Sunday, December 12, 2010

Kehidupanku, FacebookKu.

Hopefully tahun depan aku akan jadi lebih matang dari 2010. Tak ada masalah pun kalau aku tak. cuma, aku benar-benar harap, aku takkan say something yang akan menyakitkan hati orang lain. Terutama sekali dalam facebook dimana semua orang ada opinion masing-masing. Aku memang tak suka berdebat dengan orang dalam hal-hal yang remeh temeh, aku lebih suka bertoleransi untuk mendapatkan ketenangan. Bukan lah nak bangga diri, tapi aku ni memang seorang pacifist. Pendamai. Tak suka berperang. Dalam masa yang sama aku tak suka too soft dengan orang, tegas pun kena ada limit.

Hurmm, tak tahu lah, boleh ke aku bertindak matang dan rasional? Cengkadang, bila orang buat kita marah, contoh,
A: Weyh, esok aku free, aku nak belanja kau makan aiskacang jom.
B: Dol, homework dah la banyak, cuti tinggal lagi lima hari. Lagi pun aku tak suka makan aiskacang, buat sakit gigi je.
Daripada cakap macam tu, kan lebih baik cakap macam ni;
A: Hi, esok kau free tak? Jom keluar makan, aku belanja.
B: Sorry lah, homework banyak ni, aku kena siapkan dulu. Sorry eh. :)

Aku pasti korang tak suka bila korang tanya baik-baik dan tetiba orang balas macam nak cari pasal. Heh, pikir2kan lah.. Wassalam.

1 comment:

zahirahharyati said...

awwww. u so sweet! XD
keep on posting!