Tuesday, April 19, 2011

Diet!? *Harus baca.*

Amaran, aku rasa lebih baik korang tak baca. Teramat le bosan dan tak langsung ada kaitan dengan korang. 


Sebelum korang baca, aku nak ingatkan korang bahawasanya, aku tulis entry ni pasal aku dan hanya aku. Dan kalau ada pendapat, bagitau le. Tak baik pendam, bukannya boleh buat tapai pun. *oh lawak budak sains lagi.* *Lawak kah itu?* HAHA



Malam yang teramat le membosankan. 


Bosan? 


Timing yang amat sesuai bagi pelajar sekolah macam aku untuk buat kerja rumah. Kan kan?


Malam ni, aku duk terfikir bersahaja, pasal masa depan aku nanti.


Eh jap, aku ni asyik fikirkan masa depan je memanjang. Current time pulak macam mana? 


Buduh tak buduh tu? 


Maksud aku, terlalu fikirkan masa depan, sampai masa 'current' ni terabai. HEH. 


Faham tak? Erk, aku pun tak faham. Lupakan lupakan.


Buat pengatahuan korang semua, sekarang ni aku tengah diet


Diet


Diet Facebook. 



  • Apa itu DF? Tiada maksud sebenar punn. Saja reka ayat sendiri. Tujuannya, kurangkan masa untuk online. Tak kira le online apa pun. 
  • *Kenapa Facebook? Kenapa tidak MySpace/FormSpring/Tumblr/etc. ? Blogger?*
  • Yang arif, hal ini demikian kerana aku selalu online Facebook. Itu lah makanya.


Mungkin Facebook itu menjadi punca keputusan akedemik aku teruk bebeno *bagi aku 1A,3A-,1B,2C,1D,1E, tu teruk*. Hampeh bukan? 


Bukan salah Facebook punn, salah aku sendiri, tak reti nak uruskan masa. 


Eh jap, harus korang ingat, lain orang, lain cara. Hidup masing2 le kan? Pepandai le korang uruskan masa korang sendiri. 


Aku ni pulak, tak reti uruskan masa. Masa ber-online Facebook, suka buat overtime!? Jadi, wajar le aku kurangkan masa ber-facebook-ing. Demi SPM, demi UIA, etc. HEHE.


Tak macam kawan aku yang lelain, online Facebook sampai 1-2 pagi, result mantap pulak. ==' Aku jealous ni, aku jeqalous ni. HAHA. 


Jadi Facebook bukan faktor result aku teruk, result aku teruk sebab diri sendiri. Heh. 


Kalau keputusan peperiksaan pertengahan tahun aku nanti teruk jugak / tak sampai target aku , tak tahu le nak buat apa lagi. 


Apa pun, aku dah ngantuk ni. Cau!!!  


*Blog macam mana pulak? HAHA. Kena korban le sikit.*

No comments: