Friday, December 31, 2010

Makan Hati. 


Saudara aku dapat 5A untuk UPSR tahun ni, haha, happy la jugak. Aku memang dah agak dah pun dia dapat 5A. Di tu pelajar pandai pun. Dan, baru-baru ni, aku dengar dia dapat masuk SMKA Kuala Selangor. Tahniah.


Tapi sebenarnye aku rase macam nak marah je, marah diri sendiri lah kot, sebab tak dapat masuk asrama, bukan nye aku taknak, cuma, aku tak rasa aku boleh tinggalkan keluarga aku macam tu je, Kakak aku yang first dah kahwin, abang aku duduk kat Shah Alam, kakak aku yang lagi sorang tu pulak belajar kat Perlis. Takkan aku pun nak tinggalkan parents aku kot? 


Nenek aku selalu ungkit pasal aku tak masuk asrama, kata aku ni anak manja lah, aku ni pemalas lah, tak berdikari lah. Hampeh. Dan aku pasti makcik-pakcik aku pun ada cakap pasal aku. Aku paling tak suka bila orang nak masuk campur dengan keputusan aku. Bukannya hidup diorang pun. 


Dan, berikutan daripada itu, aku telah di-blacklist-kan. Entahlah, aku rasa nenek aku nak aku masuk asrama sebab nanti boleh lah dia cerita kat orang lain. Ouh cucu aku tu dapat 7A dapat masuk asrama. Perhh, aku tak suka bila orang tua showoff


Dan, dua minggu lepas, masa aku kat kampung, makcik aku bagi saudara aku duit, tak tahu lah berapa tapi ianya cukup untuk membuatkan aku makan hati sebab masa aku dapat 7A dulu aku takde pun dapat duit dari dia. Haha, apa je lah aku ni kan? ish3. Wassalam. :)


Sorry kalau ada typos, aku tengah lapar. lol

No comments: