Tuesday, June 14, 2011

When the thin lady sings.

But after joining the Fitness Club, she became very very thin. 


So now, should we say "When the she-use-to-be-fat lady sings."? 


Okay i don't have answers base on that question. Just leave it there. FULL STOP. 


* Tak ada idea nak tulis apa. Jadi mahu merepek. Jangan marah. Bila awak marah nanti awak nampak comel, nanti saya jatuh hati kat awak kang susah. :P *


* Grammar macam cb. I'll improve. InsyaALLAH. *

Saturday, June 11, 2011

5 janji aku kepada kawan aku.

Sebagai penghargaan kepada semua kawan2 aku yang sememangnya awesome gilaa, aku janji...


1. Tak akan abaikan korang sewaktu korang memerlukan aku. Kecuali pabila korang mintak tolong aku merompak bank le or etc.


2. Bila2 nanti aku terserempak dengan korang sambil berjalan dengan cengkawan baru aku.. aku janji tak akan cakap.. "Dulu aku pernah rapat dengan diorang." PAHAM?


3. Aku akan simpan semua janji yang korang amanahkan kepada aku dengan sebaik yang mungkin. Tapi lebih baek korang jangan trust aku. HAHA.


4. Satu hari nanti bila2 aku dah kerja nanti, gaji pertama nanti aku belanja korang makan satay. HAA aku tahu korang suka. HEHE.


5. Ayat ni mungkin klise tapi.. aku janji aku takkan lupakan korang. Unless korang nak aku lupakan korang le.


buat sementara ni aku buat lima je. Nanti2 aku tambah le. Till then. Thanks for being friends. :) Touching tak touching tak? ;D HEHE.

Thursday, June 9, 2011

Coming Soon.

PERHATIAN. Aku nak pindah. BYE.

Eh tak, aku tipu. Sebenarnya aku nak bagitau korang sumthing.


Korang kenal tak AsrafSiddick? Kawan aku tuuu... jangan main2. Sekarang dia dah ada blog sendiri. Let's welcome him to the world of blogging. :D http://acapmendeleev.blogspot.com/ 


So, a special tribute to Asraf Siddick. Or should i say, Asraf Mendeleev. HEHE. 


Jujurlah, aku rasa style penulisan dia awesome, better dari aku kot. Ada je idea dia nak tulis. Ye, aku tahu dia baru tulis dalam satu/dua entry. TAPI. Awesome kot. I think we should call him Awesome. HAHA


Cis, korang ( blogger ) pun awesome gak.. ;) Tapi, it was something un-sangka-able. Asraf Mendeleev buat entry. Rasa awesome pulak ada lagi seorang kawan blogger. HAHA


Ok ok. Welcome Asraf. Sekarang sudah ada blog rajin2 le update. Jangan biarkan laman sesawang kau bersawang banyak sangat. 


OKEH, aku rasa tu je aku nak tulis. Special credit to Mohd Nazri

Wednesday, June 8, 2011

How have I changed in the past 2 years?

Tak, aku tak ikut challenge tu. Tapi aku minat nak buat entry pasal tajuk nih. 


Day 2 : How have I changed in the past 2 years?


Menarik doe.


Aku tak reti sangat nak buat entry pasal ni, so aku bedal je lah eh? Jangan marahh.. ;)

First thing first, aku rasa aku dah makin tinggi.. ==' obviously doh. Rambut makin smart. :P Hensem? HAHA. ==' tak eh? Ok ok.. 

Makan?

Cakap pasal makan.. makanan.. kalau dulu aku suka order Nasi Goreng Kampung je time2 keluar pergi makan, sekarang aku suka makan Mi Bandung, dengan harapan dapat pergi bercuti ke Bandung satu hari nanti. :P 

Minuman pulak, dulu aku suka minum Milo je memanjang. Muak aku.. sekarang aku suka minum air Sirap Limau. HEHE

Hidup?

Alhamdulillah, semakin better. Bilik aku yang dahulunya tak ada pintu, sekarang ada pagar. HEHE. Privacy tak berubah, still, syukur le ada bilik pun dah cukup. Erk?

Sekolah?

Dulu aku pelajar biasa. Tipikal, klise.. bosan. Sekarang aku jadi pengawas. Berbaju biru berseluar hitam. :)

+ kini aku rasa aku dah makin rajin belajar, tak macam dulu, homework malas nak buat. Sekarang, rasa malas pulak nak kena marah dengan cikgu sebab kerja rumah tak siap.

So, setiap kerja rumah yang ada, aku buat sekadar yang mampu, ada lah jugak yang aku tak buat, sebab tak reti nak buat. MALAS. Perkataan tu sudah hilang dari kamus hidup aku. *yekerrr?*

Matang?

Aku rasa aku lebih matang dari dulu. Sekarang aku dah ada misai + janggut ( tiga helai je. chill ). HAHA. 

Cara pemikiran aku pun lebih matang. Waduhh, obviously lah kan? 

Aku rasa takde benda special yang berubah. Cuma perubahan yang paling besar dalam masa dua tahun ni ialah, aku lebih banyak cakap berbanding dulu. Dulu aku suka senyap. Kawan rapat pun sikit je. Sekarang belambak. Bersyukur aku ada diorang. ;) Ok bye

* bosannye aku punya entry ni. Bila aku baca balik, aku rasa nak giveup je jadi blogger. Humm.. ==' *


OH YE, sekarang aku dah ada blog.. ==' YEAH!!

Tuesday, June 7, 2011

...

Aku baru balik dari kampung. Kampung belah ayah aku. Makcik aku meninggal. Rumah dia dekat dengan rumah nenek belah ayah aku, Malim Nawar. Kampung yang ala2 pekan mati ni dulunya selalu jugak aku pergi. Tapi sejak nenek belah ayah aku meninggal... jarang pergi.

Makcik aku umurnya sudah 52 tak silap aku. Meninggal sebab diabetes. Ayah aku dapat berita dia meninggal semalam pukul 1.45am tak silap aku. Masa tu aku tengah sebuk online facebook. Serius aku terkejut. 

Kami satu keluarga gerak dari rumah lepas subuh, dalam pukul 9.00am kami sampai kat kampung. 

Orang yang paling awal aku jumpa is my uncle, suami kepada makcik aku, abang kepada ayah aku. Dari jauh aku boleh rasa aura sedih. Air muka dia memang menunjukkan dia sedih. 

Anak dia tak payah cakap le, kalau ibu aku meninggal pun aku sedih. Paling memilukan, saudara aku yang umurnya baru 11 tahun. 11 TAHUNN. Tipu lah kalau aku kata dia tak menangis. Cuma, masa aku sampai, dia orang kedua aku jumpa, muka dia biasa2 je, muka orang baru lepas menangis. Hidung merah, mata merah. 

Aku faham perasaan dia. 

Baru kehilangan ibunya. Aku nak je peluk dia tapi... entah... aku pun tak tahu apa nak buat masa tu.

Kakak2 dan abang2 dia... sama... anak first, sedang bercuti kat Langkawi, anak second, ada dekat Terengganu. Ketiga, keempat, kelima ada dekat rumah. Keenam, ada exam, terpaksa tangguhkan dulu examnya. Sepanjang aku dekat kampung ni, macam2 ragam aku nampak. Macam-macam...

Aku? Aku tak tahu... macam mana bila parents aku... nanti meninggal? Dalam kes saudara aku yang umurnya 11 tahun tu, macam mana? Siapa nak jaga dia? Ayah dia dah tua... 

Entah... sementara ni aku ada satu perkara je yang mampu aku buat, berdoa.. Agar semuanya baik2. AMINN.

Kenduri Kahwin doe.


Aku nak mintak maaf bebanyak sebab aku edit buruk + kualiti kurengg. Nak cepat punya pasal. HEHE. ok ok. enjoy. ;)

Monday, June 6, 2011

Balik kampung,

Batu Gajah, Perak. 


Andai patah sayap rajawali,
datang jua aku ke Perak, 


Aku tahu tak rhymed, huh..


Aku nak cer sikit agenda aku ke Batu Gajah, Perak. Ye, kampung aku terletaknya di sana. Pekan Batu Gajah yang ala2 prehistoric gitu, mungkin akan membuatkan semua orang bosan. Tapi aku suka, bukan sebab ramai amoy cantek dalam kedai tu, bukann. Suka sebab aku SUKA. Entah macam mana nak terangkan aku pun tak tau. 


Okeh, kembali ke Batu Gajah.. agenda aku sebenarnye, saudara aku kahwin. Alhamdulillah. 


Empat hari tiga malam bermalam kat kampung nenek aku. Kenduri buat dekat rumah makcik aku, tak jauh dari rumah nenek aku, satu pekan jugakk. Syok habis. Aku jadi basketboy. Melanggar norma kelakian tak? :P


Banyak benda yang terjadi, benda yang aku tak sangka ada berlaku. Contohnya, parents aku bergaduh sebab pressure kenduri tu. Entah, aku tak faham sangat dengan diorang. 


Masa kat kampung, saudara mara ramai sangat, susah nak buat kerja rumah ( alasan ). Aku selalu outcast-kan diri aku, duk sorang2 kat luar termenung jauh. Banyak yang difikirkan, pidato, kawan2, famili, 'dia'.


'Dia', merujuk kepada orang yang aku suka. Aku tak tahu macam mana aku boleh terbabas ( crush ) dengan dia. Yang paling tak bleh blah, 'dia' bukan A*****. Rasa macam tercurang. Tapi aku bukannya ada apa2 dengan A*****. Aku maseh single doe. HEHE

'Dia' dalam banyak2 orang, aku terfikirkan 'dia' pulak. Kerap sangat, masa dalam kereta termenung kat luar tingkap, masa tengah mandi terbayang muka 'dia'. Aku tak nak suka 'dia' sebab aku nak setia dengan A*****, tapi aku tak boleh nak lupakan 'dia'. Humm..

Banyak aku belajar masa aku duk kat kampung, saudara2 aku yang selama ni aku kata diorang ni belagak + *insert benda2 negatif*, semuanya, tak beberapa nak betul. Aku selalu perasan, saudara aku cover2 time2 dia nak pakai phone mahal dia, mungkin sebab dia tau aku pakai phone cokia je, in hope that i won't feel penniless


Masa kenduri ( belah saudara aku, lelaki ), semuanya berjalan dengan lancar, semuanya perfect. Makanan sodap, pelamin cantikk. Abang aku jadi pengapit. Sepatutnya aku yang jadi pengapit, tapi aku tolak sebab takut pengantin perempuan tetiba nak kat aku pulak. * buekkk.* :P


Main story


Ouh ye, ada satu benda pelik yang berlaku, tak pelik sangat, tapi still, pelik. Ada seorang budak lelaki ni, aku rasa dia baya2 aku je. Hensem2 ( aku lagi hensem. :P ), pakai braces. Dia famili pengantin perempuan, hari Sabtu, kenduri kat rumah pengantin perempuan, kat situ le aku jumpa budak ni. 


Time aku kat sana, aku perasan something, dia selalu pandang2 aku. ==' Muka aku hodoh, aku tau la, tapi tak payah le pandang2. Haish, putus mood aku nak makan. :P


Kenduri dekat rumah pengantin lelaki ( saudara aku ) pun sama, dia datang, aku duk jaga bunga telur kat luar, terpaksa le tebalkan muka duk depan orang ramai. Benda sama berlaku, dia pandang2 aku, bila aku pandang dia, dia toleh tempat lain, cover2. Aku lepuk jugak budak ni kang. Bagi aku kurang ajar le staring at people. Rimas + buat apa budak laki stare budak laki. Banyak kali pulak tu. Ehem2. ;)


Ada le dalam 5-6 kali aku perasan dia pandang2 aku. Seram gua. HAHA. Aku rasa dia kenal aku, tapi, aku tak kenal dia. Entah, malas aku nak buat spekulasi sewenang2. Aku pun satu, terpandang gak dia tu apasal, lain jadinya kang. HEHE.


Mungkin aku je perasan lebih, padahal kot dia pandang dinding belakang aku, cintekk, warna pink lagi tuhh. Pun bolehh. 


Apa pun, minggu pertama cuti semester pertama ni, best gila, syok habis. Aku suka. Ok byeh. 


Oh ye, layan je lah muka basi aku baru bangun tidur masa kat hotel, kat t'ganu. 





Hensem tak? *buekk. HAHA*

Thursday, June 2, 2011

She wins!?




Okey, aku tahu aku pernah shared video ni kat FB aku. Just, video ni memang banyak infos yang berbaloi-baloi. Aku nak korang tengok video nieh sekali lagi dan share le. Sebarkan the goodness of Maria Elena. ;)