Monday, March 28, 2011

Matang kerana mereka.

Hai, apa khabar semua. Sihat? :P


Hari ni aku nak cerita pasal dua orang rakan aku yang telah berjasa ke atas diri aku *ayat skema semacam.*. Siapa? HEHE.


Cer cerita 1. 


Aku kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Dia antara awek cun yang tengah top masa tu. *famous juga dia ni.* Masa darjah 6, aku sekelas dengan dia. Rapat tu tak lah sangat, cuma kenal gegitu. Contohnya, aku kenal nama bapak dia. *aku je kenal dia, entah dia kenal aku ke tak entah. HAHA*


Masuk tingkatan satu, dah tak sama kelas, setiap kali terserempak, aku buat muka eh-aku-kenal-kau-?. Ok aku malas nak menyimpang banyak, pendek kata, tingkatan 3 baru rapat balik. kitorang pernah menang pertandingan PowerPoint Science kat sekolah nombor satu. Syok gilaa. 


Dan, dia jugaklah yang banyak memberi semangat untuk aku meneruskan perjalanan aku sebagai blogger. HEHE. 


Cer cerita 2. 


Aku kenal dia ni pulak masa tingkatan 2. Mula-mula kenal aku rasa menyampah kat dia. Mungkin sebab aku cemburu dengan hidup dia yang serba cool dan famous. HAHA. Klise kan aku ni? Masa tingkatan 3, kitaorang sekelas, aku duduk sebelah dia, barulah aku bebetul kenal dengan dia. Dan dialah antara orang yang membuatkan aku open-minded sikit dari dulu. *Tak kenal maka tak tahu. kan kan?*


Sejak tu, aku belajar cara nak bersosial dengan orang lain. Dulunya aku ni jenis yang pendiam, naive gitu lah. 


Banyak benda baru aku belajar dari dia, termasuklah Melukis, Bercakap dan etc.


Boleh kata, dia antara kawan yang paling aku bersyukur dapat kenal dan rapat. :D


Jadi, apa yang aku cuba nak kata di sini ialah, kawan ada banyak jenis, dan kita perlu bersyukur sebab dapat kawan yang kita ada sekarang.


Dalam kes ni, diorang berdua antara cengkawan yang banyak mematangkan aku, dari pelbagai segi. *pemikiran salah satu daripadanya.*


Dan dioranglah yang telah bertanggungjawab membuatkan aku ingin menjadi seorang blogger. :D


Siapa diorang? Zahirah Haryati dan Shah Nadhir le.. HAHA. 


*apa je aku tulis ni, harap korang suka. :) *
*yang lain jangan sedih, ada je untuk korang. Belum sampai masa lagi tu. HAHA.*


Oh hari ni ada seorang kawan aku tu mimpi aku mati jatuh bengunan. AKU PUN PELIK.* *ada jugak orang mimpi pasal aku. HAHA*

2 comments:

S.Nadhir said...

aww, haha ok aku baru paham wallpost tu. kalau tak, aku ingatkan apa hadiah apa kau nak bagi kat sekolah nanti ni, haha.

+kesian kena menyampah padahal hidup aku memang bukan mcm yg dideskripsikan itu, hehe. tapi memang best kawan ngan kau pun. (:

zahirahharyati said...

HAHAHAHA. terima kasih :)

*buat muka kenal-ke-tak-budak ni eh?*