Wednesday, May 18, 2011

#1 / 5. Blovel(??)

Cerita di bawah ini tidak pun ada kaitan dengan anda semua jadi jangan perasan kerana jalan cerita dan plot cerita hanya berpandukan imaginasi pengarang.


Kalau ada persamaan, err, mungkin juga cerita ini merupakan salah satu ingatan/cebisan memory pengarang yang berkait rapat dengan kisah rakan2nya yang baik2 belaka. :DD


Mungkin juga Pelajar A sedang makan Mi di FoodCourt TS( The Store cawangan tepi loji. ) 
Dan mungkin juga Pelajar B sedang asyik layan lagu Zivilia Band - Aishiteru, dan mungkin juga Pelajar C sedang meng-update blognya. - Entah. HEHE


Pada satu tengahari yang boleh tahan juga panasnya, terlihat tiga orang pelajar tekun belajar. Pelajar A, B, dan C


Pelajar A selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Boleh dikatakan pelajar ini Top Student dalam kelompok calon SPM dalam sekolah itu. 


Pelajar B merupakan pelajar yang selalu mendapat keputusan yang puratanya sederhana cemerlang. Malangnya, Pelajar B berkawan baik dengan Pelajar C.


Pelajar C merupakan pelajar yang nampak pandai, smart bertali leher, tapi selalunya dialah yang ketingalan dalam pelajaran, mungkin dia ni banyak meng-update blognya sehinggakan terlupa ulang kaji matapelajaran. Dia juga pernah gagal dalam ujian Matematik Tambahan. Humm...


Mereka bertiga kerap menjalankan aktiviti berfaedah itu di dalam perpustakaan sekolah. Tiba-tiba... (to be continue) 


#Busan pula bahagian pengenalan.. entah mengapa aku terfikir nak buat Blovel. HAHA. Okeh, to be continue...  

2 comments:

Anonymous said...

oiii..... ko perli aku... -________-"""

S.Nadhir said...

.....MANA KESINAMBUNGANNYEWWWW.