Wednesday, May 18, 2011

#3 / 5. Blovel(??)

Cerita di bawah ini tidak pun ada kaitan dengan anda semua jadi jangan perasan kerana jalan cerita dan plot cerita hanya berpandukan imaginasi pengarang.


Kalau ada persamaan, err, mungkin juga cerita ini merupakan salah satu ingatan/cebisan memory pengarang yang berkait rapat dengan kisah rakan2nya yang baik2 belaka. :DD


Mungkin juga Pelajar A sedang study di dalam biliknya sambil menggosok bajunya. 
Dan mungkin juga Pelajar B sedang asyik layan Jin Online sambil ber-Facebook, dan mungkin juga Pelajar C sedang meng-update blognya. Pelajar Tingkatan Tiga itu pula mungkin sudah tidur. Mungkin... - Entah. HEHE



Pelajar A memandang ke kanan dan kemudian ke kiri seperti kehilangan sesuatu. Pelajar B yang asyik bersembang dengan Pelajar C dan Pelajar Tingkatan Tiga itu tiba-tiba pandang kebingungan ke arah Pelajar A.


"Kenape? Ade apa-apa yang tak kena ke?" Tanya Pelajar B kepada Pelajar A sambil membuat muka yang agak serius. Pelajar C dan Pelajar Tingkatan Tiga, yang sibuk bersembang secara senyap2 tiba-tiba terhenti bercakap dan memandang ke arah Pelajar A dan B.


Pelajar A dan Pelajar B yang dari zaman tadika lagi merupakan kawan baik sehingga kini. Mereka saling mengambil berat antara satu sama lain.


"Jam dah pukul berapa? Korang dah solat ke belum? Aku nak solat jap, lepas tu kita makan kat kantin nak?" Ujar Pelajar A dengan ghairahnya. Pelajar B, C dan Tingkatan Tiga itu pun menganguk saja.


Selepas solat, seperti yang dirancang, mereka berempat sudah pun berada di kantin sekolah makan nasi goreng special makcik kantin. Dari jauh, rupanya aktiviti 'melantak' mereka diperhatikan oleh KetuaPelajar. Jeng jeng jeng... (to be continue) 

1 comment:

ACAP! said...

ahhahahha sakaiiii jeee.... cepat update lagiii... :D NUHAHHAHAHA