Tuesday, June 7, 2011

...

Aku baru balik dari kampung. Kampung belah ayah aku. Makcik aku meninggal. Rumah dia dekat dengan rumah nenek belah ayah aku, Malim Nawar. Kampung yang ala2 pekan mati ni dulunya selalu jugak aku pergi. Tapi sejak nenek belah ayah aku meninggal... jarang pergi.

Makcik aku umurnya sudah 52 tak silap aku. Meninggal sebab diabetes. Ayah aku dapat berita dia meninggal semalam pukul 1.45am tak silap aku. Masa tu aku tengah sebuk online facebook. Serius aku terkejut. 

Kami satu keluarga gerak dari rumah lepas subuh, dalam pukul 9.00am kami sampai kat kampung. 

Orang yang paling awal aku jumpa is my uncle, suami kepada makcik aku, abang kepada ayah aku. Dari jauh aku boleh rasa aura sedih. Air muka dia memang menunjukkan dia sedih. 

Anak dia tak payah cakap le, kalau ibu aku meninggal pun aku sedih. Paling memilukan, saudara aku yang umurnya baru 11 tahun. 11 TAHUNN. Tipu lah kalau aku kata dia tak menangis. Cuma, masa aku sampai, dia orang kedua aku jumpa, muka dia biasa2 je, muka orang baru lepas menangis. Hidung merah, mata merah. 

Aku faham perasaan dia. 

Baru kehilangan ibunya. Aku nak je peluk dia tapi... entah... aku pun tak tahu apa nak buat masa tu.

Kakak2 dan abang2 dia... sama... anak first, sedang bercuti kat Langkawi, anak second, ada dekat Terengganu. Ketiga, keempat, kelima ada dekat rumah. Keenam, ada exam, terpaksa tangguhkan dulu examnya. Sepanjang aku dekat kampung ni, macam2 ragam aku nampak. Macam-macam...

Aku? Aku tak tahu... macam mana bila parents aku... nanti meninggal? Dalam kes saudara aku yang umurnya 11 tahun tu, macam mana? Siapa nak jaga dia? Ayah dia dah tua... 

Entah... sementara ni aku ada satu perkara je yang mampu aku buat, berdoa.. Agar semuanya baik2. AMINN.

2 comments:

Muhammad Aqib said...

Amin!.

nasyira said...

mudah² an cousin kau tabah hadapi semua ni..