Thursday, March 31, 2011

Kadang-kadang kawan pun boleh jadi musuh.

Hah, mesti korang ingat aku nak cerita pasal masalah aku kan? HAHA. Salah. Kalau korang nak tahu, aku ni jenis yang tak suka gunakan blog untuk melepaskan geram atau jadikan tempat untuk mengadu akan sesuatu perkara. Tidak ye sahabat sekalian. HAHA. *Bajet baik je.*


Baiklah, aku mulakan dengan satu kisah realiti yang mungkin atau mungkin tidak, pernah berlaku dalam dunia ini. Hanya Allah yang tahu. 


Budak A seorang pelajar Jurusan Sains Tulen. Satu hari, Budak A beli kalkulator yang canggih berjenama KasiOH. *:P* Budak B merupakan kawan yang agak rapat dengan Budak A. Senang cerita, Budak B cemburu dengan Budak A sebab kalkulator tu. Pada satu hari yang panas dalam masa yang sama kebetulan pula makcik kantin demam jadi semua orang hampir pengsan kehausan dan kelaparan. Oleh sebab itu, Budak B menjadi tidak waras secara tiba-tiba dia ambil pensil tekan berjenama Milimetrio-nya itu dan cucuk Budak A sambil ketawa. HAHAHA. 


Ok, aku rasa bersalah tulis benda macam ni. HAHA. Sebenarnya apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, tak semua benda kita buat orang suka terutamanya kawan dan tak kiralah kawan rapat atau tak beberapa nak rapat. Kalau dah kena tegur, terima saja dengan minda terbuka. Muhasabah diri. Kalau teguran itu betul apa salahnya. Dan aku tahu memang tak ada kaitan langsung dengan cerita pasal Budak A Budak B itu semua. HAHA. Maaf. :P


*Apa pun sebenarnya aku tengah bosan gilaa, tengah tunggu Asraf dan Fatin Nabilah yang masih belum membalas SMS aku. Haish. Sedih je. HAHA. Ok Byeh korang. :) *
*Jangan risau, cerita tu semua aku reka ciplak je, takde unsur sindir-menyindir di sini. Sekiansekian. :D *
*Aku mintak maaf awal-awal, kot kot ada yang terasa, sesungguhnya aku tak bermaksud nak sakitkan hati orang lain. Sumpah. :( *

No comments: