Monday, May 16, 2011

Tak jadi balik kampung doe.

Sob sob, HAHA. 

Aku okey je. 

Apa pun, esok petang kene tolong family bergotong royong.==' Kononnya ada family gathering kat rumah aku. Tak sure lagi. HUMM.

Pagi aku free, boleh je kerja kilang taik mate overtime.Kah kah kah.

Oh ye, wahai Zahirah Haryati yang berketiak dua, inilah buku yang aku ceritakan tempoh hari. HAHA. 

Hah, yang lain tak payah nak sebok takan read more. HEHE.



Sinopsis:

Semua orang ada bercita-cita untuk berhijrah atau berubah. Hijrah atau berubah daripada satu perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik atau daripada yang sudah bagus kepada yang lebih bagus. Di hadapan kita banyak peluang untuk kita melakukan perubahan.

Namun dalam menuju perubahan, kita wajar mengetahui liku-liku dan ancaman yang bakal dihadapi dalam perjalanan tersebut. Dengan menyedari liku-liku tersebut, maka mudah-mudahan kita lebih kuat dan lebih tekad untuk meneruskan perubahan ini.

Tidak memahami benar-benar erti hijrah, halangan-halangan hijrah dan cabaran-cabaran serta realiti sebenar perjalanan hijrah boleh menyebabkan kita tersungkur di perjalanan sebelum sampai ke destinasi sebenar. Ada cita-cita untuk berhijrah itu memang bagus dan amat bagus, tetapi hendak berhijrah bukan senang. Bukan semudah mengupas kuaci atau mengupas kerang dengan sebelah tangan semata-mata dan bukan sesenang memasang cita-cita seperti Mat Jenin. Buku ini cuba memberi jawapan kepada topik tersebut.



- Tapi alang2 tu, sesiapa yang pernah ternampak buku ni, tolong bagitau kat mana.. aku dah cari merata tempat, tak jumpe gak. Haish. Masa pesta buku dah jumpa, tak bawak duit le pulak. Humm...

No comments: