Wednesday, May 18, 2011

#2 / 5. Blovel(??)

Cerita di bawah ini tidak pun ada kaitan dengan anda semua jadi jangan perasan kerana jalan cerita dan plot cerita hanya berpandukan imaginasi pengarang.


Kalau ada persamaan, err, mungkin juga cerita ini merupakan salah satu ingatan/cebisan memory pengarang yang berkait rapat dengan kisah rakan2nya yang baik2 belaka. :DD


Mungkin juga Pelajar A sedang study di dalam biliknya sambil mendengar lagu. 
Dan mungkin juga Pelajar B sedang asyik layan Jin Online, dan mungkin juga Pelajar C sedang meng-update blognya. Pelajar Tingkatan Tiga itu pula mungkin sedang belajar di atas meja belajarnya. Mungkin... - Entah. HEHE

Tiba-tiba datang seorang pelajar tingkatan tiga beruniform lengkap dengan tali leher. Pelajar Tingkatan Tiga itu datang ke arah Pelajar A, B, dan C dengan senyuman ala-ala kucing nampak ikan, sambil membawa buku latihannya. 

"Salam 'alaik." Dia memberi salam sambil senyum. Pelajar A, B, dan C memandang Pelajar Tingkatan Tiga itu lalu menjawab salam. Pelajar B dan C bersalam dengan Pelajar Tingkatan Tiga itu.


Pelajar C bertanya khabar sambil menjemput Pelajar Tingkatan Tiga itu duduk. "Lama tak jumpa. Apa khabar? Peperiksaan macam mana?" 

"Sihat je. Peperiksaan okey, tak susah, tak senang." Balas Pelajar Tingkatan Tiga itu sambil mengambil tempat di kerusi sebelah Pelajar C

Mereka berempat bersembang berkenaan dengan pelajaran. Pelajar Tingkatan Tiga ini memang rapat dengan Pelajar A, B, dan C. Hampir 15 minit mereka bersembang. 

Pelajar Tingkatan Tiga merupakan junior Pelajar A, B, dan C. Dia antara pelajar yang paling rapat dengan pelajar tingkatan lima seperti Pelajar A, B, dan C. Calon PMR ini juga amat disenangi guru-guru di sekolah mereka.

Jarum Jam menunjukkan sudah masuk pukul 2PM. Pelajar A ... (to be continue) 

#Aku harap korang tak pening baca bende ni. HAHA.

No comments: