Thursday, March 31, 2011

Kadang-kadang kawan pun boleh jadi musuh.

Hah, mesti korang ingat aku nak cerita pasal masalah aku kan? HAHA. Salah. Kalau korang nak tahu, aku ni jenis yang tak suka gunakan blog untuk melepaskan geram atau jadikan tempat untuk mengadu akan sesuatu perkara. Tidak ye sahabat sekalian. HAHA. *Bajet baik je.*


Baiklah, aku mulakan dengan satu kisah realiti yang mungkin atau mungkin tidak, pernah berlaku dalam dunia ini. Hanya Allah yang tahu. 


Budak A seorang pelajar Jurusan Sains Tulen. Satu hari, Budak A beli kalkulator yang canggih berjenama KasiOH. *:P* Budak B merupakan kawan yang agak rapat dengan Budak A. Senang cerita, Budak B cemburu dengan Budak A sebab kalkulator tu. Pada satu hari yang panas dalam masa yang sama kebetulan pula makcik kantin demam jadi semua orang hampir pengsan kehausan dan kelaparan. Oleh sebab itu, Budak B menjadi tidak waras secara tiba-tiba dia ambil pensil tekan berjenama Milimetrio-nya itu dan cucuk Budak A sambil ketawa. HAHAHA. 


Ok, aku rasa bersalah tulis benda macam ni. HAHA. Sebenarnya apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, tak semua benda kita buat orang suka terutamanya kawan dan tak kiralah kawan rapat atau tak beberapa nak rapat. Kalau dah kena tegur, terima saja dengan minda terbuka. Muhasabah diri. Kalau teguran itu betul apa salahnya. Dan aku tahu memang tak ada kaitan langsung dengan cerita pasal Budak A Budak B itu semua. HAHA. Maaf. :P


*Apa pun sebenarnya aku tengah bosan gilaa, tengah tunggu Asraf dan Fatin Nabilah yang masih belum membalas SMS aku. Haish. Sedih je. HAHA. Ok Byeh korang. :) *
*Jangan risau, cerita tu semua aku reka ciplak je, takde unsur sindir-menyindir di sini. Sekiansekian. :D *
*Aku mintak maaf awal-awal, kot kot ada yang terasa, sesungguhnya aku tak bermaksud nak sakitkan hati orang lain. Sumpah. :( *

Monday, March 28, 2011

Matang kerana mereka.

Hai, apa khabar semua. Sihat? :P


Hari ni aku nak cerita pasal dua orang rakan aku yang telah berjasa ke atas diri aku *ayat skema semacam.*. Siapa? HEHE.


Cer cerita 1. 


Aku kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Dia antara awek cun yang tengah top masa tu. *famous juga dia ni.* Masa darjah 6, aku sekelas dengan dia. Rapat tu tak lah sangat, cuma kenal gegitu. Contohnya, aku kenal nama bapak dia. *aku je kenal dia, entah dia kenal aku ke tak entah. HAHA*


Masuk tingkatan satu, dah tak sama kelas, setiap kali terserempak, aku buat muka eh-aku-kenal-kau-?. Ok aku malas nak menyimpang banyak, pendek kata, tingkatan 3 baru rapat balik. kitorang pernah menang pertandingan PowerPoint Science kat sekolah nombor satu. Syok gilaa. 


Dan, dia jugaklah yang banyak memberi semangat untuk aku meneruskan perjalanan aku sebagai blogger. HEHE. 


Cer cerita 2. 


Aku kenal dia ni pulak masa tingkatan 2. Mula-mula kenal aku rasa menyampah kat dia. Mungkin sebab aku cemburu dengan hidup dia yang serba cool dan famous. HAHA. Klise kan aku ni? Masa tingkatan 3, kitaorang sekelas, aku duduk sebelah dia, barulah aku bebetul kenal dengan dia. Dan dialah antara orang yang membuatkan aku open-minded sikit dari dulu. *Tak kenal maka tak tahu. kan kan?*


Sejak tu, aku belajar cara nak bersosial dengan orang lain. Dulunya aku ni jenis yang pendiam, naive gitu lah. 


Banyak benda baru aku belajar dari dia, termasuklah Melukis, Bercakap dan etc.


Boleh kata, dia antara kawan yang paling aku bersyukur dapat kenal dan rapat. :D


Jadi, apa yang aku cuba nak kata di sini ialah, kawan ada banyak jenis, dan kita perlu bersyukur sebab dapat kawan yang kita ada sekarang.


Dalam kes ni, diorang berdua antara cengkawan yang banyak mematangkan aku, dari pelbagai segi. *pemikiran salah satu daripadanya.*


Dan dioranglah yang telah bertanggungjawab membuatkan aku ingin menjadi seorang blogger. :D


Siapa diorang? Zahirah Haryati dan Shah Nadhir le.. HAHA. 


*apa je aku tulis ni, harap korang suka. :) *
*yang lain jangan sedih, ada je untuk korang. Belum sampai masa lagi tu. HAHA.*


Oh hari ni ada seorang kawan aku tu mimpi aku mati jatuh bengunan. AKU PUN PELIK.* *ada jugak orang mimpi pasal aku. HAHA*

Saturday, March 26, 2011

Do you believe in ghosts? Why or why not?

Perfect. I'm all alone for the whole night and FS decided to ask me this. f gilaa. ==' * dalam banyak-banyak soalan, soalan ni jugak yang dia tanya malam ni. hadushh.*

Ask me anything < do you really thing i'm going to answer your questions?? lol

Oh. Keliru ke?

Keluarga aku balik kampung, aku tinggal seorang. Tapi abang aku pulak balik dari Shah Alam. Ok lah, sekurang-kurangnya ada orang teman. Tapi pukul 12 nanti dia keluar main futsal. Hampeh. =='





Apa pun, haha, Asraf rindew bacew entry aku doh. HAHA. Ceh, apa je pun aku tulis kat sini. ==' SAKAII. Ok lah, aku nak tanya korang, how was your earth hour?? Best tak? Apa je korang buat? Comment lah, bagi semua tengok. Ok, pasal vid yang aku janji tu, ada hal sikit, nanti aku upload. Internet lembab lah pulak kang. BONAMANA. 

Aku malas nak cerita kesah aku seminggu ni, macam tak ada benda yang berlaku, ada tu ada, best jugak, Birthday Zahirah, Addmath tak gagal, entah, banyak jugak benda best. HEHE.

BAHH aku malas nak cerita keputusan ujian satu aku, sakai jerk. Oh tadi kat sekolah aku ada Karnival Kerjaya. Mata-air aku ada duh. Sumpah menyesal tak dapat teman dia jalan-jalan. *Tu pun nak tulis.HAHA* :PPPPPPP Ok sakaii jerk. 

*MALAS NAK CERITA? ALASAN JE LEBIH. HAHA* 

Earth Hour-ing myself.

HAHA, how long has it been? Missed me? HAHA. 






Ok, as we all know that earth hour is going to be held tonight at 8.30pm(??) Well. Unfortunately, i'm all alone here in my house. And yes i'm scared. Thus, i won't turn the lights off for ONE Fking HOUR this year. (Alasan jerk.) *


But, i promised to earth that i'll turn only [one light, one fan, and my lappy] during the earth hour, and i'll be recording my last 5 minutes of earth hour moments just for you guys. OK?. HAHA. Ok see ya later. :P


*and the funny thing is, i don't even know the real purpose of doing earthhour. *


Oh Lawak dari abang aku.


(My bro otw to Sg. Buloh. from Shah Alam.)
(On the phone nieh.)
Me : Bro, you don't drive too fast ok.
Bro : Ok. Oh wait. Tonight is earth hour right?
Me : Oh yea, forgot.
Bro : Ok i might be late laa.
Me : Why?
Bro : I have to drive extra slow. I can't see in the dark meyh.
Me : What happen to your headlights?
Bro : The headlights also must be turned off right? HAHA.
Me : LOLOLOL. ==' 


Not funny eh? HUHU.

Sunday, March 20, 2011

Cool gilaa aku pun tak tahu aku boleh post soalan kat Blog aku. Haha :P

Cool gilaa aku pun tak tahu aku boleh post soalan kat Blog aku. Haha :P

Answer here

Short Entry. Not worth reading.

Cikgu Paling Gempak.
Buku ni macam best je. Kalau aku jumpa aku nak beli duh.

Penakut.

Mungkin betullah, aku ni penakut. Lagu Penakut - Yuna memang sesuai dengan perasaan aku sekarang ni. HAHA. Aku tahu Ad**** dah tahu yang aku suka dia. :P Tapi setiap kali terserempak dengan dia aku rasa malu. Hal biasalah tu kan? Aku takut jumpa dia ke? Tapi "Malu itu perisai orang beriman." katanya Sohaimi Mior Hassan. HAHA. Apa je lah aku tulis ni. Malu seyh. SPM DULU BARU CINTA??OK Mak:P


Apa pun, petang ni aku betul-betul harap tak hujan. Bak kata Asraf sepanjang minggu ni asyik hujan je pepetang. InsyaAllah. Aku nak sangat jog petang ni. Roadrun dah nak dekat. Aku hampeh je. Kerja rumah ada lagi yang belum siap. Mampuss kena marah dengan cikgu pulak nanti. Dah dua hal dah tu. Entah laa.


Esok dah mula sekolah. Dan kemungkinan besar aku akan stayback dalam kelas lepas sekolah, dan kemungkinan besar juga aku akan lepak sekejap dengan Ariff. Dah lama tak lepak dengan dia. HAHA. :PP Ok lah, gua nak sambung Facebook-ing. Wassalam guyss.


*Most probably we'll be getting the results for test 1 tomorrow. Wish me luckk. :D* 
*Mari kita doa untuk orang sedunia agar tabah menghadapi dugaan. AMIN.*
*Credit to Shah for Lagu Penakut Thanksssss :D.*

Saturday, March 19, 2011

Meet the Digits

Tak silap aku, kat Malaysia pun ada buat benda ni. Kalau ada video mesti lagi cool. *Though i don't fully understand this vid very much but i judge it's alright. HAHA*

Friday, March 18, 2011

Facebook - Kisah Benar 2.0

Amaran, kepada sesiapa yang bakal baca entry aku kali ni, diharapkan agar mengucap dua kali masyahadah sebelum mulakan pembacaan. Kenapa? Oh saja. 


Hurmm, masihkah kau ingat, entry aku minggu lepas pasal Facebook? Haha. Saja je nak buat lagi. Umm, apa pun, aku nak korang tengok gambar screenshot di bawah dan perhatikan ada satu benda pelik dan mungkin korang rasa biasa je, tapi benda ni dah banyak kali berlaku jadi aku rasa pelik. Hurmm. 






These are random Wallposts and such. But look at the Recommended Pages, see anything similar to each other?? Huh?? ==' Creepy. 

Haha, apa je lah aku ni, aku rasa benda normal lah tu. KOT. Korang rasa? Hurmm.. Kenapa ya Ariff? Nama kau sering muncul di Facebook(Recommended Pages aku)? Dia famous!?. Haish, ni yang jealous nih. Haha. :P 

Tak pun ini satu pertanda, untuk aku LIKE page-page tu semua. urmm.. Betul jugak tu. ==' Ok bye, Wassalam. 


*ok sorry sebab kualiti gambar kureng.*

Asyik aku je jaga hati kau! Kau penah pulak jaga hati aku??

Acehh, hari ni aku bincang sikit mengenai isu di atas. Tajuk yang best kan? Haha. 


Pernah tak korang rasa korang dah buat yang terbaik dalam misi menjaga perasaan orang lain? Tapi korang rasa orang tu tak buat benda yang sama terhadap diri korang, lantas, korang pun cakap lah, "Asyik aku je jaga hati kau! Kau penah pulak jaga hati aku??" Hurmm.. Mari kita renung sama-sama. Sebenarnya, apanya tujuan korang jaga hati orang lain? Ikhlas tak korang buat macam tu? 


Ok haha, sebenarnya aku pun LIKE Page tu. Tapi bila nak difikirkan balik, aku pun sama je. Cengkadang aku rasa semua benda yang aku buat, semuanya baik-baik, tapi apa pulak pandangan orang lain? 


Sebagai contoh, budak A minat kpop, budak B minat Math, budak B kutuk kpop, budak A sakit hati lepas tu budak A kata, "Asyik aku je jaga hati kau! Kau penah pulak jaga hati aku??", kat budak B. Hurmm, dari sini kita boleh nampak bahawasanya budak B memang tak berhati perut sebab telah kutuk minat kawan dia tu. Ish3. 


Tapi, cerita belum habis lagi... Sebelum perkara di atas berlaku, budak A pernah kutuk Math banyak kali, budak B tak pernah pun kesah sangat, biarlah apa orang nak kata, dah minat. Senang kata, budak B ni tak ambil hati sikit pun walaupun budak A cakap benda yang menyakitkan hati kat budak B. Hurmm. 


Kesian kan? Sekarang, cuba fikir balik, siapa yang tak jaga hati siapa sekarang? Haha. Fikir lah sendiri. Muhasabah diri amat membantu. Wassalam. :D


*cerita di atas memang ada kaitan dengan realiti, budak A dan budak B pun masih hidup dan barang kali mereka sedang menyiapkan kerja cuti terancang. Haha* 


*cerita di atas telah ditokok-tambah. Sila jangan ambil hati. :P* 


Oh wait, apa tujuan sebenar aku buat entry ini ye?? ==' 

Mereka bagaikan orang kerdil dalam cerita Puteri Salju.

Orang Astro sudah mari, pasang itu Astro baru punya. 


Well, it's turned out that the old Astro dish was fucked by the weather and lol lucky for us, we don't have to pay any cents for the new dish. haha. But we have to pay for Byond package which i can't find the benefits yet. HAHA HD?? LOL sorry but i'm not a fan of HDs' viewings. And yep, i just found out that we have TVIQ(google yourself) which also not very my thing. Hehe. ==' I hate myself for making people sleepy. Wassalam. 


*the Astro people are so tall and i was like, "ceh makan CalciYum(google sendiri) lah tu. haha"*

Thursday, March 17, 2011

Derma darah kepada nyamuk.

Tengah sedap layan movie Rango, nyamuk kacau, celaka betul. 

Apa pun, alhamdulillah, aku sampai rumah dengan selamat. Kat kampung bosan sebab saudara mara tak ada.. ==' Kalau saudara ada pun bosan jugak... Korang mesti nak tahu apa je aku buat kat kampung kan?

Sedih, mula-mula aku terfikir, mungkin aku ni seorang yang tak berguna, pemalas, banyak pulak benda negatif masuk dalam otak aku ni. Haish. *sambil tengok cermin* Aku sedar aku tak hensem seperti Asraf AKA Acap. *kenapa aku suka bandingkan diri aku dengan Acap ya?* Humm..  Senang kata, aku emo sekajap, tanpa sebab, sambil cakap seorang-seorang dalam bilik. ==' 

Ok lol. Aku malas nak cerita panjang, korang layan je lah gambar-gambar kat bawah ni. :P *Gila*














 
Ok aku rasa bersalah letak gambar ni. Haha. Biar lah. 

*Ada copy rights :P* 
*Acap, are these good enough for you????* 

Tuesday, March 15, 2011

Mungkin betul kata Asraf Mandeleev.

Bak kata Asraf, entries aku kini sudah makin bosan. Kalau aku seorang Produser Eksekutif dalam sebuah rancangan televisyen, pasti aku akan dipecat. =='


Malangnya aku ni seorang yang susah dapat idea yang mantap, main bantai je apa nak tulis, dalam kata lain, syok sendiri. Kalau dulu aku tak kisah, tulis saja-saja mahu test power, tapi kini aku dah ada "fans", mereka inginkan sesuatu yang lebih bagus. - *cakap macam  famous sangat je. haha* lol. 


Anyways, my life is currently in havoc, no i'm just kidding, haha, Japan is in havoc, do pray for those who are i needs. I know i did. ==' *must tell.* Actually, my friend Asraf told(not exactly) me that he misses me writing about "budak tu". ==' 


Well, in order for me to write a piece, a good piece, i must be in good heath, no pressure and some other things which doesn't really matter much. haha. *weird*. Seriously these doesn't make any sense. 


Okay, i see someone already making bored-faces, good bye and Wassalam. 

Nama paling "famous". + Something.

Nama penuh aku Amirul Adlan Bin Amirnudin Bin Mohd Ottok. :D 
Lahir pada tahun 1994. Bulan 2. 5 Haribulan.
Tempat lahir. ==' Takkan nak bagitahu semua? Haish.
Oh, aku juga tak ada faktor 'x' bak kata salah seorang junior aku. :P

Apa pun, aku sebenarnya tengah buat kerja rumah, Cuti Terancang, subjek Agama Islam. Tetengah buat, aku terjumpa satu nama, Amirul Mukminin. Haa? Ada kaitan dengan aku tu. Haha, terus aku Google nama tu*semangat*. Google punya google, terjumpalah benda ni ; 


Tak ada yang lawak pun, cuma nak kongsi ilmu pengatahuan dengan korang semua. :P *nama aku famous**poyo gilaa aku ni kan?**hahaha*

Plus minus entry. 

And so i guess you guys are mad at me for not posting that special entry yet eh? Haha, it's turned out that one of my followers already posted something that have some resemblance with mine, so i guess that would kinda spoil mine. bahh. No, i'm not angry with him*Aqib*. But yeah, his entry kinda spoiled everything, but it's not his fault lah, obviously. Haha. It's actually my fault for procrastinating, well i just want it to be perfect. You know, SPECIAL POST. haha. Wassalam.

*Oh yea, umm, i'm editing that special post to make it perfect. Haha. Ok. LOL. Oh and sorry for making you guys waiting. :P *

Monday, March 14, 2011

Penberitahuan.

Ada masala sikit, mungkin esok tepat pukul 1PM, aku post entry yang aku cakap tu, aku rasa tak sempat lah aku nak post malam ni. Banyak benda aku nak edit sebelum post. Okeh? Maaf. Wassalam. 

Sunday, March 13, 2011

Ada kejutan malam ni.

Kalau korang sanggup tunggu sampai pukul satu kejap lagi, korang akan belajar/ketahui 30% daripada sejarah kehidupan aku. Ok mungkin 10%. Entah. LOL. Entry istimewa. :D Wassalam.

*biasa-biasa je.*

Facebook - Kisah Benar.

Ok sepanjang bulan ni, apa je kan aku buat? Haha, Facebook saja lah. Cakap pasal FB ni, ada benda(s) aku nak kongsi dengan kau orang semua. :P Harap korang enjoy. xD


1)
Ok, faham tak? Aku gelak lama kot. Haha.
Kitaorang(aku dan Shah) tengah bincang pasal plan untuk esok, ada Pizza Meeting*. 

2)
Yang ni tak lawak, cuma pelik, cuba lihat gambar abang hensem kita, Asraf tu. *cari muka bajet hensem, itu lah dia*. Pelik bukan? Seperti kena virus. Ini satu pertanda. he he he.

3)

Ok yang ni saja cari pasal. Haha. Hint; Cari persamaan status aku dengan status orang kat bawah tu. :P 

Heh, bosan eh? OK. Wassalam. 

*Pizza Meeting - buat pengatahuan korang, setiap kali Pizza Hut buat offer atau keluarkan pizza baru, terutamanya yang ada cheese, kitorang* akan berkumpul dalam 8-9 orang makan sama-sama, syok habis. Dan aku saja bagi tittle Pizza Meeting tanpa sebab. xD Ok. Setakat ni baru tiga Pizza Meeting yang kitorang buat. 

*kitorang - Aku, Shah, Asraf, Fatin Nabilah, Wan Nursyahirah, Nazri, Zahirah, Fathiah... etc. 

1PM. Random thoughts.

At first, i asked myself, is it worth living? LOL. Well, i heard my family said that we are going to move, next year insyaAllah. But that doesn't mean that i agreed. I like it here, but then i thought for a minute, am i being selfish? I'll be moving out from this house for University, insyaAllah. So, why they have to live here anymore after me leaving? Bahh.


Anyways, i'm not sad to leave this town, Bandar Baru Sungai Buloh has been good to me, most of the people here are very friendly, sometimes. LOL. Well, before i leave, i might want to explore things around here first. Can't wait. After SPM insyaAllah. :) Wassalam.

Saturday, March 12, 2011

Getting to bed early.

Yep, tonight is the night where Adlan(me) is going to sleep early, ok, i think everybody knows that's not going to happen. Hah.


Well, if anyone*none* of you want to know*stalk* what am i doing right now, well, i'm on youtube, yeys, i'm currently watching The Simpsons on youtube, well, haha, gotta admit, it is kinda funny to have yellow skins, weird. LOL.


Anyways, yep, i think i am going to sleep early, nothing fun to do meyh. :P Wassalam. 

Giving up is the new Adlan.

One Word, AddMath. YEAH. Feeling like giving up. During the AddMath tuition class, yeah we did the test, but to be frank, all i did was just copy answers from Asraf. ==' Bahhh.. I mean, WHY i did that? No, i'm not going to blame the pathogens again. This has to stop.

BAHH. And some other stuff happened just now. And i don't think i need to brag about this, coz ==' yea i think he got the wrong idea/person and i am so not going to tell what/who. HAHAHA. 

Anyways, remembering the problem i had for today was actually... fun. From getting scolded, caught someone gossiping about a friend of mine*LOL*, to - almost got scolded by my dad. pttff, my life is such a tea beg. *meaningless* 

And now, this is how i'm going to end today's drama, by do my homework, *NOT*. Well, my sis' is baking a cake, yea i think i'll indulge myself with a slice of it. :P Wassalam. 

*no, the tea beg is to meaning less, i meant, the words "my life is such a tea beg" just don't make any sense.*


Plain stuff. By Adlan.

As we all know, pathogens are very common in Malaysia, especially on rainy days. Yep, i got myself a cold. Common cold that is.

Anyways, i started my day (non-specifically) with a hot shower, breakfast alone with Nasi Lemak, and a massive headache. BAHH, trust me, pathogens are such a !@#$. The day could get any better.*lol missing lines* Perhh. 

Walked happily with my two friends i mention earlier, Asraf and Fatin. Yea, we talked a lot along the way about somesome(someone). 

Attending Addmath class but there is no Addmath-teacher, but got a short test, and in the end we got scolded by our Chemistry teacher, and i forgot why... hurmm. *or maybe i just don't want to tell you guys :P* 

And yea, some more pathetic things happens, i don't even.... bahhhhhh. 
But i actually did enjoy my day. Although someone(two) killed 40% of my mood.  HAHA, i sounded pretty immature.  LOL. Wassalam.

*it's not their fault for making me moody, something just wrong with me today*

10 kali 10. - Ini soalan Matematik Tambahan.

Lagi dua(tidak tepat) jam, aku, Asraf dan Fatin Nabilah, akan berjalan kaki ke tempat tusyen kesayangan kami, PRESTIGE(??) CEMERLANG. Haha.


Apa pun, badan aku kini sedang diserang oleh pathogen buduh mana entah. Selesama. Hingus memeleh. TMI. Haha. 
Oh ye. Cakap pasal Astro Byond tu, umm, oleh kerana banyak sangat masalah yang berlaku, dan aku pun tak pasti masalah apa, bapak aku pre-order Astro Byond. ==' Mula-mula aku bengang, sebab bagi aku, buat apa nak langgan, tak berbaloi, bayar mahal-mahal(tambah rm20 ==' ok tak mahal), yang bezanya ada HD dengan tak ada HD je pun, sumpah tak berbaloi, tapi bila aku baca faedah Astro Byond kat internet, aku pulak tak sabar tunggu orang Astro tu datang, pasang Astro Byond. HAHA. :P InsyaAllah. :) 


Wassalam. 

Friday, March 11, 2011

Syuku Alhamdulillah. Cuti dah bermula. ==' Sumpah bosan. 


Kalau korang nak tahu, Astro rumah aku rosak, err, rosak macam mana aku pun tak tahu. Sekarang ni, siaran yang dapat, hanya Astro Prima, TV3, TV2 je. PELIK??
*teori aku ; wakil Astro datang rumah aku memalam, rosakkan Astro kitorang, dengan harapan,  kitorang akan langgan Astro Byond.* Jangan harap. 


Apa pun, kerja rumah aku tak sentuh lagi. Malam nanti insyaAllah aku buat. HAH, lagi satu, korang doa-doakan lah untuk penduduk Asia terutamanya Jepun, umm, aku rasa korang tahu kenapa. Dasyat kan? 


OK lah, dah malam ni, *tengah download movie* hahaha, sumpah rasa bersalah cakap kat sini. :P Wassalam. 

Cuti-Cuti Terancang.

Huh, kalau ada yang di luar sana nak tahu, sebenarnya esok kita cuti. Cuti raya apa pun aku tak tahu. 


Apa pun, aku tak rasa macam cuti pun, kerja rumah berlambak. CUTI TERANCANG. Haha, cikgu-cikgu mengambil kesempatan ini untuk bagi kami banyak kerja. Haha. Satu cikgu bagi sekurang-kurangnya satu helai kertas cuti terancang, matapelajaran ada 9. ==' Percayalah, stres. 


Tapi, kali ni tak pulak, ramai cikgu terlupa bagi kerja kut. Aku baru dapat kerja BM, SEJ, BI, MM dan FIZ je. Haha. Syukur. Haha. Wassalam. 

Kasut Fizik.

Hari ni ujian fizik. Alah, senang je kan? ==' 


Apa pun, kalau korang nak tahu, hari ni aku pergi sekolah pakai kasut. LOL. Kaki kanan kasut Bata, kasut kiri NorthStar. Buduh tak? Hehe. Alasan? Pagi tadi gelap sangat kat luar sampai aku tak nampak kasut apa aku pakai. Reka bentuk nak dekat sama, tak perasan duh. Haha. Ok Wassalam. 

Thursday, March 10, 2011

Angap saja aku senior cool. *bosan membosankan bosannya*

Haha, bosan erk? OK, jom kita borak pasal kehidupan aku. 


Dulu, siapa je aku? Tak ada orang yang kenal, kalau yang dah kenal tu, lain kali terserempak buat tak tahu je. Haha. Tapi tu dulu. Sekarang lain pulak. Semenjak aku jadi pengawas ni, banyak pulak orang tegur, cakap "Hai", pandang-pandang (selalunya budak form 3)(creepy). Hurmm, pelik. Mungkin itu tanda diorang hormat pengawas/senior. OK, tapi Acap pun pengawas/senior jugak, tak nampak la pulak budak form lain cakap "hai" ke apa kat dia. ==' *perasan cool lah tu* 


Mungkin sebab aku suka senyum, senyum kat orang yang tidak dikenali, lepas dua tiga kali senyum kat diorang, lain kali jumpa mesti(tak semestinya) dia(ANON) akan tegur, kata "hai", salam dll. dengan aku. Hurmm. Rasa famous. Hahah. Takbur gilaa. :P


Apa pun, nak kata aku ni peramah pun, tak boleh, sebab aku kena ada orang yang tegur dulu baru boleh aku buat ayat. (masa tadika dulu aku skip satu tahun, tak belajar "Social level 1 - How to start a conversation". ) hurm.. Ok aku dah mula mengarut. Wassalam. 

Aku jumpa "dia". - "Cerita bosan bak kata Acap."

Tak, ni bukan sambungan entry tadi, ni entry baru. Entry pasal "mata air" aku. hik3.


Dulu, kelas aku dengan kelas dia dekat-dekat, setiap hari aku boleh stalk dia. Tapi sekarang kelas kitorang tengah dinaik taraf, jadi buat masa ni, kitorang duk kat Makmal Bahasa. Susah aku nak stalk dia hari-hari, kalau terserempak tu pun nasib lah. Ad**** ni memang tahap malu dia dengan aku memang tinggi. Aku pulak setiap kali terserempak dengan dia, aku lari duk belakang kawan aku, SUMPAH TAK COOL. Malu, tak tahu, awkward. Tapi aku berani cakap 'HI' kat dia. Lepas tu aku lari. - (perwatakan aku sungguh tidak matang, tak cool langsung, lelaki sejati?) Ceh, malas lah nak mintak couple-couple ni, Aku tahu dia bukan jenis yang suka couple-couple ni. Hurmm. Hampeh, aku nampak Acap menguap. ==' Byehh, Wassalam.


*cerita tergantung* *harap maaf* *kalau aku rajin nanti aku letak gambar dia ye. hik3*

Aku jumpa dia.

Ok, oleh kerana hari ini aku kurang busy, aku nak kotakan janji aku, entry spesial pasal budak form 3 tu


Kalau korang nak tahu, nama dia Ariff, *kawan dia, Affeq(??), follower aku*. Dia antara budak tingkatan 3 yang paling aku respect
Sebab? Secara umumnya, dia ni seorang yang peramah, dia azan(Zohor) untuk sekolah kitorang (aku respect gilaa budak ni), dan yea, dia ada ciri-ciri seorang pemimpin yang sememangnya aku tak ada. ==' (banyak lagi benda aku nak cerita, tapi panjang sangat pulak nanti, haha) Gilaa lah, kalau diberi pilihan, aku memang nak dia jadi adik aku. Serius duh. Tapi dia ni pelik sikit, tak tahu macam mana nak terangkan.. Entah. haha.


Sekiansekian, Wassalam.



Wednesday, March 9, 2011

Bila kita bicara tentang cinta.

Perhh, tajuk jiwang seyh. Haha. Ok lah, memang nak jiwang sikit sekarang ni. Untuk maklumat korang, satu perkara telah berlaku kat sekolah. Err, sebenarnya tadi ada orang melawat, cuba teka siapa, haha, *manalah orang tahu =='* erk, Aisyah, *poke Asraf*.


Dia budak asrama, sekarang diorang tengah cuti, hurmm, tapi tak syok lah sebab tak sempat nak sembang lama, tadi lepak PSS. Haha. PSS? *budak tu* LOL.


Ok byeh, Wassalam. 


*soalan untuk hari ini ; siapakah nama penuh aku?* 


Oh tajuk sebenarnya ada kaitan dengan Aisyah tu. ==' Tak, dia bukan Ad**** aku. 

Monday, March 7, 2011

Mouth to mouth.

Eww, sounds !@#$ isn't it? LOL no.


And yea, as we all know, yes, i'm currently sitting alone in my room, the lights coming out from my lappy screen made me want to post something here. Well haha, Shah wrote/submit something in his 365, yeah i know, awesome pictures/stories. *tengoklah kawan siapa, LOL* And haha, he post a lil' bit story about me, haha, *thanks bro xD* So here is what he wrote : 
Click to enlarge. :P
Hurmm, i look pretty excited, fyi, this is taken by Asraf *patutlah blur*. 

And here is something that puzzles me, ==' LOL, China - Chinese viewed my blog. Haha. *sesat ke apa*

And yea i know, those are the people who accidentally(lost on their way to blablabla) viewed my blog. Haha.

And here is.. err, weird also lah,

tipspeperiksaan?? *pulak aku buat entry pasal education, so siapa boleh terangkan silalah
 comment di bawah, tolong*

Well, i guess that's it. Byeh, Wassalam.

*this is not the special post. sekiansekian.*

Hari-hari Adlan.

Part 2.


Oh tidak banyak benda aku kena tangguh, sorry fans. *kena baling kasut*.


Apa pun, aku janji nanti aku buat entries yang aku promise kat korang hari tu. :P Ni minggu ujian, jadi kena fokus. Dan aku kini sedang berangan untuk membeli DSLR, jadi kalau korang rajin, tolonglah recommend DSLR yang bagus untuk beginners macam aku ni. Haha. *poyo je*.


Oh kalau korang perasan, aku dah tak cerita pasal budak form 3 tu, haha, malu siot, kawan dia dah jumpa blog aku, kantoi kang. Haha. Wassalam.


*saja nak menyebok minat cengkawan aku* xD

Sunday, March 6, 2011

This is it. kut.

And today's tonight's news is, The war has stopped, everywhere is finally in peace. Smiles along the sidewalk. Everybody is happy. Hehaha. Except me. ==" 


I'm currently sitting alone, topless(jangan gelak) *my room is so f'ing hot warm.* And, the most not-so-happy but yet interesting news is that i have History and English Language exam tomorrow which means that i have to do a lot of studying which takes a few minutes hours on each subject and which i just start a few minutes ago. Ptff i know it's gonna sounds pretty snobbish but i think i can pass this. LOL. 


Well at least i read and made some revision on certain topics, like the Nationalism in Southeast Asia and somesome. Yea, sounds pretty boring interesting isn't it? Yeah!? I think i can do this. Wish me luck derr. Peace out. Wassalam.

Saturday, March 5, 2011

Senyum, boleh kata apa-apa.

Ok, haha, aku tahu dan pernah ditanya, kenapa aku suka senyum, aku pun tak tahu nak jawab apa. Mungkin sebab senyum itu satu kelebihan yang semua orang ada dan aku rasa rugi kalau tak guna kelebihan itu. MUNGKIN.


Ada orang kata aku ni sweet, kawan sekelas aku. Dia kata aku ni selalu senyum jadi aku nampak sweet. Ok aku mengaku aku *blush* sikit, tapi entah, aku tak perasan pun bila masa aku senyum kat diorang. 


Dan aku bukan sahaja(ayat skema) senyum kat orang yang aku kenal, kat orang tak kenal pun aku selamba je senyum, dan ya aku rasa orang lain pun buat benda yang sama kut. Bila orang senyum, kita balas. Tapi dalam kes aku, orang kata aku yang mulakan dulu. LOL perhh ayat takbur...


Apa pun, hari ni best/ok/penat. Nanti aku buat satu entry spesial sebab hari ni sekiansekian. So, wait okeh, byeh, Wassalam. :DDD

Syarat.

Kalau nak buat benda baik tu senang je. Dengan syarat, aku tak boleh bagitahu sesiapa pun pasal benda yang aku nak buat. 


Sebagai contoh, dalam hati kata, nak buat ulang kaji, dah semangat dah ni, baru je bukak buku, tetiba ada orang hantar SMS, "Ko tgh bt ape tu?", aku balas, "tengah ulangkaji, asal?".... Pelik, lepas je aku balas SMS, mood nak study hilang macam tu je. =='


Contoh kedua, tengah FBchat dengan saudara. Saudara aku tanya, "Ko busy x?", aku jawab, "tak pun, kenapa?", dia balas, "saja kacau, hehe"....*lima minit kemudian*.... "Ok lah, aku nak off, hari isnin ada ujian, nak study jap." Benda yang sama berulang, study mood hilang macam tu je. Hampeh, padahal sebelum tu dah bersemangat gilaa nak study


Jadi, aku buat konklusi sendiri untuk diri sendiri, kalau nak buat sesuatu benda, tak perlulah bagitahu orang lain. Dan sebagai maklumat korang, aku tak berniat pun nak bagitahu orang, cuma bila orang dah tanya tu cengkadang terlepas cakap. :P Dan aku rasa sebenarnya tak ada masalah pun kalau nak bagitahu orang, cuma... entah. Byee, Wassalam. 

Friday, March 4, 2011

Perempuan apa tahu?

Derr, tanpa perempuan, lelaki sejati boleh pupus tau.


Kalau korang nak tahu, *takde sape nak tahu pun*, aku tengah tengok Dunia Baru, sekarang tengah buffering, sabar je lah. Dan ada satu part ni, aku tak boleh blah, lelaki tu hampeh gilaa, ada ke patut dia layan awek dia macam tu. Haish, ni yang nak marah ni. :P


Ni sebahagian daripada part tu. Well, buduh je. Apa tujuan aku bagitau korang pun aku sendiri tak tahu. LOL soryy. 


Bagi aku part ni lawak sikit, sebab subtitle dia sounded funny. :P

Apa pun, esok cuti, tapi esok aku ada Seminar *ok aku tak ingat nama seminar tu*. Dan hari aku hampir dapat migraine, ye, hari ni ujian kimia. :| harap tak fail lah, AMIN. 

Wassalam.

Thursday, March 3, 2011

Kaki besar.

Esok aku ada ujian kimia, hampeh tak baca apa pun lagi. :P

Apa pun, aku dengar ada orang cakap entries aku kebelakangan ini sudah semakin membosankan. LOL betul lah tu, takde mood lah nak tulis. Banyak benda aku kena fokuskan. -.- *takde sape kesah pun kalau aku tak update blog ni*

Hampeh Asraf. xD. Wassalam. 

Wednesday, March 2, 2011

Topi size M. Kepala aku kecik. -.-

Hehaha, harap tak ada orang yang bakal jealous dengan aku (takde sape pun nak jealous dengan aku -.-). Sebab aku ada ni : 
Topi Maher Zain kot.

Malangnya topi tu besar untuk kepala aku. Hampeh, ada satu saiz je, masa beli aku tak ada kat tempat kejadian, so bapak aku main beli je. haha. Wassalam.

Dari mana datangnya UFO?

Oh entah, aku pun tak tahu. 


Apa pun, hari ni aku belajar satu benda baru, iaitu "senyum". Senyum kepada orang yang kita tak kenal tanpa sebab, next time terserempak lagi, orang tu mesti(tak semestinya -.-) say hi. Ok, apa sebabnya pun aku tak tahu. Tapi rasa seronok jugak. Rasa "famous". Tapi yang penting senyum kena ikhlas. Baru dapat berkat. :P


Oh ye, hari ni kurang kerja rumah. Aku suka. :DD Ok aku nampak muka bosan korang -.- Wassalam. 

Tuesday, March 1, 2011

Ikan paus dalam sungai belakang sekolah aku!?

*Oh tidak, nampak sangat tipunya, mana ada sungai belakang sekolah dia, longkang besar ada lah.*


Seperti biasa, hari ini aku stayback di sekolah, macam biasa, tak dapat nak dielakkan, budak form 3 tu ada, aku pun memang nak jumpa dia pun, sebab hari ni hari jadi dia (kalau ikut kalender islam). Tapi aku terlupa nak wish, so biarlah, malas aku. LOL


Apa pun, hari ni ada latihan road run, kaki aku tak kejang duh. haha. :P Cheari teman aku halfway. Ad**** pun ada, sumpah malu lari depan dia. Haha. Serius tak sabar nak lari lagi minggu depan. haha. xD


Ok, Wassalam. :D