Wednesday, June 8, 2011

How have I changed in the past 2 years?

Tak, aku tak ikut challenge tu. Tapi aku minat nak buat entry pasal tajuk nih. 


Day 2 : How have I changed in the past 2 years?


Menarik doe.


Aku tak reti sangat nak buat entry pasal ni, so aku bedal je lah eh? Jangan marahh.. ;)

First thing first, aku rasa aku dah makin tinggi.. ==' obviously doh. Rambut makin smart. :P Hensem? HAHA. ==' tak eh? Ok ok.. 

Makan?

Cakap pasal makan.. makanan.. kalau dulu aku suka order Nasi Goreng Kampung je time2 keluar pergi makan, sekarang aku suka makan Mi Bandung, dengan harapan dapat pergi bercuti ke Bandung satu hari nanti. :P 

Minuman pulak, dulu aku suka minum Milo je memanjang. Muak aku.. sekarang aku suka minum air Sirap Limau. HEHE

Hidup?

Alhamdulillah, semakin better. Bilik aku yang dahulunya tak ada pintu, sekarang ada pagar. HEHE. Privacy tak berubah, still, syukur le ada bilik pun dah cukup. Erk?

Sekolah?

Dulu aku pelajar biasa. Tipikal, klise.. bosan. Sekarang aku jadi pengawas. Berbaju biru berseluar hitam. :)

+ kini aku rasa aku dah makin rajin belajar, tak macam dulu, homework malas nak buat. Sekarang, rasa malas pulak nak kena marah dengan cikgu sebab kerja rumah tak siap.

So, setiap kerja rumah yang ada, aku buat sekadar yang mampu, ada lah jugak yang aku tak buat, sebab tak reti nak buat. MALAS. Perkataan tu sudah hilang dari kamus hidup aku. *yekerrr?*

Matang?

Aku rasa aku lebih matang dari dulu. Sekarang aku dah ada misai + janggut ( tiga helai je. chill ). HAHA. 

Cara pemikiran aku pun lebih matang. Waduhh, obviously lah kan? 

Aku rasa takde benda special yang berubah. Cuma perubahan yang paling besar dalam masa dua tahun ni ialah, aku lebih banyak cakap berbanding dulu. Dulu aku suka senyap. Kawan rapat pun sikit je. Sekarang belambak. Bersyukur aku ada diorang. ;) Ok bye

* bosannye aku punya entry ni. Bila aku baca balik, aku rasa nak giveup je jadi blogger. Humm.. ==' *


OH YE, sekarang aku dah ada blog.. ==' YEAH!!

No comments: