Monday, December 13, 2010

Ketinggalan kah aku?
heh, aku tak kesah pun kalau orang kata aku ni ketinggalan zaman perr. Ye, aku buat blog ni baru je lagi. Tak sampai pun sebulan. Tapi sekurang-kurangnya sekarang aku ada blog. Dulu masa tingkatan satu dulu ada gak cengkawan aku cerita pasal blog. Cousins/sisters/brother aku pun ada blog sendiri. Tapi aku tak minat dulu, kononnya blog ni hanya untuk orang yang takda kehidupan sendiri. haha, entah lah, aku rasa aku cakap macam tu sebab aku cemburu kot. entah la.
Masa tu kawan-kawan aku pun dah ada blog, happy je diorang cerita pasal blog masing-masing dalam kelas. Aku sunyi gila bila diorang bukak topic blog-blog niyh. Agak sedih la. Tapi lepas tu myspace pulak hangat. Semua classmate ada myspace. So, time tu, keinginan untuk buat blog hilang. Dulu myspace, haha, baru nak Up masa tu.
Then, lepas myspace, facebook pulak. masa aku tingkatan dua facebook dah famous dah. And aku antara orang yang terawal buat facebook. tu pun sebab ada PetSociety. Game tu agak best. haha
Sebelum aku buat blog ni aku ada buat blog, baru satu post dah giveup. Then sekarang baru lah nak mula post bebenda sebab aku memang banyak benda nak tulis. Nak baiki cara penulisan aku lah kot. haha. Esok aku update lagi. Wassalam. :)

1 comment: