Sunday, April 17, 2011

MALANG BERBAU PISANG GORENG.

Oh dunia terlalu kejam. - Mungkin ini saja ayat klise yang kerap aku guna kebelakangan ini. 
*Kenapa wahai Adlan?* 


Ceh, mesti ada orang diluar sana fikir aku ni saja mahu cari publisiti murahan bukan? *Tekaan korang memang betul. Korang memang dapat A+ dalam subjek Mengutuk Orang.* :D


Tak pun, kau rasa aku saja mahu meminta simpati yang juga murah/pasar malam. 



  • Baju Dolce & Cabana vs Baju Pasar Malam. = Simpati Mahal vs Simpati Pasar Malam. > Siapa faham angguk cepat. :D


Oh tidak. Manew adew. 
*Semua orang tahu dia(aku le) tipu.*


Apa pun, hari ni banyak benda belaku. Nak aku ceritakan satu persatu? Aku tahu semua orang rindu aku menge-post entry-entry yang busan-busan belaka. Uhukzuhukz.


Kepada Zahirah Haryati, nombor i/c 940323-**-53**, yang tidak menghadirkan diri ke kelas Additional Mathematics., kenapa anda tidak hadir yang bertuah?


Malang buat aku, tuah buat Asraf, hari ni ada kelas tuisyen Additional Mathematics di Pusat Tuisyen Prestij Cemerlang. Semuanya berjalan dengan lancar, muka-bosan Cikgu A + angin aircord yang sangat dingin membuatkan tempat itu sangat kondusif bagi aku untuk tidur. Tidak kira berapa banyak rumus yang Cikgu A nak bagi pun, tak berjaya diserap oleh akal aku yang berkapasiti rendah ini. Bagaikan pathogen yang desperate mahu masuk dalam badan manusia. Oh, lawak budak sains. *lawak kah itu?* Humm.


Lepas kelas Additional Mathematics/Matematik Tambahan, tibalah masanya kelas Physics/Fizik. Aku memang *secara tidak jujur.* amat suka belajar Fizik. Tuah buat aku, malang buat Asraf, Cikgu B tak datang, semua orang bajet buat muka sedih, dalam hati aku tahu korang(budak kelas) melompat kegembiraan macam monyet dapat keputusan straight A's SPM. ==' 


Oh, hidup bagaikan roda, sekejap atas, sekejap bawah. Tak sampai beberapa minit berlalu, tak sempat juga aku mahu ke tandas membuang air, Kak Kaunter datang dengan flipflop pink dia, membawa helaian2 kertas yang dari jauh semua orang tahu itu TEST Fizik yang telah lama dinanti-nantikan, *yeyy*. Klise bukan?


Hampir seminit berlalu, aku hampir mati + putus cinta dengan Fizik.  Malang tidak berbau, tapi bau perfume Fatin Nabilah (nombor i/c 941104-**-61**) cukup buat satu kelas berbau harum. 


Diam tak diam, ubi telah berisi. Masa kelas Fizik pun habis. Terpaksa hantar kertas TEST Fizik yang banyak juga lobangnya(maknanya, banyak soalan yang tidak berjawab.) kpd Kak Kaunter. Lalala, balik rumah, mandi, online Facebook. Sekian sudah story aku. Interesting kan? ==' Angguk cepat!!!. HAHA. Wassalam. *Aku rindu taip ending tu.*


*Aku tahu entry aku bosan. DIAM LAH. HAHA.*
*Kalau korang rasa aku cuba tiru gaya penulisan Jebonisme, anda salah. HAHA. Ok aku tipu.*
*Aku tahu tak semua orang dilahirkan untuk faham lawak-lawak aku dalam blog ni, aku faham aku faham. :P*

5 comments:

ACAP LAA ! said...

air cord mmg sgt dingin ye encik adlan ? hahahahahaa

Mr. Ri | CheArie said...

aten xleh blah.. hahaha

Anonymous said...

woi pehal ko g letak no IC dia... :| ni yg aku marah ni.... :p

zahirahharyati said...

salah. and plussss... aku lupa ada tuition horay!

S.Nadhir said...

ohhh, boleh pulak kau lupa highlight yg paling penting pada hari tu, iaitu kedatangan aku ke tusyen pastu balik.

+ tak sama macam Jebon pun ?