Friday, December 16, 2011

Aku warga 5 Arif 2011.


Hanya ALLAH swt. dan warga 5 Arif saja yang tahu pahit manis yang kami telah lalui sepanjang dua tahun bergelar pelajar sekolah dan calon SPM sesi 2011. :) Kenangan yang payah dilupakan. Selamat Menonton. 


Info - / -Aku mintak maaf sebab tak semua mukanya ada dalam video yang aku record. Ada tu ada tapi sekejap sangat dan muka tak beberapa nak nampak. Sejak azali lagi aku memang tak ade bakat untuk edit video. Harap maaf kalau ada kekurangan dan aku harap korang suka. :)

Thursday, December 15, 2011

Preview masa depan dan prihal rezeki.


وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3)


Dengar cite kawan2 aku bakal diinterview esok. PTTFF. - *Jelez* ...



Setiap hari, setiap masa, setiap detik.. setiap kali bangun pagi mesti ada satu perasaan dalam hati aku, "Oh yeah aku tak perlu bangun awal2 pagi untuk ke sekolah lagi!." Tidak lagi perlu membasuh baju sekolah ( padahal guna mesin basuh saja pun )  dan yang paling utama, tidak perlu stres pasal kerja rumah. *Lagi2 homework B.I, not finishing your homework is like one plane ticket to hell. It's like suicide mission*
Hidup bagai dunia aku yang punya, tidak lagi bergelar pelajar sekolah, freedom-lah-konon. Tapi lama kelamaan, dah mula rasa bosan. Senyum seorang diri di hadapan komputer sambil online facebook. *dah macam gila pun ada*. Bila aku baca kawan2 aku punya status atau post, rasa rindu pada mereka. Suara mereka, telatah mereka dll. :') Rindu pula rasanya.. sikit r. :P
Kononnya lepas SPM banyak benda mahu dibuat. Sebelum habis SPM aku dah mula buat kerangka plan2 yang bakal aku buat lepas SPM. Tup tup satu benda haram tak terbuat. Satu daripada faktor terbantutnya plan2 aku itu semuanya berpunca daripada isu DUIT. Ya, duit. ==' helaian kertas yang punya bau2 tangan satu juta manusia yang berlainan. Orang2 Negro pun termasuk gak.

..dan sebab itulah timbul sedikit rasa cemburu(:P) bila aku dengar kawan2 seperjuangan aku dipanggil untuk diinterview esok. Beberapa hari yang lepas aku dan geng pergi memburu kerja di Jusco dan beberapa tempat yang lain. Setakat ini Shah, Zahirah, Nazri saja yang baru dipanggil untuk diinterview esok. Sekurang2nya mereka ada peluang daripada aku duduk terperap dalam rumah renung komputer saja. Dah rasa macam Repunzel pulak. Tapi rezeki ALLAH swt. yang tentukan. So, tawakal saja. :D Harap mereka dapat. InsyaALLAH. :D 

P/S - Mesti korang rasa annoying gila bila aku suka buat post macam ni. Aku memang suka letak gambar dalam position macam tu walaupun akan menyusahkan pembaca membaca ayat yang aku tulis. Haha. Sorry. :') Style le konon.

SALAM! 
Tekan r button biru bawah ni ;)

Tuesday, June 14, 2011

When the thin lady sings.

But after joining the Fitness Club, she became very very thin. 


So now, should we say "When the she-use-to-be-fat lady sings."? 


Okay i don't have answers base on that question. Just leave it there. FULL STOP. 


* Tak ada idea nak tulis apa. Jadi mahu merepek. Jangan marah. Bila awak marah nanti awak nampak comel, nanti saya jatuh hati kat awak kang susah. :P *


* Grammar macam cb. I'll improve. InsyaALLAH. *

Saturday, June 11, 2011

5 janji aku kepada kawan aku.

Sebagai penghargaan kepada semua kawan2 aku yang sememangnya awesome gilaa, aku janji...


1. Tak akan abaikan korang sewaktu korang memerlukan aku. Kecuali pabila korang mintak tolong aku merompak bank le or etc.


2. Bila2 nanti aku terserempak dengan korang sambil berjalan dengan cengkawan baru aku.. aku janji tak akan cakap.. "Dulu aku pernah rapat dengan diorang." PAHAM?


3. Aku akan simpan semua janji yang korang amanahkan kepada aku dengan sebaik yang mungkin. Tapi lebih baek korang jangan trust aku. HAHA.


4. Satu hari nanti bila2 aku dah kerja nanti, gaji pertama nanti aku belanja korang makan satay. HAA aku tahu korang suka. HEHE.


5. Ayat ni mungkin klise tapi.. aku janji aku takkan lupakan korang. Unless korang nak aku lupakan korang le.


buat sementara ni aku buat lima je. Nanti2 aku tambah le. Till then. Thanks for being friends. :) Touching tak touching tak? ;D HEHE.

Thursday, June 9, 2011

Coming Soon.

PERHATIAN. Aku nak pindah. BYE.

Eh tak, aku tipu. Sebenarnya aku nak bagitau korang sumthing.


Korang kenal tak AsrafSiddick? Kawan aku tuuu... jangan main2. Sekarang dia dah ada blog sendiri. Let's welcome him to the world of blogging. :D http://acapmendeleev.blogspot.com/ 


So, a special tribute to Asraf Siddick. Or should i say, Asraf Mendeleev. HEHE. 


Jujurlah, aku rasa style penulisan dia awesome, better dari aku kot. Ada je idea dia nak tulis. Ye, aku tahu dia baru tulis dalam satu/dua entry. TAPI. Awesome kot. I think we should call him Awesome. HAHA


Cis, korang ( blogger ) pun awesome gak.. ;) Tapi, it was something un-sangka-able. Asraf Mendeleev buat entry. Rasa awesome pulak ada lagi seorang kawan blogger. HAHA


Ok ok. Welcome Asraf. Sekarang sudah ada blog rajin2 le update. Jangan biarkan laman sesawang kau bersawang banyak sangat. 


OKEH, aku rasa tu je aku nak tulis. Special credit to Mohd Nazri

Wednesday, June 8, 2011

How have I changed in the past 2 years?

Tak, aku tak ikut challenge tu. Tapi aku minat nak buat entry pasal tajuk nih. 


Day 2 : How have I changed in the past 2 years?


Menarik doe.


Aku tak reti sangat nak buat entry pasal ni, so aku bedal je lah eh? Jangan marahh.. ;)

First thing first, aku rasa aku dah makin tinggi.. ==' obviously doh. Rambut makin smart. :P Hensem? HAHA. ==' tak eh? Ok ok.. 

Makan?

Cakap pasal makan.. makanan.. kalau dulu aku suka order Nasi Goreng Kampung je time2 keluar pergi makan, sekarang aku suka makan Mi Bandung, dengan harapan dapat pergi bercuti ke Bandung satu hari nanti. :P 

Minuman pulak, dulu aku suka minum Milo je memanjang. Muak aku.. sekarang aku suka minum air Sirap Limau. HEHE

Hidup?

Alhamdulillah, semakin better. Bilik aku yang dahulunya tak ada pintu, sekarang ada pagar. HEHE. Privacy tak berubah, still, syukur le ada bilik pun dah cukup. Erk?

Sekolah?

Dulu aku pelajar biasa. Tipikal, klise.. bosan. Sekarang aku jadi pengawas. Berbaju biru berseluar hitam. :)

+ kini aku rasa aku dah makin rajin belajar, tak macam dulu, homework malas nak buat. Sekarang, rasa malas pulak nak kena marah dengan cikgu sebab kerja rumah tak siap.

So, setiap kerja rumah yang ada, aku buat sekadar yang mampu, ada lah jugak yang aku tak buat, sebab tak reti nak buat. MALAS. Perkataan tu sudah hilang dari kamus hidup aku. *yekerrr?*

Matang?

Aku rasa aku lebih matang dari dulu. Sekarang aku dah ada misai + janggut ( tiga helai je. chill ). HAHA. 

Cara pemikiran aku pun lebih matang. Waduhh, obviously lah kan? 

Aku rasa takde benda special yang berubah. Cuma perubahan yang paling besar dalam masa dua tahun ni ialah, aku lebih banyak cakap berbanding dulu. Dulu aku suka senyap. Kawan rapat pun sikit je. Sekarang belambak. Bersyukur aku ada diorang. ;) Ok bye

* bosannye aku punya entry ni. Bila aku baca balik, aku rasa nak giveup je jadi blogger. Humm.. ==' *


OH YE, sekarang aku dah ada blog.. ==' YEAH!!

Tuesday, June 7, 2011

...

Aku baru balik dari kampung. Kampung belah ayah aku. Makcik aku meninggal. Rumah dia dekat dengan rumah nenek belah ayah aku, Malim Nawar. Kampung yang ala2 pekan mati ni dulunya selalu jugak aku pergi. Tapi sejak nenek belah ayah aku meninggal... jarang pergi.

Makcik aku umurnya sudah 52 tak silap aku. Meninggal sebab diabetes. Ayah aku dapat berita dia meninggal semalam pukul 1.45am tak silap aku. Masa tu aku tengah sebuk online facebook. Serius aku terkejut. 

Kami satu keluarga gerak dari rumah lepas subuh, dalam pukul 9.00am kami sampai kat kampung. 

Orang yang paling awal aku jumpa is my uncle, suami kepada makcik aku, abang kepada ayah aku. Dari jauh aku boleh rasa aura sedih. Air muka dia memang menunjukkan dia sedih. 

Anak dia tak payah cakap le, kalau ibu aku meninggal pun aku sedih. Paling memilukan, saudara aku yang umurnya baru 11 tahun. 11 TAHUNN. Tipu lah kalau aku kata dia tak menangis. Cuma, masa aku sampai, dia orang kedua aku jumpa, muka dia biasa2 je, muka orang baru lepas menangis. Hidung merah, mata merah. 

Aku faham perasaan dia. 

Baru kehilangan ibunya. Aku nak je peluk dia tapi... entah... aku pun tak tahu apa nak buat masa tu.

Kakak2 dan abang2 dia... sama... anak first, sedang bercuti kat Langkawi, anak second, ada dekat Terengganu. Ketiga, keempat, kelima ada dekat rumah. Keenam, ada exam, terpaksa tangguhkan dulu examnya. Sepanjang aku dekat kampung ni, macam2 ragam aku nampak. Macam-macam...

Aku? Aku tak tahu... macam mana bila parents aku... nanti meninggal? Dalam kes saudara aku yang umurnya 11 tahun tu, macam mana? Siapa nak jaga dia? Ayah dia dah tua... 

Entah... sementara ni aku ada satu perkara je yang mampu aku buat, berdoa.. Agar semuanya baik2. AMINN.

Kenduri Kahwin doe.


Aku nak mintak maaf bebanyak sebab aku edit buruk + kualiti kurengg. Nak cepat punya pasal. HEHE. ok ok. enjoy. ;)

Monday, June 6, 2011

Balik kampung,

Batu Gajah, Perak. 


Andai patah sayap rajawali,
datang jua aku ke Perak, 


Aku tahu tak rhymed, huh..


Aku nak cer sikit agenda aku ke Batu Gajah, Perak. Ye, kampung aku terletaknya di sana. Pekan Batu Gajah yang ala2 prehistoric gitu, mungkin akan membuatkan semua orang bosan. Tapi aku suka, bukan sebab ramai amoy cantek dalam kedai tu, bukann. Suka sebab aku SUKA. Entah macam mana nak terangkan aku pun tak tau. 


Okeh, kembali ke Batu Gajah.. agenda aku sebenarnye, saudara aku kahwin. Alhamdulillah. 


Empat hari tiga malam bermalam kat kampung nenek aku. Kenduri buat dekat rumah makcik aku, tak jauh dari rumah nenek aku, satu pekan jugakk. Syok habis. Aku jadi basketboy. Melanggar norma kelakian tak? :P


Banyak benda yang terjadi, benda yang aku tak sangka ada berlaku. Contohnya, parents aku bergaduh sebab pressure kenduri tu. Entah, aku tak faham sangat dengan diorang. 


Masa kat kampung, saudara mara ramai sangat, susah nak buat kerja rumah ( alasan ). Aku selalu outcast-kan diri aku, duk sorang2 kat luar termenung jauh. Banyak yang difikirkan, pidato, kawan2, famili, 'dia'.


'Dia', merujuk kepada orang yang aku suka. Aku tak tahu macam mana aku boleh terbabas ( crush ) dengan dia. Yang paling tak bleh blah, 'dia' bukan A*****. Rasa macam tercurang. Tapi aku bukannya ada apa2 dengan A*****. Aku maseh single doe. HEHE

'Dia' dalam banyak2 orang, aku terfikirkan 'dia' pulak. Kerap sangat, masa dalam kereta termenung kat luar tingkap, masa tengah mandi terbayang muka 'dia'. Aku tak nak suka 'dia' sebab aku nak setia dengan A*****, tapi aku tak boleh nak lupakan 'dia'. Humm..

Banyak aku belajar masa aku duk kat kampung, saudara2 aku yang selama ni aku kata diorang ni belagak + *insert benda2 negatif*, semuanya, tak beberapa nak betul. Aku selalu perasan, saudara aku cover2 time2 dia nak pakai phone mahal dia, mungkin sebab dia tau aku pakai phone cokia je, in hope that i won't feel penniless


Masa kenduri ( belah saudara aku, lelaki ), semuanya berjalan dengan lancar, semuanya perfect. Makanan sodap, pelamin cantikk. Abang aku jadi pengapit. Sepatutnya aku yang jadi pengapit, tapi aku tolak sebab takut pengantin perempuan tetiba nak kat aku pulak. * buekkk.* :P


Main story


Ouh ye, ada satu benda pelik yang berlaku, tak pelik sangat, tapi still, pelik. Ada seorang budak lelaki ni, aku rasa dia baya2 aku je. Hensem2 ( aku lagi hensem. :P ), pakai braces. Dia famili pengantin perempuan, hari Sabtu, kenduri kat rumah pengantin perempuan, kat situ le aku jumpa budak ni. 


Time aku kat sana, aku perasan something, dia selalu pandang2 aku. ==' Muka aku hodoh, aku tau la, tapi tak payah le pandang2. Haish, putus mood aku nak makan. :P


Kenduri dekat rumah pengantin lelaki ( saudara aku ) pun sama, dia datang, aku duk jaga bunga telur kat luar, terpaksa le tebalkan muka duk depan orang ramai. Benda sama berlaku, dia pandang2 aku, bila aku pandang dia, dia toleh tempat lain, cover2. Aku lepuk jugak budak ni kang. Bagi aku kurang ajar le staring at people. Rimas + buat apa budak laki stare budak laki. Banyak kali pulak tu. Ehem2. ;)


Ada le dalam 5-6 kali aku perasan dia pandang2 aku. Seram gua. HAHA. Aku rasa dia kenal aku, tapi, aku tak kenal dia. Entah, malas aku nak buat spekulasi sewenang2. Aku pun satu, terpandang gak dia tu apasal, lain jadinya kang. HEHE.


Mungkin aku je perasan lebih, padahal kot dia pandang dinding belakang aku, cintekk, warna pink lagi tuhh. Pun bolehh. 


Apa pun, minggu pertama cuti semester pertama ni, best gila, syok habis. Aku suka. Ok byeh. 


Oh ye, layan je lah muka basi aku baru bangun tidur masa kat hotel, kat t'ganu. 





Hensem tak? *buekk. HAHA*

Thursday, June 2, 2011

She wins!?




Okey, aku tahu aku pernah shared video ni kat FB aku. Just, video ni memang banyak infos yang berbaloi-baloi. Aku nak korang tengok video nieh sekali lagi dan share le. Sebarkan the goodness of Maria Elena. ;)

Tuesday, May 31, 2011

PengAKUan.

Okey okey, aku mengaku aku memang tertekan.. banyak faktor yang boleh aku kaitkan dengan perasaan aku sekarang. Huru hara kepale otak aku fikirkannye. 


Takkan le aku nak cite kat korang pulak en? Kang korang kate aku sangaje nak cari simpati. ==' 


Cume, aku rasa blog memang sesuai tempat baginya seorang manusia macam aku ni nak berkongsi cite. HAHA. 


Entah, recently, aku ade masalah sikit dengan jiwa aku. Aku rase aku suke kat seseorang ni. * jiwang sudah.. ==' * Aku tak pasti apa sebenarnya yang aku rasa terhadap seseorang ni.. aku harap tak serius sangat. Aku taknak cinta sebelum kahwin ( kut ). HAHA.


Keluarga aku pulak macam biase, okey je. Semuanya baik2 saje. Alhamdulillah. 


Pelajaran? Hancus. Aku tak pernah rasa down sangat pasal keputusan peperiksaan aku macam ni. Mungkin sebab SPM dah nak dekat. Humm..


Jap, kalau ade yang fikir aku melanggar norma kehidupan seorang remaje lelaki menulis blog pasal perasaan aku nak mintak maaf le awal2. Blog aku suke hati bapak aku le yeah. HAHA.


Okey, apa tadi? Oh ye, aku sekarang kat dalam hotel kat K.T. Hotel bujet je. tp Syiok habes. Mulanya aku taknak ikut famili aku g gannu, kononnya aku nak siapkan kerja rumah aku. Tapi alih2 aku ikut gak, mungkin sebab aku nak relax-kan diri. Hilangkan semua perasaan cemburu, hiba dan semua bende negatif. Okey HAHA. Bye. ;)

Sunday, May 29, 2011

I'm back. :P

Aku nak mintak maaf sebab menghilangkan diri. Semua benda aku deactivate. Facebook, Formspring, Blog. humm..


Aku perlukan mase untuk bersendirian menyiapkan teks pidato aku. Phone aku pun aku off. Jadi semua SMS yang korang hantar yang tidak berbalas tu, harap2 dimaafkan. HEHE. Tapi sekarang aku dah on-kan phone aku balik. So, call/sms le bebanyak. HAHA. 


Dan kalau korang nak contact aku kat FB, tunggu lagi 14jam. Sebab kat Fb aku kene penalty sebab deactivate multiple times, HAHA, padann. 



Ok, lagi dua jam aku akan bertolak ke Terengganu. Teks pidato pun dah nak siap. Alhamdulillah semuanya okey. :D Ok bye. ;)


*Mesti ade yang ingat aku tengah emo-kan? HAHA. Kelakar betullah. ==' *
*Aku rasa kalau aku tak buat cenggini mesti teks pidato aku takkan siap.. Maaf kay. ;) *

Wednesday, May 25, 2011

And it goes like this...

Emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo


Nahh, i am not going to miss all the fun just because i failed my Additional Mathematic paper. 


+ I have a soul who knows how to rock' n roll. jYEAHH.

Tuesday, May 24, 2011

Layan je.

Aku bukan mat bikers, aku hanya peminat Superbikes yang tidak mampu memilikinya. :P
Minat ada dah cukup baik dah tu kan? 




< Kawasaki Ninja 1000. 


Cool gak. Malas nak terangkan bebanyak, sebab aku sendiri tak teliti sangat specs. motor ni. Yang penting cool. HAHA.








Siapa tak tahu motor ni kan? HAHA.  


Dukati 848EVO.>


Perhh, aku tau motor ni bukan keluaran terbaru, tapi aku baru sedar. HAHA. Model smart. Cool2. :D

Monday, May 23, 2011

Kenapa dia? - Asraf a.k.a Acap.

Kenkadang aku rasa hidup aku bosan. Hidup aku hanya hitam dan putih. Mana warnanya pun aku tak tahu. Humm...

Naseb baek ada cengkawan. :D 
Cengkawan aku memang cool semuanya. Kalau ada Dato' datang jumpa aku nak trade-in cengkawan for RM 100,000,000++. , semestinya aku akan pilih duit kawan aku. Tak sanggup aku kehilangan diorang. 

Special entry for Asraf sebab aku banyak buat salah kat dia minggu ni. :P


Asraf ? Siapa ? Kau tak kenal ? Heh, dia memang senior tak famous punn.. Tapi dia memang cool

Dari segi pembelajaran.. dia A+. Senang kata orang memang pandang tinggi kat dia sebab dia budak bajet pandai. Kacukan ( mixed ) lah katakan. HAHA. 

Aku selalu ( tak jugak ) tumpang kereta Alza bapa dia. Syiok naek kereta besar doe. Ce wangi ce wangi je kereta dia. HAHA. ( credit to Chearie. ) 

Arhhh, lebih pulak. Nak kenal Asraf a.k.a Acap dengan lebih lanjut, tepon/sms je dia. Nanti aku bagi number dia okeh? HAHA. Budak hensem ni juga ada banyak kucing. * tak ada kaitan. *

Okeh bye. ;)

Saturday, May 21, 2011

Friday, May 20, 2011

Cerita pendek. :P

Al Kisah.. Satu hari, Ali baru balik dari solat Jumaat dengan bapak dia. Ali pun terus masuk bilik jalankan rutin hariannya, ber-facebook sambil dengan dengar lagu guna headphone. Humm..


Tiba-tiba bapak Ali masuk bilik Ali sambil jerit kemarahan, 'woi orang panggil jerit2 tak dengar ke? harimau masuk rumah.' 


Ali dengan muka blur-nya memandang muka bapaknya, lalu terus keluar dari bilik buat muka selamba... Ali melihat bapaknya yang sedang menghalau harimau tersebut. 


Ali langsung tidak kisah, baginya, apa tujuan bapanya? susah payah jerit2 panggil Ali padahal bapaknya tahu tidak guna panggil Ali, macamlah Ali boleh tolong bapaknya halau harimau guna majis. 


+ Ali rasa marah dengan sikap bapaknya kerana cuai. Cuba fikir, kalau kau ( sebagai bapa ) berhadapan dengan satu masalah, takkan kau nak panggil anak korang suruh tolong selesaikan masalah tu? Apa guna jadi bapa bukan? Heh. 


Apa pun, Ali just buat bodoh dan layan je kerenah bapanya.


Haish. Ali, Ali apa nak jadi dengan kau. HAHA


Konklusinya, lain kali jangan dengar lagu kuat2 guna headphone. + jangan menderhaka parents korang ye, masuk neraka nanti. ;) 


#cerita rekaan Adlan. :D

Thursday, May 19, 2011

Jamuan Pengawas. Just somesome made by me, for you. Awww....


Sorry weyh. Aku memang tak reti edit video doe. HAHA. Layan je weyh.


Credited to Chearie, Shah, Asraf, Fatin Nabilah, Fatin Fahira, Zahirah, Jaafar dll. :D


Oh, ade second punye. Tggu weyh.

To be continued..

Perhatian2. Hai, apa khabar? Sehat? Kalau tak, takpe, bise le tu, memang sekarang musim orang kene penyakit, banyak sangat pathogen sekarang ni. HAHA


Err, aku just nak inform korang ( readers. ) yang aku akan stop blogging. Bukan permanent, sekejap je. 


Kalau korang nak tahu, aku gagal Matematik Tambahan dalam MTE. Tak, aku tak mintak simpati daripada korang punn. Tapi aku nak mintak korang doakan le aku tak gagal dalam SPM. Aku bebetul mengharapkan doa daripada korang. :)


Ah, berikutan daripada berita pasal kegagalan aku, mak aku punya reaksi biase2 je, tapi tahu sebenarnya mak aku sedih. Oh aku tak berani nak bagitau bapa aku doe. Bahayaa. CEH.


Jadi, aku rasa lebih baik aku lebihkan study daripada ber-facebook dan blogging. 


So yea, better aku stop sekejap le kan? Boleh dikatakan keputusan aku merosot disebabkan terlalu banyak Facebook dan blogging. Humm.. ok le, jumpe lagi. Ngee ;)


#Aku harap tindakan aku akan membawa perubahan. ;)

Wednesday, May 18, 2011

#3 / 5. Blovel(??)

Cerita di bawah ini tidak pun ada kaitan dengan anda semua jadi jangan perasan kerana jalan cerita dan plot cerita hanya berpandukan imaginasi pengarang.


Kalau ada persamaan, err, mungkin juga cerita ini merupakan salah satu ingatan/cebisan memory pengarang yang berkait rapat dengan kisah rakan2nya yang baik2 belaka. :DD


Mungkin juga Pelajar A sedang study di dalam biliknya sambil menggosok bajunya. 
Dan mungkin juga Pelajar B sedang asyik layan Jin Online sambil ber-Facebook, dan mungkin juga Pelajar C sedang meng-update blognya. Pelajar Tingkatan Tiga itu pula mungkin sudah tidur. Mungkin... - Entah. HEHE



Pelajar A memandang ke kanan dan kemudian ke kiri seperti kehilangan sesuatu. Pelajar B yang asyik bersembang dengan Pelajar C dan Pelajar Tingkatan Tiga itu tiba-tiba pandang kebingungan ke arah Pelajar A.


"Kenape? Ade apa-apa yang tak kena ke?" Tanya Pelajar B kepada Pelajar A sambil membuat muka yang agak serius. Pelajar C dan Pelajar Tingkatan Tiga, yang sibuk bersembang secara senyap2 tiba-tiba terhenti bercakap dan memandang ke arah Pelajar A dan B.


Pelajar A dan Pelajar B yang dari zaman tadika lagi merupakan kawan baik sehingga kini. Mereka saling mengambil berat antara satu sama lain.


"Jam dah pukul berapa? Korang dah solat ke belum? Aku nak solat jap, lepas tu kita makan kat kantin nak?" Ujar Pelajar A dengan ghairahnya. Pelajar B, C dan Tingkatan Tiga itu pun menganguk saja.


Selepas solat, seperti yang dirancang, mereka berempat sudah pun berada di kantin sekolah makan nasi goreng special makcik kantin. Dari jauh, rupanya aktiviti 'melantak' mereka diperhatikan oleh KetuaPelajar. Jeng jeng jeng... (to be continue) 

#2 / 5. Blovel(??)

Cerita di bawah ini tidak pun ada kaitan dengan anda semua jadi jangan perasan kerana jalan cerita dan plot cerita hanya berpandukan imaginasi pengarang.


Kalau ada persamaan, err, mungkin juga cerita ini merupakan salah satu ingatan/cebisan memory pengarang yang berkait rapat dengan kisah rakan2nya yang baik2 belaka. :DD


Mungkin juga Pelajar A sedang study di dalam biliknya sambil mendengar lagu. 
Dan mungkin juga Pelajar B sedang asyik layan Jin Online, dan mungkin juga Pelajar C sedang meng-update blognya. Pelajar Tingkatan Tiga itu pula mungkin sedang belajar di atas meja belajarnya. Mungkin... - Entah. HEHE

Tiba-tiba datang seorang pelajar tingkatan tiga beruniform lengkap dengan tali leher. Pelajar Tingkatan Tiga itu datang ke arah Pelajar A, B, dan C dengan senyuman ala-ala kucing nampak ikan, sambil membawa buku latihannya. 

"Salam 'alaik." Dia memberi salam sambil senyum. Pelajar A, B, dan C memandang Pelajar Tingkatan Tiga itu lalu menjawab salam. Pelajar B dan C bersalam dengan Pelajar Tingkatan Tiga itu.


Pelajar C bertanya khabar sambil menjemput Pelajar Tingkatan Tiga itu duduk. "Lama tak jumpa. Apa khabar? Peperiksaan macam mana?" 

"Sihat je. Peperiksaan okey, tak susah, tak senang." Balas Pelajar Tingkatan Tiga itu sambil mengambil tempat di kerusi sebelah Pelajar C

Mereka berempat bersembang berkenaan dengan pelajaran. Pelajar Tingkatan Tiga ini memang rapat dengan Pelajar A, B, dan C. Hampir 15 minit mereka bersembang. 

Pelajar Tingkatan Tiga merupakan junior Pelajar A, B, dan C. Dia antara pelajar yang paling rapat dengan pelajar tingkatan lima seperti Pelajar A, B, dan C. Calon PMR ini juga amat disenangi guru-guru di sekolah mereka.

Jarum Jam menunjukkan sudah masuk pukul 2PM. Pelajar A ... (to be continue) 

#Aku harap korang tak pening baca bende ni. HAHA.

#1 / 5. Blovel(??)

Cerita di bawah ini tidak pun ada kaitan dengan anda semua jadi jangan perasan kerana jalan cerita dan plot cerita hanya berpandukan imaginasi pengarang.


Kalau ada persamaan, err, mungkin juga cerita ini merupakan salah satu ingatan/cebisan memory pengarang yang berkait rapat dengan kisah rakan2nya yang baik2 belaka. :DD


Mungkin juga Pelajar A sedang makan Mi di FoodCourt TS( The Store cawangan tepi loji. ) 
Dan mungkin juga Pelajar B sedang asyik layan lagu Zivilia Band - Aishiteru, dan mungkin juga Pelajar C sedang meng-update blognya. - Entah. HEHE


Pada satu tengahari yang boleh tahan juga panasnya, terlihat tiga orang pelajar tekun belajar. Pelajar A, B, dan C


Pelajar A selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Boleh dikatakan pelajar ini Top Student dalam kelompok calon SPM dalam sekolah itu. 


Pelajar B merupakan pelajar yang selalu mendapat keputusan yang puratanya sederhana cemerlang. Malangnya, Pelajar B berkawan baik dengan Pelajar C.


Pelajar C merupakan pelajar yang nampak pandai, smart bertali leher, tapi selalunya dialah yang ketingalan dalam pelajaran, mungkin dia ni banyak meng-update blognya sehinggakan terlupa ulang kaji matapelajaran. Dia juga pernah gagal dalam ujian Matematik Tambahan. Humm...


Mereka bertiga kerap menjalankan aktiviti berfaedah itu di dalam perpustakaan sekolah. Tiba-tiba... (to be continue) 


#Busan pula bahagian pengenalan.. entah mengapa aku terfikir nak buat Blovel. HAHA. Okeh, to be continue...  

...apa je lah...

Al kisah, terdapat sebuah sekolah yang tidak beberapa nak besar, mempunyai beberapa orang murid, dalam kelompok calon SPM di sekolah itu, terlihat seorang pelajar yang pernama Adlan. 

Eh itu saya. HAHA.

Hari ni pekse Subjek Kimia dan Fizik kertas 3. dua2 buat kepala gua mau pecah. Aku mengaku satu benda, aku ni pemalas, aku malas nak berusaha. Buduh tak? Humm.. =='

Takpe takpe, Peperiksaan Percubaan SPM aku akan cuba lagi. 

... eh ada pulak masa nak mencuba lagi? Okey, aku bina balik ayat tu, ... 


Takde hal, Peperiksaan Percubaan SPM aku akan pastikan aku dapat keputusan yang cemerlang gemilang yang terbilang. HEHE.

Malas nak update pepanjang, aku tau, tak banyak pun orang yang bace. HAHA. Okeh, Salamm. ~ 

Monday, May 16, 2011

Tak jadi balik kampung doe.

Sob sob, HAHA. 

Aku okey je. 

Apa pun, esok petang kene tolong family bergotong royong.==' Kononnya ada family gathering kat rumah aku. Tak sure lagi. HUMM.

Pagi aku free, boleh je kerja kilang taik mate overtime.Kah kah kah.

Oh ye, wahai Zahirah Haryati yang berketiak dua, inilah buku yang aku ceritakan tempoh hari. HAHA. 

Hah, yang lain tak payah nak sebok takan read more. HEHE.

Saturday, May 14, 2011

1,2,3 LARIIII..

...melawan arus globalisasi... apa yang cuba disampaikan ialah, entah, siapa kesah itu semua kan? Yang penting diri gumbira. Kah kah kah. *kena baling botol.*


Apa pun, hari ini merupakan hari yang sangat indah, aku jalanan kakian dengankan kawanan akuan. ==' Bahasa merempat aku dah keluar dah, habis le korang. ayokk. HAHA. *minta perhatian.*


Ok ok, sebenarnya hari aku ade tuisyen, bise le, budak sains wajib g tuisyen. Nak SPM le katakan. Keh keh keh. 


Aku berbaju biru, Asraf dengan baju merah darah, dan Aten with her fabulous purple cardigans, kami bertiga berjalan dengan semangatnya menuju puncak... serius doe, puncak Bukit Rahman Putra, di mana pusat tuisyen kami berdiri dengan gahnya. HEHE. Cerita gempak je eh?


Kitorang gerak pukul 12.45pm ( tidak spesifik.), kelas Matematik Tambahan mula pukul 2.30pm. 


Humm, pe kejadah kitorang terlebih semangat datang awal kan? Tak buduh ke tu? HAA, tu la korang tak tahu, sebenarnya kami g makan kat Restaurant Rasa Le Lagi. Layan Nasi Ayam, + pulak dengan Sirap Limau, perhh, sodap doe. HAHA.


Kelas Matematik Tambahan belajar Trigonometry, best best. ;)


Masa tuisyen Fizik pulak, seronok belajar pasal motor D.C. HEH?


Balik tuisyen layan cite "Aku Tak Bodoh". Malam update blog. Pelajar SPM kah ini? HAHA. 


Ok la, itu je yang ingin aku cerita-in, malas nak cite panjang, masuk tido dulu. Salam 'Alaik. ;)


Oh ye, hari Isnin ade pekse kertas ketiga subjek Biologi, doakan aku maju jaya weyh. AMINN. :D

Wednesday, May 11, 2011

Sepatah dua kata dari Adlan. FAQ.

Oh ye, apa jadi dengan Budak Form 3? 


Dah lama aku tak cer pasal dia. HAHA. 


...skip...


='= *Ini bukan lawak.*


Cau. 

MALANG BERBAU AMMONIA GAS.

Okeh, sekian lama tidak meng-update blog ini, dengan berasa bangganya, aku mengisytiharkan, darurat. HAH? Kenapa?


Jangan ditanya kenapa... sebab aku sendiri tak ada jawapan. SAJA. HAHA. 


Ok ok, sudah sudah le tu mengarut. Hai, apa khabar kalian semua? Sehat?


Hamba disini baik2 saje, sakit perut sikit, maybe kena ulcer dalam perut atau usus, atau hanya sakit perut biasa. Humm.. doakan aku sihat senantiasa. :D 


Cukup seminggu Mid-Term-Exam berlangsung, potensi aku dapat straight A's kali ni tak mungkin tercapai. Matematik Tambahan tak usah ditanye, memang takde harapan langsung. BAHH. Hari ni kertas Bio. Memang celaka susah gilaa. Haish. 


Tapi takpe, aku akan berusaha lagi, eh jap, klise sangat ayat ni. Umm, jap aku rephrase. .... 


Okeh, no hal, malam ni aku recover kasi khatam itu buku biology


Okeh, malas cakap panjang, kat belog je tulis bersemangat, kang real life Facebook je memanjang. Hampeh. BYEH. :)


*Oh ye, title memang tak ada kaitan dengan isi kandungan, sekian maklum.*

Saturday, May 7, 2011

Ini bukan entry pasal awek aku.

Hei, ape khabaq hangpa? Sehat? HEHE.

Sebenarnya aku malas nak update blog, MTE pun belum habis, jadi, baik aku fokus study dulu. + internet slow gilaa nak matii.. Ni kes tak bayar bil le ni. HAHA. Ok lah, enjoy your day ok!? 

Oh ye, semalam, tetengah aku open folders lama aku, aku terjumpa file "entry for my blog... " Rupanya masa aku tingkatan tiga aku ada buat entry, entry luahan hati seorang pelajar terhadap tut dan tutt. Apa agaknya? Kena baca nih. HAHA. 


Tapi aku nak bagi amaran kepada korang sebelum baca.. tutup lampu dulu, membazir electric je. Dan, entry tu aku buat masa aku tingkatan tiga, semua benda yang aku tulis tu hanya luahan hati je, tak terniat dalam hati aku nak menyinggung hati orang. Harap mohon maaf. :)


Ok, tekan READ MORE now!!!. HAHA



Friday, May 6, 2011

Ku merindu Shah & Ella

Oh Asraf, ni le lagu yang aku cakap tu. Ella okeh, HEHE.

Sunday, May 1, 2011

(Malaysia) Pertandingan Pidato Antarabangsa BM Piala TPM

This + Air Asam Jawa + text pidato aku. OMGOSH Wish me luckkk.

TAK SUKA, BAGI ALASAN.

Pernah tak kena kutuk depan-depan? 


Eh jap, soalan buduh, mesti lah pernah, kan? 


Ok aku gubah sikit soalan aku. 


Pernah tak korang kena kutuk dengan nenek korang?


Sebab? - PMR dapat 7A tak nak masuk asrama.. ==' OHSNAPP. Tak terniat dalam hati aku nak menderhaka dengan nenek aku, tapi, HIDUP AKU BIARLAH AKU TENTUKAN!!! Ye, aku memang tak suka orang lain sibuk nak tentukan hidup aku. Aku tahu, aku faham kenapa nenek aku nak aku masuk asrama. Cucu dia kebanyakkannya masuk asrama. 
AKU?? Aku tak layak kut. Sekolah manalah yang nak aku. Humm.
Dan buat pengatahuan korang, lebih dari 10 kali kut dia ungkit benda ni. Sumpah malas nak layan. Haish.


Apa pun, hari ni panas bangat dehh, kena kutuk depan-depan. Erk, mungkin bukan kutukan, tapi ayatnya cukup untuk membuatkan hati aku tercalar. Takpe, aku dah biasa dah disakitkan hati. Hari ni makcik aku datang, nak tengok cucu mak aku. Hummm. Sekian lama orang tak datang rumah, best le jugak layan orang. HAHAHA. 


+ hari ni ada kenduri kawan aku punya kakak, aku tak pergi.. *jangan risau, aku tak bersedih punn.*


Alasan? 


Alasan kecik aku, aku kena jaga anak akak aku
- Sebenarnya aku malas nak guna alasan NI berulang kali setiap kali cengkawan aku ajak pergi somewhere, tapi nak buat camne, dah kebetulan pulakk. -


Alasan utama aku, aku malas nak pergi. Sungguh, aku malas nak pergi kenduri tu. 
Tempat aku tak tahu. *oh macam tak boleh tanya kawan.* 
Transport tak ada. *oh macam tak boleh tumpang kawan.* 
Ramai kawan tak g. *oh Shah tu bukan kawan ke?* 
Tak tahu nak pakai baju apa. * ='= dude, srly??*
Ok kebanyakkan alasan aku langsung tak munasabah. Apa je lah. HAHA 

Friday, April 29, 2011

Sindir Menyindir. :D

Ewahh, lama tak update blog, ada orang rindew kew? HAHA.Ok lah, malam ni aku malas nak cakap banyak, korang layan jelah vid/gambar kat bawah ni. 

http://www.youtube.com/watch?v=qtl_dd3ObKw&feature=related




Berterimakasih lah kepada : 



Credit to Shah, Naz, Zahirah... etc.