
Then, lepas myspace, facebook pulak. masa aku tingkatan dua facebook dah famous dah. And aku antara orang yang terawal buat facebook. tu pun sebab ada PetSociety. Game tu agak best. haha
Sebelum aku buat blog ni aku ada buat blog, baru satu post dah giveup. Then sekarang baru lah nak mula post bebenda sebab aku memang banyak benda nak tulis. Nak baiki cara penulisan aku lah kot. haha. Esok aku update lagi. Wassalam. :)

Sunday, December 12, 2010

Shah tu..... ensem kan?????

maaf ye... aku tak kan jawab soalan anon. melainkan aku kenal kau. dan kalau boleh jgn tanya benda pasal kawan2 aku... harap kau faham :( mekaseh.

:) :D :P

Kehidupanku, FacebookKu.

Hopefully tahun depan aku akan jadi lebih matang dari 2010. Tak ada masalah pun kalau aku tak. cuma, aku benar-benar harap, aku takkan say something yang akan menyakitkan hati orang lain. Terutama sekali dalam facebook dimana semua orang ada opinion masing-masing. Aku memang tak suka berdebat dengan orang dalam hal-hal yang remeh temeh, aku lebih suka bertoleransi untuk mendapatkan ketenangan. Bukan lah nak bangga diri, tapi aku ni memang seorang pacifist. Pendamai. Tak suka berperang. Dalam masa yang sama aku tak suka too soft dengan orang, tegas pun kena ada limit.

Hurmm, tak tahu lah, boleh ke aku bertindak matang dan rasional? Cengkadang, bila orang buat kita marah, contoh,
A: Weyh, esok aku free, aku nak belanja kau makan aiskacang jom.
B: Dol, homework dah la banyak, cuti tinggal lagi lima hari. Lagi pun aku tak suka makan aiskacang, buat sakit gigi je.
Daripada cakap macam tu, kan lebih baik cakap macam ni;
A: Hi, esok kau free tak? Jom keluar makan, aku belanja.
B: Sorry lah, homework banyak ni, aku kena siapkan dulu. Sorry eh. :)

Aku pasti korang tak suka bila korang tanya baik-baik dan tetiba orang balas macam nak cari pasal. Heh, pikir2kan lah.. Wassalam.

Favourite cake flavour ? :D

uh, umm, blueberrycheese or something like that. :P

:) :D :P

Saturday, December 11, 2010

kalau kau ada 24jam ja lagi masa nak idop?? apa kau akan buat???

aku akan mintak maaf / halal kepada semua orang yang aku pernah buat salah / berhutang kepada nya .
aku
solat taubat nasuha.
update blog sikit.
makan nuttela(??) sapu atas roti.
Beli doublr cheese burger. kat McD
akhir sekali, aku buat wasiat.
Wassalam. :)

:) :D :P

Friday, December 10, 2010

Aku bijak jauhi zina.

FYI, program Anda Bijak Jauhi Zina yang bakal berlangsung di Masjid Negara pada 31december-1januari, aku join, permintaan daripada kawan aku, Zahirah. 


Aku maybe sedih sikit sebab ramai kawan aku yang tak dapat hadir. I'm looking forward to go there. :)

Anyways, tadi ( 15 minit yang lepas ), ada orang call aku, numbernye anon., mula-mula aku ingat, orang-Anda Bijak-Jauhi-Zina tu yang call, so aku pun answer je lah, aku cakap hello, dia beri salam, aku pun macam, alamak, habis la aku... kot dia nak suruh aku baca surah apa-apa ke, nak testing aku punye kemahiran ke apa, aku pun gelabah la, tetiba dia tanye khabar, aku jawab lah, khabar baik. Suara dia garang, bunyi macam orang lelaki berusia 30-40 an. 

Lepas tu dia tanye, keluarga sihat?, aku pun jawab je semua pertanyaan dia, aku guna ayat skema aku la derr, lepas tu, dia cakap, malam ni Ude nak balik Kelantan, dan dari situ lah aku baru perasan, rupenye cousin aku yang call. hampeh, malu siot. adehh, (FYI, Ude tu cousin aku, umur dia dah nak masuk 22/23 tahun. Dah ada kerjaya.) 


Dalam banyak-banyak cousin aku, dia lah yang paling rapat dengan aku. Yang lain pun rapat jugak tapi yang lain takde lah sampai call setiap bulan.. best best.


Apa pun, tu je aku nak cerita kat korang. haha, bosan eh?. hehe. layan je la.. Salam.

Ego seorang remaja lelaki.

Ehem, title diatas takde kaitan dengan orang lain selain daripada Adlan. ye, aku lah adlan. lol.

Okay, nak cerita sikit, sikit je. Semalam, aku stalk la cengkawan aku punya blog, masyaAllah, menarik gilaa, seriously, best, then, tetiba ada satu perasaan cemburu timbul dalam hati aku. Monolog, "aku boleh post something yang lebih menarik laa." <ayat cliche orang jealous. lol. But aku tahu, post aku semua tak se-best orang lain. Itu lah kelemahan aku, tak reti menarik minat orang. humm.

Jap, belum habis lagi cerita, ada lagi, tapi malas la nak tulis pepanjang, so, esok nanti je lah aku post eh. Salam. :)

Thursday, December 9, 2010

Malam macam ni jugak lah aku ada mood nak belajar.

Aku ni memang pelik.
Setiap hari bangun dah nak dekat tengahhari. Tidur pulak lepas subuh. ish2, orang kata aku ada insomnia, memang sukar bagi aku untuk tidur. Masalah typical remajakah itu? Heh.
So, malam-malam macam ni, apa je aku buat? hehe, selalunye aku surf internet, gain infos pasal dunia. lol. Dan bila jari sudah letih, mata sudah kuyu(??) aku pun cari lah bantal. Tapi aku tak tidur, mula-mula aku baca doa tidur, then aku aku baca buku novel Step By Wicked Step. Atas permintaan guru English Language aku. heh
Tapi, bila hari-hari sekolah, aku tidur awal, dalam pukul 1-2 am. Bungun pukul 6.15am. Lepas sekolah dalam pukul 2 aku tidur balik. haha. So, tak lah pelik sangat aku ni. Maybe ada orang lain yang jauh lebih pelik dari aku. :P
Salam.

Wednesday, December 8, 2010

Tahun Depan?

So yea, next year SPM, So, apa plan aku? Sebelum masuk bulan december, aku dah mula study, catchup balik topic form 4, dengan Zara most of the time. Kalau ikut plan, kitorang punye "study-date" kat Kopitiam, Tapi, tempat tu agak tidak kondusif untuk remaja cemerlang macam aku ni *ehem yeke?* untuk belajar. So kitorang belajar guna Skype je lah, weyh, pakai skype pun best gak belajar, ada mic ada webcam, cantekk. teehee.

Dan, sekarang aku agak stressup dengan homework, setiap malam aku akan baca buku novel Step By Wicked Steps. Buku literasi untuk form 5 students. Buku nya agak best, *best sebab kulit buku tu menarik* Dan essays for homework isn't funneyh, nak patak jari aku tulis essays niyh. ceh. ouh yea, dah sebab ni lah aku tak dapat nak studying with Zara. teehee.

Anyway, azam aku untuk tahun baru Awal Muharram ni is nak buang semua sikap malas dalam diri aku, Alhamdulillah, dua tiga jam ni dah ada perubahan. hurmm. Dan moga2 tahun depan aku tak fail lagi add math. I really need to pass that subject *iwanttobeandengineer*. So, terimakasih kerana telah meluangkan masa untuk baca my post, Salam. :)

Budak budak tak matang.

Selalunye, bila balik kampung je mesti ada saudare2 aku, umur diorang dalam 4-12 tahun. diorang ni suka benar buat bebenda yang buduh2, bukan semua lah, ada dua tiga orang. yang sorang ni, suka memekak, kurangajar pulak tu. tak hormat orang langsung. So aku labelkan diorang sebagai BUDAK TAK MATANG. 

Tapi, bila nak fikirkan balik, aku pun dulu macam diorang gak. Siapalah tahu kan. Dulu aku ni baik ke? Hormat orang tua tak?. Hurmmm.. 

Korang ada apa2 comment pasal bebudak tak? macam mana nak handle budak macam ni? heh?

Tuesday, December 7, 2010

Masa itu aku sudah matang

Salam semua, sebelum awak semua baca, saya nak bagitau awak semua yang post saya yang ni hanyalah reblog/pirate daripada Zahirah Haryati punya blog. tapi saya sudah gubah ayatnya, jadi post yang anda bakal baca ni adalah versi adlan punya. *soryy ayat sekema* 
Aku dan lama dah berkenalan dengan Blogger, tapi malas nak buat blog sebab takut orang tak baca dan masa tu mukabuku pun sudah popular masa tu. Tapi mungkin ketika aku berusia 14 tahun aku rasa aku sudah cukup matang. OH TIDAK! Bila aku baca kembali entry aku terdahulu aku rasa malu dan semacam tak percaya...

biar lah aku nak tulis cenggini "
Dulu, masa mula kenal dengan internet, macam macam aku search. Dan terjumpalah Blog. Masa dulu, Myspace famous. So, malas nak buat blog. Dulu saya suka guna bahasa rojak *sekarang pun suka juga. Memang tak matang. Mungkin ketika aku berusia 14 pada fikiran aku matang membawa maksud remaja yang sudah baligh , punya jerawat yang kemerah merahan , kulit muka berminyak dan sudah pandai menggedik :)

Nampaknya aku benar - benar silap. Mungkin ketika aku berusia 26 tahun. 10 tahun akan datang..bila aku baca kembali apa yang aku tulis ketika ini.. aku mungkin bakal katakan

masa ini remaja lagi.. ingat diri dah matang sebenarnya belum, tapi apakah salahnya saya syok sendiri? lol "

HAHA. Jadi kepada aku yang bakap*apa itu bakap* berusia 26 tahun dan mungkin sedang membaca blog ini pada 10 tahun akan datang aku cuma nak ingatkan kau betapa bahagianya hidup kau pada usia 16. JANGAN CEMBURULAH SAYA! :p

Kepada zahirah haryati, blogger paling hebat masa kini, tolong jangan saman saya. :)

Monday, December 6, 2010

Wish listed no. 165


Dinosaur Lamp.
Product Features
  • Glowing Dinosaur Lamps that you can build yourself
  • Easy slot together construction
  • Clear directions with detailed photographs of each step
  • Completed lamps stand about 13" high depending on dinosaur
  • Includes 120V AC cord and switch
  • Does NOT include bulb, you need to provide your own
  • Requires a candelabra style bulb (E12 North America, E10 & E11 in Europe)

Aku. Dia. Kau. Semua.

*aku dah tulis essay more than 100 words but then, aku backspace sebab takut nanti ada orang kecil hati.*

Tahun depan je lah aku post.

Aku tak tahu lah nak manage blog. Bukan susah, tapi malas. kk, sudah, tu je lah. tq for reading. :p bye.