Monday, February 28, 2011

Patah sayap masa depan-ku .

Salah satu perkara yang membuatkan aku pernah berangan-angan untuk menjadi seorang pekerja dalam bidang sains yang gilaa luas adala ini - Tekan Sini. Tapi bila aku tengok diri aku, setelah bermunasabah dengan diri sendiri, aku terfikir, layak ke diri aku nak jadi sebahagian daripada mereka? Macam tak ada usaha je, macam aku tak pernah mencuba. Kerja rumah malas nak buat. Dalam kelas suka berangan. (Aku tahu bukan aku seorang je.) 


Tak, kemungkinan aku untuk menjadi seorang jurutera amat tipis, kalau aku usaha dari sekarang pun belum tentu akan berjaya. Ye ye, mesti korang akan kata yang aku ni cepat putus asa, tapi serius lah, aku layak ke jadi jurutera? Sifir 7 pun tak hafal ada hati nak jadi jurutera. :P haha


Bosan bosan, ni baru satu je cita-cita aku yang tak menjadi. Esok lusa aku cerita. Haha. 


Bila aku baca balik apa yang aku tulis ni, aku sendiri pun pening. ceh biarlah. Wassalam.

Sunday, February 27, 2011

Oh baru tahu.

Jadi, malam cenggini aku buat apa je?


Haha. Aku stalk orang punya facebook lah. haha. *serius*


Ok, sumpah aku baru tahu yang bahawasanya kiraan entries aku salah. Selama ini aku ingat, kalau nak tahu bilangan entries yang kita dah post, tengok kat sini. *yang aku bulatkan tu*


Rupanya, dia kira draft sekali. Hampeh. *aku memang banyak tulis entries tapi tak post, sebab private/sensitive stuff kot. haha* 


Dan rupanya yang sebetulnya, kalau nak tahu kena kira dari sini. *yang aku bulatkan tu*


OK aku loser. haha. Wassalam.

Bosan. Kebosanan. Membosankan.

Kalau nak dibandingkan muka penyu dengan muka gajah, aku lebih berpendapat bahawasanya muka penyu lagi comel dari muka gajah. Tapi entah, rasa bersalah pulak. :P


Apa pun, esok hari Isnin. Tak sabar nak sekolah. -.- aku dengar cerita ada seorang cikgu aku tak dapat hadir esok. So homework yang dia bagi aku tangguhkan sekejap. :P Haha. 


Ok aku tahu entry aku dah semakin bosan. -__- *Asraf, aku nampak kau angguk* LOL


Ok lah Wassalam. 

Entry ke-190.

Ya Allah. Aku terlupa nak buat entry special pasal Budak Form 3 dengan entry pasal Shah dan Zahirah tu. Sumpah lupa. Sorry gilaa kipas aku semua. :D

Next time kalau aku ada masa aku buat. Sekarang tak tahu nak tulis apa pasal diorang (alasan). ish3.

Ok aku dah ngantuk, Sorry seselagi. Wassalam. :D

One of the shortest entry ever. :P

Saturday, February 26, 2011

Masa itu aku sudah matang

Salam semua, sebelum awak semua baca, saya nak bagitau awak semua yang post saya yang ni hanyalah reblog/pirate daripada Zahirah Haryati punya blog. tapi saya sudah gubah ayatnya, jadi post yang anda bakal baca ni adalah versi adlan punya. *soryy ayat sekema* 
Aku dan lama dah berkenalan dengan Blogger, tapi malas nak buat blog sebab takut orang tak baca dan masa tu mukabuku pun sudah popular masa tu. Tapi mungkin ketika aku berusia 14 tahun aku rasa aku sudah cukup matang. OH TIDAK! Bila aku baca kembali entry aku terdahulu aku rasa malu dan semacam tak percaya...

biar lah aku nak tulis cenggini "
Dulu, masa mula kenal dengan internet, macam macam aku search. Dan terjumpalah Blog. Masa dulu, Myspace famous. So, malas nak buat blog. Dulu saya suka guna bahasa rojak *sekarang pun suka juga. Memang tak matangMungkin ketika aku berusia 14 pada fikiran aku matang membawa maksud remaja yang sudah baligh , punya jerawat yang kemerah merahan , kulit muka berminyak dan sudah pandai menggedik :)

Nampaknya aku benar - benar silap. Mungkin ketika aku berusia 26 tahun. 10 tahun akan datang..bila aku baca kembali apa yang aku tulis ketika ini.. aku mungkin bakal katakan

masa ini remaja lagi.. ingat diri dah matang sebenarnya belum, tapi apakah salahnya saya syok sendiri? lol "

HAHA. Jadi kepada aku yang bakap*apa itu bakap* berusia 26 tahun dan mungkin sedang membaca blog ini pada 10 tahun akan datang aku cuma nak ingatkan kau betapa bahagianya hidup kau pada usia 16. JANGAN CEMBURULAH SAYA! :p

Kepada zahirah haryati, blogger paling hebat masa kini, tolong jangan saman saya. :

Ok masa untuk aku berjiwang.

Aku buat konklusi sendiri bahawasanya, ramai orang ada perasaan suka kat seseorang, - obviously duh.


Kalau ada yang tak tahu lagi, sebenarnya aku ada suka kat sorang ni, yang tahu, tahu lah, yang tak tahu, padan muka korang. HAHA. Masalah nya aku tak rasa aku layak untuk dia, aku tau ada yang suka kat dia jugak, aku malas nak mintak couple sebab aku tahu mesti tak akan menjadi punya. 


Tapi serius aku rasa menyesal suka kat dia, aku nak stalk dia hari-hari pun tak boleh, walaupun kelas dekat. Haish, susah lah, makin aku dekat dengan dia, makin aku susah nak lupakan dia. Apa pun, perasaan ni tak affect aku punya studies pun. Cuma aku cepat tak ada mood cengkadang bila masa aku teringat kat dia dan aku takut benda ni akan affect studies aku. TOLONG AKU YA ALLAH. 


HAHA. Malu seyh cerita bende ni kat korang. Rasa macam pointless. LOL


Dah dah, lepas SPM aku try lagi. ahah. Wassalam. :D


Oh, lupa nak cakap, bila aku teringat kat dia, makan tak kenyang, tidur tak lena, solat kurang khusyuk. huhu. ;;u;;

Lepas ni apa?

Tajuk macam aku pernah guna, hmm, entah. :P


Apa pun, esok Ahad, hehe, sumpah tak sabar nak cuti. Rasa gumbira semacam meyh. Nak buat homework -.- . 


Ok aku dah ketandusan idea nak tulis apa lagi. Ok sorry. Wassalam. :D

Kenapa dunia?

Aku tahu ramai(takde) orang tertanya kemana Adlan(aku) sudah menghilangkan diri, lama tak update blog dia ni. Haha, biasalah, orang famous(pemalas) kena layan peminat(homework). 


Ok lah, jujur. Sebernarnya internet aku ada masalah sikit, masalah yang korang tak perlu tahu. -.-


Apa pun, semalam aku pergi konsert Maher Zain kat Stadium Melawati, Shah Alam. Ceh, nak poyo sikit. (sebernarnya kakak aku menang 2 tiket konsert tu hanya dengan menjawab soalan mudah dari Sinar FM. :P) 


Sumpah best, walaupun tempat duduk kitorang(aku dan Shah, Zahirah pun ada dengan saudara dia) yang paling atas. Gayat dherr. Apa pun, lighting-nya memang awesome gilaa, aku kagum :P. Suara diorang tak payah cerita lah. Aku malas nak cerita lebih takut ada orang jealous. :P (mintak tumbuk) haha. 
Wassalam. :)



Friday, February 25, 2011

Hari-hari Adlan.

Siapa stalker aku? -.- Jangan risau, aku happy sebenarnya. :D 999 pageviews. wootwoot

Wednesday, February 23, 2011

Suka-suka tak ada kerja.

Sekiansekian. Wassalam.

Bosan. Tolong jangan baca!?

Amaran, apa aku nak cerita ni, tak menarik langsung, lebih baik korang g chat facebook korang. 


Apa je aku buat tadi? Tadi masa lepas sekolah, aku lepak makan sekejap dengan budak form 3 tu, lepas dia balik aku lepak dengan cengkawan aku yang lain, kat PSS. Bosan jadi aku mula mengarot pasal Ad****. Entah kenapa aku terfikir pasal dia tadi. Macam dia sorang je perempuan kat dalam dunia ni. 


Apa pun, tadi Chearie dan Wan, dengar luahan hati aku pasal Ad****. Shah tengah buat homework (budak rajin). Kesian diorang kena layan aku. Haha. Wassalam. 

Tuesday, February 22, 2011

Lama tak dengar cerita.

*winkwink* Ingat lagi tak budak form 3 tu? Haha, hari ni aku lepak dengan dia sebab dia pun ada latihan roadrun


Apa pun, masa Zohor tadi, solat kat sekolah, aku jadi imam. (percaya?)


Tugas yang paling berat aku pernah pikul. Perhh cuak je. Tapi dia sorang je jadi makmum, so aku tak kesah sangat lah. Serius, jadi imam adalah tanggungjawab yang paling besar bagi aku. :o


So sebernarnya aku bukan nak cerita pasal dia, korang ingat aku batak sangat ke dengan dia? ish3. Haha.


Wassalam. 





Kaki. Tuition. Aku.

Petang tadi ada latihan roadrun, hampeh je aku, lari sikit dah penat, tapi boleh tahan lah, akhirnya dapat nombor 8. Chill, ni hanya latihan. 

Masa balik, dalam pukul 3.45pm, sesedang aku tunggu bapak aku ambil aku, kaki aku terkejang, dan aku pun macam nak pengsan dalam kesakitan, buduh takde siapa nak tolong, kot nak tunggu aku jerit je. Haha. 

Lepas dah lega sikit, aku terserempak dengan Zahirah, kitorang jalan sekejap, aku nampak Aqib(budak form 4), dia macam panggil aku, lagi aku dekat, lagi dia jauh kedepan. (Hampeh betul kau.) :P

OTW kejar Aqib, aku ternampak kereta bapak aku, aku pun nak kejar lah, malangnya kaki aku kejang buat kali ke-2. Gilaa kali ni lagi sakit, nasib baik ada Zahirah tolong. Haha. Gilaa sakit derr. 

Apa pun, malam ni aku tak pergi tuition sebab kaki aku sakit, kat rumah kena lagi kejang, aku takut nak jalan, duk atas kerusi roda je lah aku malam ni, haha. Ok lah korang, tq baca kisah sedih aku. *sedih ke?*

Wassalam.


Monday, February 21, 2011

A night as a loner.

Yep, i'm currently sitting alone in my small room, eating Squiggles. LOL. It's a bun with chocolate cream in it. 
Looks pretty tasty isn't it?


As i was doing my BM homework, i got famished and there is no more leftovers left, so i decided to buy something from a shop which situated less than 100 meter from my house. That shop is called Kedai Kadir(??).


So i got on my sleepy feet and walked there alone in the dark and i saw two guys on a motorcycle and i was like, please don't kill me. LOL. Seriously.


Oh yeah, i bought that Squiggles. Tada. Now it makes sense right?


So yea, everyone was actually staring at me as i walked into the shop, coz i wore this : 
Yep, i guess i was too patriotic tonight. haha. :D 

Wassalam.

Gila Pangkat.

Hoodies ni

Jeans tu,
dan Beg ini.

Ok aku rasa aku dah mula sangap(batak/alpha) dengan barang dari 21Men. perhh sumpah berminat. LOL. esok lusa aku beli paling-paling pun kat Uptown Damansara tu pun bundle(bukan 21Men) which is just fine by me.
Wassalam. *tajuk memang takde kaitan*

Salahkan Ain aku mula suka pada ROCK.





Ye, gender music yang dulunya aku pandang rendah, kerna aku kurang minat dengan lagu-lagu rock, namun kini aku gemar(suka) dengar lagu-lagu rock. Paramore, 30 Second To Mars, etc. perhhh, layan siot. 


Entah apa kaitan dengan Ain pun aku tak tahu, tapi aku suka lagu-lagu rock doh. Sumpah minat, tapi aku tahu aku minat tak lama, lagu dua tiga minggu hilanglah minat tu. Haha. Rasa rugi pulak. :P Apa je lah. Aku nak sambung buat homework, jangan stalk aku hehari weyh. haha. (poyo seyh mamat ni). 


Wassalam.


*Eww, Ayat macam tiru style akak Zahirah jer, apa kes? haha*

Layan babi hutan.

_Tajuk takde kaitan _

Entah kenapa aku mula pentingkan Stats aku pun tak tahu, tapi aku suka tengok stats, rasa tenang, macam belajar Math Chapter yang ada kena buat graph tu, graph polygons, graph menuruh lah, haha. Ok bye. Wassalam.

Sunday, February 20, 2011

The new header.

Thanks to all supporters, (perasan gilaa). I now have a new home-made header. How do you like it? LOL, i hope you'll like it. :D


No it's not a tattoo, just pure ink, i was doing my homework so i guess you know why i made this. :D 


Yo my name is Adlan, and you're currently in my home blog. :D


pttff, i wish i can make it much more cool-er but.. this is pretty okay for now. :D well at least. haha. Wassalam.

Ok terkejut.

Serangan pageviews, mula-mula aku chill je, petang tadi sikit je pageviews. Malam ni pulak tetiba banyak pulak. 18 pageviews, apa yang aku post diorang tengok pun aku tak tahu. haha. :) tq weyh. :D

Saya Sayang Rasulullah

Saya Sayang Rasullulah. :D


Special Credit to the pure awesomeness, 
Chearie, Shah and Zahirah .

Ape maksud name korang?

nama siapa? nama aku?
Amirul = Ketua
Adlan = Adil
So i guess, ketua yang adil lah kot. :P

Ask me anything < do you really thing i'm going to answer your questions?? lol

GREEN ENERGY TOP

Siapa nak tolong belikan? Anyone? Somebody? GREEN ENERGY TOP

Kambing biru.

Sebelum aku nak cerita something kat korang, aku nak buat lil' post sekejap. 


Masa aku pergi Perlis tahun lepas, masa cuti panjang, amik akak aku baru habis belajar kat Poli dia, sesinggah kat Padang Besar ( tak jumpa padang pun ), kat sana banyak kekedai jejual banyak bebenda, aku terjumpa satu beg ni, agak kelakar. 
Comel kan? Dan yang paling tak boleh blah, ada tag yang mengatakan bahawasanya beg tu Original. :P kelakar kot.

Ok dah dah, hari ni homework banyak seperti biasa, malas nak cerita, sekarang ni aku tengah online FB sambil buat essay, hampeh. Oh ye, aku baru jumpa pemankin(??) untuk menaikkan mood untuk buat homework. Susu dan lagu Duta. :D best-best. haha. Ok wassalam. :)

DISTRESSED FAUX LEATHER BACKPACK

DISTRESSED FAUX LEATHER BACKPACK

Smart jugak. :D Siapa nak belikan untuk aku? haha
Heh, hari ni hari lahir kakak aku, kakak kedua aku, anak ketiga dari empat adik beradik, hampeh, aku terlupa, -.- Mesti dia marah. 
Err, aku pun tak sedar bila masa entah dia tangkap gambar dengan Fara Fauzana(??). Entah, lol. 


Takpe, baru 45 minit berlalu, esok pagi kita sambut lah, takde kek, just pure enjoyment in Shah Alam and hopefully Selayang too. Pergi Shah Alam esok sebab nak ambil tiket konsert Maher Zain yang aku cerita kat korang hari tu, pergi Selayang sebab nak pergi rumah kakak aku yang pertama, tak sabar nak jumpa my niece, Aliya :).


Dia panggil aku Paksu. :P Gelaran yang paling bermakna. haha





Saturday, February 19, 2011

Sebagai manusia yang berketiak dua, aku sememangnya seorang pelajar yang kurang suka pada homework, aku tahu bukan aku sorang je.


Dulu ( dua minggu lepas ) aku suka buat homework, mungkin sebab homework senang bagaikan ABC, kalau katak ada akal mesti katak pun boleh buat. 


Di zaman atom kini, molecules homework sudah berevolusi, menjadi lebih kompleks, sukar bagi aku untuk fahami. Semakin hari semakin banyak panadol perlu aku makan sehinggakan nasi yang aku makan pun rasanya macam panadol GH di Sungai Buloh. -.- *ok yang tu aku tipu, aku tak suka makan panadol.*


Sekarang baru aku ingat kenapa aku buat blog, lepas stress. :P Wassalam.

Tolong faham AddMath

Ok, pageviews aku ada 900, -.- siapa yang singgal blog buduh aku ni? Followers sikit, tak mungkin!? 

Hari ni sekolah ganti, seharian belajar Addmath je, best sebab for the first time aku faham apa yang aku belajar hari ni. Oh tidak bukan semua, ada lah jugak yang kantoi tak faham. Tapi mostly ok je lah. Lepas tu petang ada tuition, Addmath lagi. -.- Tapi aku enjoy sebab aku faham. Pelik kan? hahah. Ok fine. Wassalam.

Friday, February 18, 2011

Karipap vs Donuts.

Ye, memang takde kaitan, aku nak post gambar aku dengan Ain punya Album MCR dia. Tak beberapa nak minat, tapi ALBUM tu, bergambar dengan ALBUM pun boleh lah. Ok ok. 
Ni bukti Album kau selamat dalam tangan subur (bukan lawak) aku. :D Tapi manalah tahu en entah-entah esok tikus jiran aku gigit Album ni. ENTAH. Wassalam.

Tolong fahamkan aku.

Bila aku tengok entries aku yang tersebelum ini, aku rasa pelik dan nak gelak pun ada, cuba korang tengok post Aku Bijak Jauhi Zina, ada 25(tak spesific) tapi comment ada satu. LOL. Tak kelakar eh?

Perkara klise tanpa aku sedar.

Selalunya kalau Adlan buat entry ngarot-ngarot, tajuk takde kaitan dengan entry-nye, tapi....


Ye, aku harap konklusi aku benar mengenai perkara ini.Bila time aku nak makan je, mesti kucing aku kacau, lepas tu buat muka kesian mintak makan(mengharapkan suapan dari manusia), jadi aku berpendapat, semua orang yang bela kucing di rumah mereka mengalami masalah/perkara yang sama dengan aku. (Obvious kot). So betul ke pun?? 


*Tinggalkan comment anda mengenai perkara ini jika mahu, tahun depan aku balas, K.* :P 


haha, Wassalam. 


Motif sebenar aku menge-post entry ini adalah kerana aku takde bende lagi best nak post. :P

Oh wait.

Short entry, just a reminder, catch me nextweek with my entries about budak form 3 and Kisah Klise (Zahirah) and You're the King (Shah) who have inspired me to become a blogger. 


Oh yang lain pun ada jugak, cuma aku nak focus on them first. :) And yes, Wassalam. :)

Thursday, February 17, 2011

One. The Awkwardness.

As i promised to him, i want to post an entry about him using another picture of him but i can't because i just can't okay. lol Now now, please take a few notes about this interesting guy. 
Name : Mohd Nazri A.K.A Chearie and once called as Cherry(??)
Age : 17 duhh. 
As hensem as you can see, he's such a nice guy *he paid me to say that*
I knew him since ever(in kindergarten). 
He has an iPad. :P
Please click on each one of the link i linked, or sumpah korang mandul. And there's nothing much i can tell you guys about him, but his pictures are amazing and so do Shah(click him too if you want :P).


And please, do stalk his/their profile/flicker and such to learn more about his/their career. And kalau nak ngorat bagi number kau kat aku dulu, nanti aku pass kat dia. :P





This is how it is.

So thus, this is the moment when Adlan only post one entry per day. Every 11pm insyaAllah :) I promise, oh gosh. This is so hard. *cries*

Today's sucks, suckssuckssuckssucks!!! End of story. Not in the mood to tell you guys my pathetic life-story-line which involve too much dramas and calculations pttff. 

Oh yea, yes i met him(budak tu) again today, but no sign of A****H, she's started to make me worried about her. Well of course, i'm her bf-wannabe. :P ptfff *kena tumbuk*

*Acap, if you're reading this, please remind me tomorrow to kill myself if don't bring that precious Biology Book of mine.* 

Oh and yea, as i made it sounded pretty cliche (in a nice way), Wassalam. :)

Wednesday, February 16, 2011

Entry terakhir buat hari ni.

Aku nak post gif pertama yang aku buat sendiri. :P


Sakai-sakai je, masa ni tak matang lagi, haha. LOL baru tahun lepas aku buat kot. Ye tu kucing aku. -.- Wassalam. :)

Mereka.

Ok, lepas ni aku nak buat homework ( ni ayat semalam :P ), so aku kena cepat-cepat tulis entry untuk hari ni ( kalau tak tulis pun boleh ~ )

Apa pun, pagi tadi, masa kat sekolah, aku dapat khabar berita yang kurang sedap didengar. Kawan aku terlibat dengan kemalangan. Antara motor dengan Van tak silap aku. Entah, aku pun tak pasti, banyak sangat versi cerita yang aku dengar.

Cerita A: Sebelum mangsa terlibat dengan kemalangan, ada kemalangan kecil telah pun berlaku, mangsa cuba untuk mengelak (kereta yang sedia maklum telah kemalangan) tetapi dia hilang kawalan (remote control??) dan termasuk lane sebelah dan dilanggar Van dari arah yang bertentangan. Dengar cerita memang teruk gilaa tapi keadaan tak dapat diketahui ( pelik ).

Cerita B/cerita yang aku dengar selepas cerita A diceritakan kepada aku. : Badan mangsa termasuk bawah Van tersebut. Telinga mangsa hancur. Van Sekolah yang telah melanggar mangsa. Mangsa tak pakai topi keselamatan(??) (ke topi keledar.). Dan Blablabla. 

Dan, yang agak kelakarnya, hari ni kat sekolah aku ada Kempen Keselamatan. -.- Ironik eh?

So, kalau korang rajin, doa-doa lah untuk dia agar cepat sembuh. Dan InsyaAllah aku akan melawat dia esok dengan kawan-kawan yang lain. Wassalam.


Ouh wait.

Ok i promise, this is my last entry for tonight. Hehaha.


So how do you like my new header? It's called header right? Ok hurmm, i got it from *ehemsomething* secret. :P
SO i guess i am too sleepy though my hands are still writing/typing. Humm, Ok fine, Bye YoAll. 


Wassalam. :)

Tuesday, February 15, 2011

Entry ke-150.

Alhamdulillah. Akhirnya aku sampai target aku, ye, ni entry yang ke-150. Sikit en? Ish3. Haha.


Apa pun, esok sekolah, homework aku ada lagi yang tak siap, bukannya aku malas nak buat, tapi aku malas nak cari jawapan. -.- erk, lain kan? haha. 


Ok lah tu, aku dah malas nak buat entry bebanyak, bukannya ada orang baca. Haha. Nanti aku buat Video pulak lah, macam IniAnwarHadi, haha, sumpah cun. Muka aku dah la tak hensem, ada hati nak buat vid, -.- tak pasal-pasal Youtube kena shutdown sebab ramai viewers tak suka aku. Haha.


Wassalam.

Baca jom.

So, banyak infos boleh korang dapat. Kalau rajin forward lah kat cengkawan korang. Ye ye. :)
Wassalam.

Cabaran tulis entry dalam masa 1 minit.

Ok ni kali kedua aku buat cabaran ni. Ok kena tulis cepat.


Apa pun, malam ni aku ada tusyen, tak sabar nak g sebab malam ni kitorang nak masuk topik baru. - serius tak sabar. :P


Ok lagi 5 saat. Aku off dulu Bye. Wassalam. :)

Zaman kegemilangan Adlan. By Adlan.

Siapa tak kenal aku, sila baca dengan penuh khusuk(??) okeh. Bismillah. :)
Merupakan seorang yang suka sangat tulis blog setiap hari. Hampir setiap entry beliau tidak munasabah dan amat serabut. Terlalu banyak typos dan Grammatical Errors. Namun beliau merupakan pelajar kelas A. Kelas yang dikatakan semua pelajarnya jinak/bijak belaka, nampaknya beliau telah tersesat lah tu. :P


Senang kata aku ni budak nerd yang tak nampak nerdnya. Suka susahkan orang, kedekut cengkadang. Pernah fail Addmath dua kali. -.- Nampak macam pandai, tapi memang kurang pandai. ish3. (i'm trying to be humble lah lol. jk)


Ok. FYI, ni gambar masa aku join program pelancaran roket kali ke (entah). Best lah jugak sebab aku antara  yang kalah. :P ahha. ok bye. Wassalam. :)

Perkara-perkara ghaib.

Ok tajuk memang tak ada kaitan langsung. haha

Apa pun, masa aku online facebook tadi, sesedang stalk cengkawan punya status, aku ternampak satu gambar aku, actually, gambar aku dengan Acap dan Shah. LOL. 
Banyak jugak gambar kitorang bersama eh? - ayat gay gilaa. -.-

Ni lah antara gambar-gambar yang aku cakap tu. 
Acap(Asraf), Aku dan Shah(You're the king)


Ikut turutan, gambar yang paling atas tu masa jamuan kelas, 3A dan 3B dekat rumah kawan aku, Pipah.
Gambar kedua tu pulak masa Raya tahun lepas.
Gambar ketiga tu masa jamuan reunion 6A. Tapi Shah ada. LOL
Gambar keempat ni masa hari keusahawanan (ye kami nak jadi Usahawan) dekat sekolah, tahun lepas tak silap aku. Hehe.

Credit to Chearie.
Dan korang yang lain jangan jealous pulak, nanti aku post gambar korang pulak. hahah
Aku cilok gambar ni dari FB. :B

Short Entry. Not worth reading.

Ok malangnya homework aku telah membosankan aku. -.-


Apa pun, dah petang-petang macam ni malas lah nak buat homework, tak ada mood, rasa macam nak bazirkan masa buat benda-benda yang tak ada faedah.??? :P 
Ok fine, aku nak sambung buat homework lah ni, okeh? Wassalam. :)

Arah Arahan Pengarah.

Oh tajuk!? Aku bukan nak ajar korang tatabahasa ye, haha. 

Apa pun, lepas ni aku rasa aku nak kurangkan masa ber-online, nak fokus, SPM dah macam nak dekat. Aku tulis entry pun, just nak kurangkan stress, tak kesah lah kalau ada orang baca ke tak, yang penting aku gembira. haha. 

Ok short entry jer. Wassalam. :)
Hari ni aku bangun agak lambat, sumpah ngantuk gilaa, menyesal bangun lambat, tak dapat ikut orang berarak(??).

Apa pun, lepas ni, aku nak buat homework sekejap, ye aku tahu, hidup aku memang bosan, -.- haha. Sedih je, aku tak dapat SMS maulidurRasul dari cengkawan semua, ;;u;; Esok sekolah!!! Homework tak siap lagi. O_O

Aku kekurangan idea, malas nak tulis lagi, ok Wassalam. :)

Monday, February 14, 2011

Ok jap, alang-alang belum azan lagi, aku nak promote photographer yang sumpah AMAZING gilaaaaaa.

Chearie Awesome. < siapa tak tekan aku sumpah mandul. LOL jk. Tapi serius, tekan lah. Tak rugi pun, kata unlimited broadband. :P

Gilaa aku bosan tak tahu nak buat apa homework pun tak siap.

Tajuk tak penting, yang penting korang baca entry aku. haha.

Ye, aku bosan, homework belambak kejap lagi aku buat, ala, senang je pun (aku tipu). Cakap pasal homework, seperti biasa, masa aku stay dengan cengkawan aku (bukan budak form 3), aku adalah buat sikit homework, ceh kononnya rajin sangat lah tu. ehem. Eh jap, dah nak magrib ni, aku kena off, ok cabaran tulis entry 1 minit. HEHE. 

Wassalam. :)

Aku famous amous.

Eceh, perasan popular je, hahaha. :| 


Apa pun, setelah Chearie telah mem-promote blog aku di Facebook, aku dapat lagi seorang stalker baru, aku yey dalam kegembiraan. -.- Sekarang aku dah ada 11 followers, lagi cun, aku antara blogger yang perasan, ada orang baca dia(aku) punya blog yang hampir setiap hari aku post 3 entry yang sungguh membosankan. terimakasih kepada MissUnique, KisahKlise, dan You're a King. :P


Ouh, hari ni, seperti biasa, tak dapat dielakkan, ye, aku terserempak dengan budak form 3 dengan cengkawan dia lagi. Tapi malangnya hari ni aku takde mood nak "dating" dengan dia sebab aku lepak Aqib, budak form 4, belajar Addmath (suka hati korang lah nak percaya ke tak, gua tak paksa dong) -.- 


Apa pun, aku nak ucapkan Selamat menyambut Maulidurrasul. :) kalau korang rajin buat lah apa yang patut. :) Baca Yasin dll. 


Hahah, ok tu je, Wassalam.




Ini lah bukti makanya aku ni memang "banyak" stalker sejati. :P ahha lol

Malam tengah malam.

Tajuk apa je lah aku buat tu, sah aku tengah ngantuk, takde idea, haha. So, malam tadi, pukul 9pm aku tolong kawan aku, SHAH, kisah klise dan chearie dengan projek diorang. Projek apa pun aku tak sure sangat, aku rasa aku takde fungsi jer tadi. haha. 


Apa pun, nanti aku cerita lebih detail pasal projek diorang ni. Haish. Yang paling best ialah, masa balik tadi aku mintak abang kisah klise hantar depan lorong rumah dia je, bapak aku otw datang, rantai motornya terputus, hampeh, aku kena jalan kaki dengan bapak aku balik rumah. Jauh nya macam, 1 kilometer lah, lebih kurang, hurmm. Tapi ok kot, aku enjoy. haha.


Wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Cabaran tulis entry dalam masa 1 minit.

Ok aku dah lambat nak pergi temuduga, fuhh, takde idea nak tulis apa, soryy kalau ada typo ke apa, nak cepat ni.


Ok ok, aku nak cerita pasal homework aku yang sumpah belambak, tak tahu nak buat yang mana satu, semua susah. Alamak lagi tiga saat, ok bye. Wassalam. -.-


Rugi korang baca. 

Saturday, February 12, 2011

Coming soon.

Hujan Panas. Well, at least aku tahu tajuk cerita ni, yang lain aku tak tahu, tapi yang penting aku tahu tajuk dia. hahahah. Trailer-nye macam best, so, kalau korang rajin tengok lah, tekan sini. :) sekian sekian. Wassalam.

Mengarot. By Adlan

Mejoriti lelaki di Malaysia minat sangat tengok perlawanan bola, English Premier League sebagai contoh, malam ni ada perlawanan antara Manchester United dan Manchester City, aku ni bukannya minat sangat tengok "bola", tapi aku respect lah semua pemain-pemain bola. 

Ok, apa eh? Uh, ye, aku memang tak minat, dan aku sumpah aku pernah cuba untuk minat, sebab kebanyakan kawan-kawan aku minat tengok bola, dan hal ini juga telah secara semua jadi membuatkan aku menjadi seorang kaki bangku. -.- Bagi aku, bola sepak ni best, tapi malangnya aku takde kebolehan untuk menyepak bola secara betul, masalah betul!!!!. 

Ok tu je aku nak cerita kat korang, hahaha. Ok. Wassalam. :)


Aku tak faham kenapa aku post bende ni, aku rasa sebab bende ni mengingatkan aku kepada kehidupan aku di dalam kelas yang suka gelak -.- time cengkawan aku cakap something yang agak kelakar. -.- 


Ok. Wassalam.

Short Entry saja maaa..

Ok, kejap lagi aku kena pergi tuition, SPM weyh... ahah. 


Aku nak cerita satu bende kat korang, tak penting pun, tapi saja nak cerita. Malam tadi, aku mimpi aku pergi kat satu kedai ni, kedai apa pun aku tak pasti, tapi dalam kedai tu ada banyak Mushmellow, aku tengok terliur weyh. Tiba-tiba jam aku terbunyi, hampeh, i was about to eat that mush mellow -.-, menyampah aku. 


Ok. Wassalam. :)

Friday, February 11, 2011

Malam yang sungguh membosankan, tak tahu nak buat apa, homework aku sikit je, so, aku tangguhkan sekejap. heheh. Aku rasa aku nak download movie je lah malam ni. 


Ouh ye, petang tadi aku tolong cengkawan aku dengan projek mereka.. jengjengjeng. Haha, sebenarnya aku tak terlibat, tapi adalah seorang kawan aku ni, tak sihat, so aku ganti tempat dia, tadi kitaorang(Zahirah,Nazri aka Chearie, dan aku) interview seorang ustaz, kawan aku Zahirah aka Kisah Klise, buatkan soalan, Chearie tu pulak record video, aku pulak menyumbangkan suara aku -.- untuk bertanyakan soalan-soalan yang Kisah Klise buatkan tu. Apa pun, best lah jugak. At least hari ni ada jugak bende yang aku buat. hehe


Habis sudah cerita singkat ku ini. Wassalam. :)

Kenapa?

Aku tak rasa yang diri aku hensem, tapi bsersyukur lah, ada mata, hidung, mulut, etc.. cukup lah tu. kan kan? 
-.- FYI, masa ni aku tengah makan. Form 4, masa ni aku bajet matang lah. haha. -.- Bila aku tengok gambar ni, aku tak sure sama ada nak gelak atau nak menangis, ;;u;;......


Credited to Chearie. 

They. Me. Birthday cake.

Tak, hari ni bukan hari lahir aku. BuatPengatahuanKorang (BPK), awal bulan February, ada lebih dari 5 orang kawan-kawan kelas aku yang sambut hari jadi diorang, jadi, cengkawan sekelas aku yang lain pun plan birthday surprise cake untuk kitorang semua. And guess what, tadi kitorang sambut. hahah. Tadi sebelum rehat, cikgu BM aku yang sepatutnya masuk mengajar, busy buat kerja, jadi diorang pun keluarkan lah dua bijik kek chocolate, homemade lagi tu. ahah. 

Mula-mula aku ingat kek tu untuk kawan aku, Jaafar, sebab hari ni hari lahir dia, so aku pun relax je lah, tetiba ada yang sebut nama aku masa nyanyi lagu "Happy Birthday To You.", aku pun OMG, WTH, hahah, sumpah terharu, atas kek tu ada lebih kurang 5 nama, Aku pun, yeyy dalam kegembiraan, masa rehat kitorang makan kek tu. Ouh yea, dalam kek tu ada ice-cream, sedap. :)

Apa pun, memang cool gilaa lah ada kawan macam diorang ni, rugi tak bawak camera. ahah. Surprise!!!.

Wassalam.



Thursday, February 10, 2011

Mana gambar? I nak stalk you.

Haha, aku mengaku satu perkara, aku memang suka stalk orang punya FB. Aku rasa kalau orang-yang-aku-suka tu buat facebook, aku sanggup online setiap hari, just untuk stalk dia. -.- creepy gilaa.


Malangnya dia ni gadis yang kurang ilmu IT, ye, dia tak ada FB, MS, FS, eh jap, aku pun tak pasti. haha. apa deh? Tapi aku bukannya rapat sangat dengan dia, sume(semua) kawan aku pun ingat aku dah tak suka dia dah, aku setia weyh, tapi, jujur la eh, aku memang ada crush kat budak lain gak(jugak), budak form 2, form 3, form 4 belum lagi. ahahha. Apa boleh buat, semua cun-cun je. hahaha.


Apa je kejadah aku cerita kat korang ni, hampeh, haha. Wassalam.

Wednesday, February 9, 2011

Hilangkan jerawat anda!!!

Ouh, aku bukannya nak cerita pasal jerawat, aku nak cerita pasal bende lain ni. hahah. 


Bila masuk minggu ke-2, mood aku untuk siapkan homework akan berkobar-kobar, rasa macam homework lagi penting dari facebook. haha. Takbur!!! Tapi serius lah, aku rasa semacam je setiap minggu ke-2. Semua homework siap.


Rahsia? Takde rahsia pun. Aku rasa mood memainkan peranan yang penting bagi seseorang itu untuk menyiapkan homework-nya. Sekarang homework aku yang dulu aku kata sampai tujuh keturunan pun belum pasti boleh siapkan ke tak tu sudah siap kesemuanya(99% siap). haha, support dari mana lah aku dapat ni? Bersyukur lah. ahah. 


Ouh, alang-alang kat sini, aku nak bagitau korang, aku punya target SPM. Aku target aku akan dapat 1A+,2A-,5A-,1B+. Haha, kenapa ada B tu en? haha, entah lah, aku tak rasa aku ni layak dapat 9A's. Entah, insyaAllah aku usahakan. :) 
 Wassalam. :)


TalkWithMe. "Kau kelas pertama, kena lah rajin buat homework." - aku tak suka ayat ni. Kelas pertama tak menjamin seseorang murid itu merupakan seorang yang rajin. sekiansekian.
Aku nak jujur lah dengan korang, sebab yang baca ni kawan aku je pun. haha, kalau ada yang masih tak tahu lagi pasal crush aku, hehe, aku nak cerita lah ni. Nama dia A**LAH. haha. Apa kejadahnya aku nak bagi tau nama dia kat blog aku ni. haha. 


AKu suka kat dia sejak form 2, dia cantik, boleh dikatakan wajah penghuni syurga. Soleha. Ish, memang kalau dah suka tu, semuanya baik-baik. Tapi dia ni pemalu, jumpa aku je, tunduk muka. Pernah aku terfikir nak mintak couple, tapi aku tahu dia bukan jenis yang suka coupling ni. Tunggu lepas Universiti la nampaknye. haha takpe aku sanggup.


Tapi en, masalah nye, bila depan korang(cengkawan) aku tak tunjuk sangat perasaan suka kat dia, macam biase-biase la, kalau aku kata aku tak suka dia pun mesti ada yang percaya bulat-bulat. Tu lah kehebatan muka plastik aku. haha. Tapi dalam hati, macam nak meletup bila-bila terserempak dengan dia. haha. Bukannya aku taknak kawan aku tahu, aku sendiri mengaku kat diorang, aku memang suka kat dia, tapi masalahnya aku ni bukan jenis yang batak bercinta. SPM dulu baii. 


Dah dah, lepas ni aku update lagi, jgn rindu aku ye. HAHA, Wassalam. :)

Di mana ada Adlan, di situ ada SPM. -.-

Aku rasa aku tak nak SPM tahun ni(tak, aku tak serius), mesti rasa bosan lepas sekolah nanti. Macam dah takde matlamat. Aku ni jenis yang susah nak lepaskan sesuatu. Kalau ada benda tu, nak simpan sampai ke mati. Aku tak pernah pindah sekolah/rumah, so, bila nanti aku dapat masuk U mana-mana nanti mesti aku agak sedih, rasa macam tak nak tinggalkan tempat ni, walau pun tak sempurna, aku rasa selesa duduk kat sini, sama lah jugak dengan sekolah, aku mana pernah tukar sekolah, dari form 1 sampai sekarang, sekolah tu je lah, bila dah masuk form 5 ni lah baru aku sedar. 


Haha, pulak tadi masa sejarah, cikgu aku cakap, kitorang akan rindu sekolah sebab sekolah sebab sekolah lah di mana, kita boleh enjoy(sikit), kurang(banyak sikit) stress, senang kata, sekolah lagi senang dari Universiti. -.- sebenarnya aku ni memang jenis yang senang terpengaruh. ahah. Oh, lepas ni nak cerita pasal crush aku pulak. bersedia weyh. haha. Wassalam.



Cerita dia lagi. -.-

-.- Aku baru perasan sesuatu, aku ni selalu sangat lepak(study/borak) dengan budak form 3 tu. Bila aku ingat balik, aku rasa hampir setiap hari aku jumpa dia. Haish. Pelik la. Patut lah kawan-kawan aku buat jokes pasal aku skandal dengan dia. haha. Apa pun, aku nak stop stayback kat sekolah, nak kata aku buat homework, still ada yang tak siap, hampeh. Lagi pun tahun ni aku SPM, dia PMR, kacau dia study je, tapi selalunya masa tengah study, dia yang banyak cakap, -.- haha. OK. Wasssalam.

Tuesday, February 8, 2011

Rasa agak emo hari ni. Lepas sekolah tadi ada perjumpaan Kelab Pertanian, ouh ya, yang kelakarnya, budak Form 3 tu pun ahli Kelab Pertanian. -.- Apa pun, tadi kitorang tanam tebu, best lah jugak sebab aku tak pernah tanam tebu seumur hidup aku. haha.


Lepas perjumpaan tu aku stay sekejap kat library, budak Form 3 tu mintak aku ajar Mathematic, susah gilaa. haha. Aku dah lupa semua jalan kira untuk Math form 3. Memang malu laa tadi. haish. Lepas tu aku buat homework yang banyak tertangguh. haha.


Dan yang paling tak best dan telah membuatkan aku takde mood nak stay study lagi is my dad, balik tadi dia marah sebab balik lambat, aku pun bengang lah, aku stay bukannya lepak-lepak buang masa, aku study!!!. Memang aku rasa nak mogok je dua tiga hari ni. Esok aku malas nak stay lagi kat sekolah. Maybe aku stay tapi tak lama lah, so less study. -.- serius, aku memang tengah HOT. perhh.


bahh, malas laa, rasa macam tindakan yang tak matang, haha. ok lah, CERIACERIA. -.- Wassalam.

Monday, February 7, 2011

Hari ni rasa bosan gilaa, partly sebab aku tak makan tengahhari, dan mostly sebab aku tak cukup tidur semalam. Perhh, menyesal duh tidur lambat, muka dah macam panda dah. Aduii. 


Masa AddMath tadi rasa macam nak muntah. Serius, rasa macam pening gegilaa. Tapi apa pun, lepas waktu sekolah je, happy semacam, kenapa? haha, sebab dapat "dating" dengan kawan aku semua, ouh ya budak-budak form 3 tu pun ada. Buat kerja rumah tapi tak siap-siap, dan aku rasa bersalah sebab duduk sebelah budak form 3 yang aku rapat tu. Aku duduk tepi dia, aku senyap je, dia yang banyak cakap(haha), tapi i enjoyed his company. Haha, kerja dia tak siap pun tadi, lain kali aku kena duduk dalam "geng" aku je laa, malas nak kacau dia, nanti habis semua kerja dia tak siap. haha. 


Wassalam. :)


oleh kerana aku kelihatan rapat semacam dengan dia, some of my cengkawan kata aku ada skandal dengan budak form 3 tu( dalam nada joking). -.- walaupun joke tapi aku still kesian kat budak tu. Habislah reputasi dia. haha. 

Sunday, February 6, 2011

6 Feb. 2011 sounds interesting. Yes?

Sebenarnya malam ni aku taknak update blog, tapi since banyak permintaan dari peminat, jadi terpaksalah update. haish, susah betul jadi famous ni. - tumbuklah saya -


Aku nak buat kerja rumah, tapi rasa malas, rasa macam semua kerja aku dah siap, erk, sebahagian je lah. haha. Apa pun, petang tadi aku duduk rumah sorang-sorang, download movies. Yep, aku tahu, hidup aku memang bosan. Esok sekolah, tak sabarnye. Serius lah, tak sabar. Rasa tak sabar nak jumpa cengkawan semua. -.-


Ok dah la tu, aku nampak ada orang dah menguap dah tu, haha, Wassalam. :)


Aku tak bangga download movie secara pirate. -.- tapi apa boleh buat. Parents aku kaya sangat nak beli DVD/CD original. Haha, nnt aku usahakan beli yang ori. lol

Saturday, February 5, 2011

Kisah Klise buat entry pasal aku?

Fuhh, gilaa lah, aku macam tak percaya, aku dapat wish Happy Birthday (dalam Facebook) lebih daripada yang aku jangka. Haha. That's the beauty of Facebook events corner. Haha. Apa pun, aku rasa terharu, bersyukur, dapat kawan-kawan facebook yang rajin wish-kan aku. Haha. Dan paling best, Kisah Klise buat entry pasal aku. Tak sangka betul. Apa pun, hari ni aku sambut hari lahir aku kat luar, Kuala Lumpur. Makan McD. First time aku makan Burger Prosperity McD. Tak sesedap yang aku sangka tapi boleh lah~. 


Hadiah? haha, lepas semua kesalahan yang aku dah buat, aku tak mengharapkan apa-apa hadiah dari sesiapa. Kalau diorang bagi aku tak tahu nak cakap apa selain daripada, terima kasih, maaf susahkan hidup kau selama ni. :( 


Ouh yea, mak ayah aku belikan aku baju baru. Ipad? kena tunggu Burung Dodo wujud balik lah. haha. Wassalam. :)

5 Feb 2011. By Adlan.

So today, well, i can't tell the whole story yet since it has been only 10 minute(not specific). Yeah, my birthday, weehoo. So, as bored as you are now, i'm going to watch Mean Girls 2. See yaa, and thanks. Wassalam.

Friday, February 4, 2011

Kucing bisa beri ketenangan?

Kucing-kucing aku semuanya tak boleh diharap, mintak tolong buatkan kerja rumah AddMath pun susah. Ish3. 



Malam ni bosan, alang-alang kucing aku ni tengah ada depan mata, aku pun webcam lah dengan nye. Mak aku kata nanti nak buang, aku tak suka orang buang kucing, tapi, kalau kucing tu memang dah menyusahkan, lebih baik buang, buat apa nak simpan? Apa pun, aku tak suka buang-buang kucing, rasa macam buang anak pulak. ALOL. Wassalam. :)


P/eni/S, nama dia Sam, nama panjang Samuel Francisco, nama dalam sijil kelahiran Stokin. -.- Klise kan? ish3.
Aku dapat semua ni dari... adalah, kalau korang rajin, persilakan tekan LINK ni. 
Lepas tu, tengok lah apa yang ada kena mengena dengan korang kat bawah ni. Ye. 


HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan


MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi ***** jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat..


SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang ***** atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia
akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan
baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan
sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.. Dia seharusnya bertindak
tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak
dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan