Friday, April 29, 2011

Sindir Menyindir. :D

Ewahh, lama tak update blog, ada orang rindew kew? HAHA.Ok lah, malam ni aku malas nak cakap banyak, korang layan jelah vid/gambar kat bawah ni. 

http://www.youtube.com/watch?v=qtl_dd3ObKw&feature=related




Berterimakasih lah kepada : 



Credit to Shah, Naz, Zahirah... etc. 

Tuesday, April 26, 2011

Belajar jadi orang. (Bukan orang-orang.)

Sebelum aku mula buat orang mengantuk, aku tak nak seorang pun daripada korang semua buat lawak rasis korang - "Olang-olang". Rasis sungguh kan?


Apa pun, untuk pengatahuan korang je lah, esok kan, aku kan, pergi kan, Majlis Perkahwinan.. oppss.. silap, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC. Erk? Apa gelak-gelak? Olang macam aku ni tak layak ke pergi sana? Eh eh, emo pulak. *Eh jap, tak ada kaitan.*


Sebelum aku lari dari tajuk. Aku nak korang tahu yang aku memang sayang dengan korang semua. Ok malas nak tulis lagi. Aku pun tahu bosan. *==' buekk.*


*Insert something worth reading here.*

Saturday, April 23, 2011

Updated. *Sila baca.*

Kalau aku ada sepuluh pasang kasut yang berlainan warna, aku akan...


Warna Merah - Baling jauh-jauh.
Warna Biru - Baling dalam laut.
Warna Hijau - Baling dalam hutan.
Warna Kuning - Campak kat muka kau*engkau le*.
Warna .......


Konklusinya, semua kasut aku baling. Hampeh. Nampak tak aku tengah marah? Kau jangan sampai aku baling kasut aku masuk dalam mulut engkau, nanti tak pasal2 mengandung kasut dua bulan. ==' *ini lawak budak sains kan?*


Apa pun, sebenarnya aku okay je, cuma tengah bosan je. Kerja rumah tak sentuh lagi. Ketiadaan mood di sini. ==' Ok nak cau. Kesian korang. HAHA. 


Oh ye, hari ni aku belajar Game baru. Bingo Kalkulator. Kalau aku rajin + ada masa, aku ajar korang. Sumpah best. HEHE. Byeh.

Friday, April 22, 2011

Malas Nak Cerita. Uh!

Kalau cikgu suruh aku buat latihan Matematik Tambahan pun aku sanggup daripada kena potong rambut. *tipu*


Hari ni, sebahagian kecik daripada rambut aku kena gunting. Sikit je. Malas nak cerita. Nanti korang bosan le pulak.


Hampeh je. Kalau korang ingat lagi entry aku yang lepas *klik*, tetiba ada le pulak dua makhluk Allah SWT. ni komen pulak pasal pelajar asyik keluar kelas, kononnya aktif sangat koko. Serius aku cakap, bagi aku, diorang tak layak cakap macam tu. Sebab? Ada sebab, malas nak bagitau je. Nanti TERkantoi pulak identiti mereka. Uhukzuhuz. 


Apa pun, aku bercadang nak tarik diri daripada Perbarisan. Cikgu yang uruskan kumpulan kitorang tu bosan. Serius, BOSAN nak mati. + bebudak Hang Kasturi suka bagi idea, masuk perbarisan tak nak, sumpah aku nak je marah diorang. Naseb baek aku ni baik orang nyew. Kan kan? Angguk cepatt !!!


Aku nampak ada orang terlena halfway baca entry aku. Ok ok, dah habis dah. Wassalam meyh. :DD

Thursday, April 21, 2011

SPM SPM SPM. ==' Part 2.


Nasihat Kepada Calon-Calon SPM MRSM Langkawi


Well, saja nak share korang vid ni. He's a cool dude. :D

Bang Bang Club - Official Trailer [HD]

Shared. Awesome meyh.

Tuesday, April 19, 2011

Diet!? *Harus baca.*

Amaran, aku rasa lebih baik korang tak baca. Teramat le bosan dan tak langsung ada kaitan dengan korang. 


Sebelum korang baca, aku nak ingatkan korang bahawasanya, aku tulis entry ni pasal aku dan hanya aku. Dan kalau ada pendapat, bagitau le. Tak baik pendam, bukannya boleh buat tapai pun. *oh lawak budak sains lagi.* *Lawak kah itu?* HAHA

Monday, April 18, 2011

Being busy is the new Adlan. By Adlan.

Tahun SPM jugak lah kau nak aktif dalam koko. Kau memang hampeh Adlan. - Tidak kira berapa banyak markah koko aku dapat tahun ni, kalau markah akedemik aku teruk, tak guna jugak. Humm..


Apa pun, bulan empat ni memang aku sengaja mem-busy-kan diri aku dengan bebenda macam - *dengan harapan dapat tambah markah koko aku.. Hehe.*


Kempen Menutup Aurat. - 


PowerPoint. Dapat sijil, dalam harapan, dapat sijil pahala jugak. HEHE.


Pidato. - 


Wahai Zahirah kenapa kau tak masuk ??? ==' Tahap keyakinan aku untuk       bercakap depan orang ramai amat le rendah. Memang tak layak.. Tapi apa le salahnya nak cuba. Kan kan? 


Win, lose or draw. -


Hehe, ni paling best, competition ni aku masuk dengan Shah, Wan dan Ain. Sumpah best. Dengan adanya pelukis handalan seperti Shah, aku pasti kitorang boleh menang. :D First round dah menang, peluang amat cerah untuk jadi juara nih. HEHE.


Perbarisan Rumah Sukan. - 


Erk, sebenarnya aku tahu korang mesti ingat aku ni saja nak promote BN kan? *itu sebenarnya lawak.* Eh tak tak, oleh kerana tahun lepas aku masuk Perbarisan Rumah Sukan dan kalah tanpa maruah, tahun ni aku masuk lagi, dengan harapan tinggi dapat menebus kekalahan. HAHA.


Math and Science somethingsomething. - Kalau korang nak tahu, ==' aku lah manusia paling buduh yang masuk competition tu. Harap2 kebuduhan aku tak teserlah. Ish2.


Aku tahu, ada cengkawan aku yang lagi busy dari aku. Debate... Catur... National Suborbital Spaceplane Design Competition.. International tu baii. Fuyoo... 


Sekian sudahh. Aku rasa tu je aku nak kongsi dengan korang. Apa? Bosan? *baling kasut.* 

Sunday, April 17, 2011

MALANG BERBAU PISANG GORENG.

Oh dunia terlalu kejam. - Mungkin ini saja ayat klise yang kerap aku guna kebelakangan ini. 
*Kenapa wahai Adlan?* 


Ceh, mesti ada orang diluar sana fikir aku ni saja mahu cari publisiti murahan bukan? *Tekaan korang memang betul. Korang memang dapat A+ dalam subjek Mengutuk Orang.* :D


Tak pun, kau rasa aku saja mahu meminta simpati yang juga murah/pasar malam. 



  • Baju Dolce & Cabana vs Baju Pasar Malam. = Simpati Mahal vs Simpati Pasar Malam. > Siapa faham angguk cepat. :D


Oh tidak. Manew adew. 
*Semua orang tahu dia(aku le) tipu.*


Apa pun, hari ni banyak benda belaku. Nak aku ceritakan satu persatu? Aku tahu semua orang rindu aku menge-post entry-entry yang busan-busan belaka. Uhukzuhukz.


Kepada Zahirah Haryati, nombor i/c 940323-**-53**, yang tidak menghadirkan diri ke kelas Additional Mathematics., kenapa anda tidak hadir yang bertuah?


Malang buat aku, tuah buat Asraf, hari ni ada kelas tuisyen Additional Mathematics di Pusat Tuisyen Prestij Cemerlang. Semuanya berjalan dengan lancar, muka-bosan Cikgu A + angin aircord yang sangat dingin membuatkan tempat itu sangat kondusif bagi aku untuk tidur. Tidak kira berapa banyak rumus yang Cikgu A nak bagi pun, tak berjaya diserap oleh akal aku yang berkapasiti rendah ini. Bagaikan pathogen yang desperate mahu masuk dalam badan manusia. Oh, lawak budak sains. *lawak kah itu?* Humm.


Lepas kelas Additional Mathematics/Matematik Tambahan, tibalah masanya kelas Physics/Fizik. Aku memang *secara tidak jujur.* amat suka belajar Fizik. Tuah buat aku, malang buat Asraf, Cikgu B tak datang, semua orang bajet buat muka sedih, dalam hati aku tahu korang(budak kelas) melompat kegembiraan macam monyet dapat keputusan straight A's SPM. ==' 


Oh, hidup bagaikan roda, sekejap atas, sekejap bawah. Tak sampai beberapa minit berlalu, tak sempat juga aku mahu ke tandas membuang air, Kak Kaunter datang dengan flipflop pink dia, membawa helaian2 kertas yang dari jauh semua orang tahu itu TEST Fizik yang telah lama dinanti-nantikan, *yeyy*. Klise bukan?


Hampir seminit berlalu, aku hampir mati + putus cinta dengan Fizik.  Malang tidak berbau, tapi bau perfume Fatin Nabilah (nombor i/c 941104-**-61**) cukup buat satu kelas berbau harum. 


Diam tak diam, ubi telah berisi. Masa kelas Fizik pun habis. Terpaksa hantar kertas TEST Fizik yang banyak juga lobangnya(maknanya, banyak soalan yang tidak berjawab.) kpd Kak Kaunter. Lalala, balik rumah, mandi, online Facebook. Sekian sudah story aku. Interesting kan? ==' Angguk cepat!!!. HAHA. Wassalam. *Aku rindu taip ending tu.*


*Aku tahu entry aku bosan. DIAM LAH. HAHA.*
*Kalau korang rasa aku cuba tiru gaya penulisan Jebonisme, anda salah. HAHA. Ok aku tipu.*
*Aku tahu tak semua orang dilahirkan untuk faham lawak-lawak aku dalam blog ni, aku faham aku faham. :P*

Saturday, April 16, 2011

SPM SPM SPM. =='

Trying to forget problems i faced today, listening to music coz i found it comforting to me. Nevertheless, drinking milks also helps, in a very weird way that is. HAHA.


Anyways, while browsing the interesting world of google, i saw this > IIUM. Well, i was hoping that i would be able to continue my studies there. Psychology meyh. The one and the only university providing Foundation In Psychology is IIUM *i think*. Why Psychology you ask? HEH? Why not? 


But till then, i will just have to focus on my current studies here in SMKBBSB. My beloved school till death. Where i met the most interesting people and cats. Teachers, i'll never forget what have you teach me, thanks so much. Friends... . Juniors who i will missed a lot. HEHE. *tulis gaya bagai, bajet SPM dah habis jerk. haha*


Oh yea, SPM dulu. SPM oh SPM. I'll fight till death for you o' SPM. LOL. SEMANGAT. 

Friday, April 15, 2011

Sila jawab. TOLONG LAH.

Padangan jujur dari kau pasal diri aku.

View Results
Create a Blog Poll

Saturday, April 9, 2011

Hari Sabtu.

Nama pun program SMART SPM, mestilah ada kaitan dengan SPM. =='

Sebelum aku buat orang berdengkur, aku nak cerita pengalaman aku sikit semasa menjalani program tersebut hari ni. Memang seronok. Kalau diberi pilihan antara menyertai program tersebut ataupun buat latihan AddMath, semestinya aku pilih program tu. Semangat sungguh. 

Masa motivator menyiarkan satu video *satu daripadanya*, ramai yang tertitis air mata mereka. Ada juga yang cuba control macho, tidak pun titis air matanya. Ehemehem, aku pun sedar diri aku siapa, berjiwa sensitif, tidak heran le aku menangis. Kawan aku yang duk sebelah aku pun siap keluarkan sapu tangan, lap air mata + hingus beliau. Eee, tak senonoh ya? 

Apa pun, motivator memang pandai menggunakan media sebagai medium untuk menyentuh hati para hadirin. Siapa hatinya tak tersentuh, robot sungguh orang itu. Muzik juga memainkan peranan penting, lagu yang mendayu-dayu memang sesuai dengan program tersebut. ==' 

Inilah kerja aku, masa motivator sibuk bercakap semasa video ditayangkan, dalam suasana sedih, aku titiskan air mata, aku perhatikan orang lain, ada beberapa perempuan cover cun, tidak mahu menangis, mungkin takut makeup-nya cair, ada juga yang sibuk melayan handset-nya, aku pula? Alahai, aku malas nak nangis panjang, jadi aku alihkan perhatian aku ke tempat lain. Aku duk layan  cara motivator, *yang juga seorang ustaz di sekolah aku*, meng-motivate pelajar. Aku pun list-kan perkara penting macam : 

  • Media spt video dan gambar amat membantu.
  • Lagu amat penting dalam usaha menyentuh hati orang ramai.
  • Ayat yang digunakan perlulah ringan agar mudah difahami oleh orang ramai.
  • Isi konteks yang mantap dalam masa yang sama gunakan unsur-unsur kelakar dalam ayat amat membantu. 
  • Lontaran suara perlulah jelas.
  • Sekian sekian.

Jadi, sebagai bakal ahli psikologi, aku nak juga belajar cara memberi motivasi kepada orang. Heh. Manalah tahu. InsyaALLAH. :D   

Friday, April 8, 2011

Pure sweat. By Adlan.

Naming a fragrance isn't that hard. Pure Sweat, hah, sounds tempting already. Talking about the school's Roadrun, which i entered, sweat and running like a hella G-6 did not worth it bcoz i lost. Oh did i mention i was defeated by bunch of junior, arghhh. MALU SIOT. .... 

Anyways, the mood killers haven't stop, House of Hang Kasturi *i'm a Hang Kasturi-an.* did won something, but the Hang Tuah was the so called champion of the day, pttff. Yeah yeah, they deserve it, i know i know. HAHA. It's all about jealousy isn't it? HAHA. Pathetic much? ;)

Well, i'm currently watching IMAM MUDA on Astro Oasis, omg they are so talented. Hurmm, i wish i can enter Imam Muda someday. Heh. :D 

*grammatical error can't be avoid. HAHA*

Thursday, April 7, 2011

Masa depan aku? InsyaALLAH.


Entah kenapa, baru sekarang baru gua mau ambil ini test. Haduish. 

Menyikut ujian yang telah saya ambil, aku memilih untuk menjadi seorang ahli psikologi. Memang dari awal tahun aku dah minat dah. HAHA. Memang best psiko orang. :P Apa pun, saja nak kongsi dengan korang. > Ok apa pun, aku rasa korang tahu how this thing works. So, enjoy.. HAHA

edited: Intuitives(I) -> Intuitives(N)

Kuiz Kerjaya Ideal

Anda boleh mengetahui apakah contoh pekerjaan yang sesuai untuk anda dengan mengambil kuiz ini. Pertama, baca huraian-huraian mengenai empat "dimensi" atau aspek perwatakan yang diberikan di bawah dan kemudian, pilih hanya satu pasang perwatakan yang paling sesuai dengan perwatakan anda. Perwatakan anda merupakan gabungan pilihan-pilihan anda daripada empat dimensi perwatakan yang diberi.

1. Ke manakah hala tujuan tenaga anda?

Tenaga seseorang yang "extravert" akan ditujukan terutama secara luaran, ke arah orang lain dan persekitaran. Orang-orang "introvert" pula lebih cenderung untuk menyendiri, melayan fikiran dan perasaan sendiri.

Extraverts selalunya : · Aktif · Suka bercakap · Menyuarakan pendapat/fikiran · Suka dikelilingi orang ramai · Beralih perhatian dengan senang


Introverts selalunya: · Menyimpan tenaga · Kurang bercakap · Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu · Lebih selesa menyendiri · Daya konsentrasi tinggi

Pilih Extraverts(E) atau Introverts(I): _____

2. Apakah maklumat yang anda ingat dan peka?

"Sensors" peka terhadap fakta yang terperinci dan kehidupan sebenar dunia manakala "intuitives" adalah lebih cenderung terhadap kaitan dan hubungan di antara fakta dan makna, dan juga potensi fakta tersebut.

Sensors selalunya : · Memandang tinggi kepada yang praktikal · Memfokus kepada fakta dan yang maklumat-maklumat spesifik · Berterus terang · Lebih berpegang kepada kenyataan dan pemerhatian sendiri · mementingkan keadaan semasa


Intuitives selalunya : · Memandang tinggi kepada yang kreatif · Memfokus kepada idea dan konsep. · Mempunyai pemikiran yang bersimpang siur · Lebih berimaginasi dan melihat potensi · Mementingkan masa hadapan

Pilih Sensors(S) atau Intuitives(N): _____



3. Bagaimana anda membuat keputusan?

"Thinkers" membuat keputusan berdasarkan perkara-perkara yang objektif, logik dan rasional manakala "Feelers" membuat keputusan berdasarkan perasaan, kata hati dan naluri.

Thinkers selalunya : · Tenang dan tidak ramah · Bersifat objektif · Jujur dan berterus terang · Bersifat mengkritik · Pentingkan pencapaian


Feelers selalunya : · Mesra dan ramah · Senang kecil hati · Sensitif dan bersikap diplomatik · Rajin menolong orang lain · Pentingkan penghargaan

Pilih Thinkers(T) atau Feelers(F): _____



4. Bagaimanakah suasana di mana anda berasa selesa?

"Judgers" menyukai suasana yang teratur, berstruktur dan boleh diramal, di mana mereka boleh membuat keputusan dan menyelesaikan kerja. "Perceivers" berminat untuk mendapat pengalaman di pelbagai suasana, di mana mereka mempunyai berbagai pilihan dan senang menyesuaikan diri.

Judgers selalunya : · Serious dan formal · Peka kepada masa · Suka membuat perancangan · Kerja diutamakan · Suka menyudahkan kerja


Perceivers selalunya : · Riang dan bersahaja · Tidak peka kepada masa · ‘Tunggu dan lihat’ · Kerja dilengahkan · Suka memulakan kerja

Pilih Judgers(J) atau Perceivers(P): _____



Gabungan 4 pilihan yang anda lakukan itu akan melambangkan aspek-aspek perwatakan anda. Terdapat 16 jenis gabungan perwatakan, satu daripadanya adalah pilihan anda dan di bawahnya adalah contoh pekerjaan yang sesuai untuk anda. Contohnya: Jika anda memilih Introverts(I), Sensors(S), Thinkers(T) dan Perceivers(P) maka gabungan perwatakan anda adalah I,S,T,P.

Pekerjaan I,N,F,P

Ahli Psikologi :P
Pengarah Seni
Professor
Pustakawan
Pereka Fesyen

Pekerjaan I,N,F,J

Penulis
Editor
Ahli Bahasa
Guru
Kaunselor

Pekerjaan I,N,T,P

Ahli Muzik
Pereka Perisian Komputer
Ahli Ekonomi
Pereka Laman Web
Professor Falsafah

Pekerjaan I,N,T,J

Arkitek
Pakar Kardiologi
Penganalisa Berita
‘Webmaster’
Pereka Perisian Komputer

Pekerjaan I,S,F,P

Doctor
chef
Jururawat
Pereka Landskap
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan

Pekerjaan I,S,F,J

Kaunselor Bimbingan
Pengurus Harta
Doktor
Pereka Ruang Dalaman
Pustakawan

Pekerjaan I,S,T,P

Pegawai Polis
Juruterbang
Pengaturcara Komputer
Ahli Bomba
Pereka Perisian Komputer

Pekerjaan I,S,T,J

Pengurus Pejabat
Pegawai Polis
Ahli Kaji Cuaca
Broker Hartanah
Akauntan

Pekerjaan E,N,F,P

Pereka Grafik
Wartawan
Eksekutif Pengiklanan
Pegawai Sumber Manusia
Perekacipta

Pekerjaan E,N,F,J

Penerbit rancangan TV
Eksekutif Pemasaran
Editor Majalah

Pekerjaan E,N,T,P

Pegawai Bank
Pengarah Seni Pengiklanan
Pegawai Pemasaran Internet
Personaliti Radio / TV

Pekerjaan E,N,T,J

Jurutera Kimia
Hakim
Eksekutif Pemasaran
Penganalisa Ekonomi
Usahawan

Pekerjaan E,S,F,P

Guru Tadika
Pegawai Perhubungan Awam
Agen Pelancongan
Doktor Haiwan
Pakar Terapi

Pekerjaan E,S,F,J

Jururawat
Ahli Sukan
Pegawai Hartanah
Agen Pelancongan
Guru Sekolah Menengah

Pekerjaan E,S,T,P

Broker Saham
Jurutera Awam
Kontraktor
Jurujual Insurans
Guru Teknikal

Pekerjaan E,S,T,J

Pegawai Tentera
Peguam
Jurujual Insurans
Ahli Farmasi
Pengurus Harta

Tuesday, April 5, 2011

Road run? Doakan aku weyh.

Hari ni ada latihan roadrun, buduh memang buduh, lari dalam kawasan sekolah je. Cikgu kata "'Awan jahat' dah datang, sempat ke korang nak lari, patah balik ke sekolah? Basah kang!" *Bukan ayat sebenar.*

Oh, memang best lari kat padang sekolah, pening aku dibuatnya, bagai alam berputar dua kali dalam satu masa. Ok tak ada kaitan langsung, lepas lari 8/9/10 pusingan, aku terus cabut masuk kelas, nak pengsan gilaa. Sumpah malu dengan budak-budak form 3, diorang lari steady je. Budak Ariff tu tak payah cakap lah, kalau cikgu suruh dia lari 100KM pun dia boleh. Shaman(??), tak silap aku dia budak form 4, lari macam cheetah. Aku? hampeh. Nama je form 5, malu sumpah malu. 

Hari Jumaat minggu ni, aku wakil Hang Kasturi untuk roadrun daripada 50 ahli yang bertanding. Tak sabar nak lari dherrr. HAHA. =='

*Busan memang busan, apa je aku cerita nih.*

Sunday, April 3, 2011

My 's'.

Today just seems very dull. Filled with miscellaneous and yet fun facts mostly about science and petroleum and such. Yep, today i went to Patrosains, The Discovery Centre, at Suria KLCC. Went there with my dad's side of the family, a request by my cousin who had never been there. Fun fun fun. 


Oh they got this new ride there and it's called, F1 stimulator(i think.). Ptff. Still, it's worth it, i manage to get more infos(uuu interesting.) about petroleum and somesome other stuff like how was the blablabla was made and such.


Homework begone!? HEHE.

Saturday, April 2, 2011

Satu hari nanti.

Pada zaman atom yang kini semakin hari semakin maju teknologi tercipta, terdapat beberapa orang pelajar tingkatan lima yang sedang risau memikir tentang SPM yang akan tiba kelak. Satu daripadanya adalah aku. Berapa A entah akan aku dapat nanti. Tibalah masa untuk bangun dan sedar akan perlunya aku untuk fokus dalam pelajaran dan pembelajaran. *Ayat macam baru lepas kena brainwashed. HAHA* 


Masih terdapat kekurangan dalam diri aku yang perlu diperbaiki. ==' Jiwang? Apa kaitan?
Muka aku macam tengah sedih memikirkan keputusan SPM aku nanti kalau ada yang gagal. sedih doh.


Kalau aku dilahirkan dengan otak yang sama taraf dengan Albert Einstein, mungkin aku tak perlu fikir panjang. Tapi kalau nak difikirkan balik, tak perlu fikir panjang pun. Kalau aku dah tahu apa aku nak, aku perlu lebihkan usaha je untuk dapatkan apa yang aku nak. Betul? Nak result yang bagus, tapi tak berusaha bersungguh-sungguh, apa nih? =='


Jadi, sebagai seorang pelajar di sekolah kebangsaan menengah biasa, aku teringin nak naikkan nama sekolah aku. Aku nak dapatkan straight A's untuk sekolah aku dan keluarga aku. InsyaALLAH. 


*Credit to Chearie for this awesome picture of aku and Asraf.
*Doakan untuk kami ye sahabat sekalian. :D *

Apa patut aku tulis kat blog aku ni?

View Results
Create a Blog Poll

UIA!?

UIA? Universiti Islam Antarabangsa (Malaysia). Oh, HAHA.

Bidang psikologi yang aku amat minat sekarang telah diperlekehkan. LOL. Ok, mungkin tidak, tapi ayat lelaki bertubuh besar itu telah mengeluarkan satu ayat yang agak pedas. Lebih pedas daripada Nasi Goreng Kampung yang dimakan dengan Tom Yam. *Aku tengah lapar ni.*

Ayatnya berbunyi cenggini.

Bidang Psikologi tak kritikal. Maksud saya kurang demand. Orang sekarang banyak mintak medical, engineering jerrr. Jadi kami hanya sediakan yang famous tu je.

*Bukan ayat sebenar, tapi aku rasa bunyi macam sama. Entah.*

Heh, aku bukannya nak masuk Universiti dia pun, tak famous!!. HAHA. UM dan UKM ada bidang yang aku nak, tapi kena ada STPM. Aku tak suka amik STPM. =='

Apa pun, seronok je hari ni, dapat belajar benda baru. Dan selama ni aku tak tahu pun ada Universiti TUTI TATI. ==' HAHA. Jadi, UIA ada bidang yang aku nak, jadi, InsyaALLAH kalau ada rezeki, aku nak sangat masuk UIA amik Asasi Sains dan kemanusiaan, Psikologi. Sekiansekian.

*Aku baru tahu yang Asasi dan foundation tu benda yang sama. ==' Sakai kan?. HAHA.*

Friday, April 1, 2011

Muka suci pelajar Sains tulen.

Muka-muka pelajar SPM yang kini ghairah menunggu saat-saat akhir untuk belajar sambil menonton televisyen telah menunjukkan beberapa tanda-tanda ketekunan mereka yang timbul di muka mereka. Tanda apa? Fikir sendiri. HAHA. * ==' Sakaii. HAHA. *


Apa pun, esok aku akan menghadirkan diri aku yang tidak keseorangan ke Karnival Jom Masuk Ke U. Anjuran ...sekiansekian... Malas nak cerita. Tak sabar nak pergi. Banyak benda baru aku nak belajar tentang IPTA/S dalam negara kita ni. Luar negara? Tak berminat kecuali jikalau aku ada banyak duit dan punyai otak seperti Elbert Einstein. Hadush. Malang sungguh aku. 


Sebagai seorang pelajar SPM tahun 2011, aku akan berusaha mati-matian untuk mendapatkan " A lurus " atau dengan izin yang berhormat, Straight A's. Ye. HAHA. *Ok serius tu bukan perli HAHA. :P *


Dan aku harap esok aku akan berjaya dapatkan maklumat-maklumat penting. HAH. TAK SABAR DOH. SUMPAH TAK SABARRR. GERARRR...

Satu kali dua puluh kali ganda sakit jiwa + otak nak difikirkan.

Entah kenapa malam ni aku rasa sedih semacam. Sungguh bukan Adlan yang biasa. Kononnya aku ni jenis yang ceria selalu, tak suka emo-emo. Buat kali pertama dalam tahun 2011 ni aku tertitiskan air mata tanpa sebarang sebab yang munasabah. HAHA. Pelik ke budak lelaki menangis? HAHA. Tak nangis pun. Cuma terkeluarlah jugak air mata tu. :P 


Apa pun, esok sekolah, kerja rumah ada jugak yang tak siap lagi, tetengah moody ni rasa malas nak buat kerja rumah. BODOHnya aku. Apa pun, aku TAK akan bawak hal aku kat sekolah esok. Biarlah. Lupakan apa yang berlaku. Dan semestinya aku tak akan kongsi masalah dengan cengkawan aku. Takut nanti aku terpengaruh mood diorang pulak. HAHA. Apa je lah aku ni. Banyak sangat benda yang berlaku hari ni, sampai otak dah jadi tak betul. LALALALA. Ok dah tengah malam, Byeh. :D


*Sebernarnya tak ada HAL pun, masalah kecik je. Tak perlu diperbesar pun. :P *