Friday, March 18, 2011

Asyik aku je jaga hati kau! Kau penah pulak jaga hati aku??

Acehh, hari ni aku bincang sikit mengenai isu di atas. Tajuk yang best kan? Haha. 


Pernah tak korang rasa korang dah buat yang terbaik dalam misi menjaga perasaan orang lain? Tapi korang rasa orang tu tak buat benda yang sama terhadap diri korang, lantas, korang pun cakap lah, "Asyik aku je jaga hati kau! Kau penah pulak jaga hati aku??" Hurmm.. Mari kita renung sama-sama. Sebenarnya, apanya tujuan korang jaga hati orang lain? Ikhlas tak korang buat macam tu? 


Ok haha, sebenarnya aku pun LIKE Page tu. Tapi bila nak difikirkan balik, aku pun sama je. Cengkadang aku rasa semua benda yang aku buat, semuanya baik-baik, tapi apa pulak pandangan orang lain? 


Sebagai contoh, budak A minat kpop, budak B minat Math, budak B kutuk kpop, budak A sakit hati lepas tu budak A kata, "Asyik aku je jaga hati kau! Kau penah pulak jaga hati aku??", kat budak B. Hurmm, dari sini kita boleh nampak bahawasanya budak B memang tak berhati perut sebab telah kutuk minat kawan dia tu. Ish3. 


Tapi, cerita belum habis lagi... Sebelum perkara di atas berlaku, budak A pernah kutuk Math banyak kali, budak B tak pernah pun kesah sangat, biarlah apa orang nak kata, dah minat. Senang kata, budak B ni tak ambil hati sikit pun walaupun budak A cakap benda yang menyakitkan hati kat budak B. Hurmm. 


Kesian kan? Sekarang, cuba fikir balik, siapa yang tak jaga hati siapa sekarang? Haha. Fikir lah sendiri. Muhasabah diri amat membantu. Wassalam. :D


*cerita di atas memang ada kaitan dengan realiti, budak A dan budak B pun masih hidup dan barang kali mereka sedang menyiapkan kerja cuti terancang. Haha* 


*cerita di atas telah ditokok-tambah. Sila jangan ambil hati. :P* 


Oh wait, apa tujuan sebenar aku buat entry ini ye?? ==' 

No comments: