Saturday, April 9, 2011

Hari Sabtu.

Nama pun program SMART SPM, mestilah ada kaitan dengan SPM. =='

Sebelum aku buat orang berdengkur, aku nak cerita pengalaman aku sikit semasa menjalani program tersebut hari ni. Memang seronok. Kalau diberi pilihan antara menyertai program tersebut ataupun buat latihan AddMath, semestinya aku pilih program tu. Semangat sungguh. 

Masa motivator menyiarkan satu video *satu daripadanya*, ramai yang tertitis air mata mereka. Ada juga yang cuba control macho, tidak pun titis air matanya. Ehemehem, aku pun sedar diri aku siapa, berjiwa sensitif, tidak heran le aku menangis. Kawan aku yang duk sebelah aku pun siap keluarkan sapu tangan, lap air mata + hingus beliau. Eee, tak senonoh ya? 

Apa pun, motivator memang pandai menggunakan media sebagai medium untuk menyentuh hati para hadirin. Siapa hatinya tak tersentuh, robot sungguh orang itu. Muzik juga memainkan peranan penting, lagu yang mendayu-dayu memang sesuai dengan program tersebut. ==' 

Inilah kerja aku, masa motivator sibuk bercakap semasa video ditayangkan, dalam suasana sedih, aku titiskan air mata, aku perhatikan orang lain, ada beberapa perempuan cover cun, tidak mahu menangis, mungkin takut makeup-nya cair, ada juga yang sibuk melayan handset-nya, aku pula? Alahai, aku malas nak nangis panjang, jadi aku alihkan perhatian aku ke tempat lain. Aku duk layan  cara motivator, *yang juga seorang ustaz di sekolah aku*, meng-motivate pelajar. Aku pun list-kan perkara penting macam : 

  • Media spt video dan gambar amat membantu.
  • Lagu amat penting dalam usaha menyentuh hati orang ramai.
  • Ayat yang digunakan perlulah ringan agar mudah difahami oleh orang ramai.
  • Isi konteks yang mantap dalam masa yang sama gunakan unsur-unsur kelakar dalam ayat amat membantu. 
  • Lontaran suara perlulah jelas.
  • Sekian sekian.

Jadi, sebagai bakal ahli psikologi, aku nak juga belajar cara memberi motivasi kepada orang. Heh. Manalah tahu. InsyaALLAH. :D   

1 comment:

Anonymous said...

cb.. perli aku :|