Saturday, May 14, 2011

1,2,3 LARIIII..

...melawan arus globalisasi... apa yang cuba disampaikan ialah, entah, siapa kesah itu semua kan? Yang penting diri gumbira. Kah kah kah. *kena baling botol.*


Apa pun, hari ini merupakan hari yang sangat indah, aku jalanan kakian dengankan kawanan akuan. ==' Bahasa merempat aku dah keluar dah, habis le korang. ayokk. HAHA. *minta perhatian.*


Ok ok, sebenarnya hari aku ade tuisyen, bise le, budak sains wajib g tuisyen. Nak SPM le katakan. Keh keh keh. 


Aku berbaju biru, Asraf dengan baju merah darah, dan Aten with her fabulous purple cardigans, kami bertiga berjalan dengan semangatnya menuju puncak... serius doe, puncak Bukit Rahman Putra, di mana pusat tuisyen kami berdiri dengan gahnya. HEHE. Cerita gempak je eh?


Kitorang gerak pukul 12.45pm ( tidak spesifik.), kelas Matematik Tambahan mula pukul 2.30pm. 


Humm, pe kejadah kitorang terlebih semangat datang awal kan? Tak buduh ke tu? HAA, tu la korang tak tahu, sebenarnya kami g makan kat Restaurant Rasa Le Lagi. Layan Nasi Ayam, + pulak dengan Sirap Limau, perhh, sodap doe. HAHA.


Kelas Matematik Tambahan belajar Trigonometry, best best. ;)


Masa tuisyen Fizik pulak, seronok belajar pasal motor D.C. HEH?


Balik tuisyen layan cite "Aku Tak Bodoh". Malam update blog. Pelajar SPM kah ini? HAHA. 


Ok la, itu je yang ingin aku cerita-in, malas nak cite panjang, masuk tido dulu. Salam 'Alaik. ;)


Oh ye, hari Isnin ade pekse kertas ketiga subjek Biologi, doakan aku maju jaya weyh. AMINN. :D

No comments: