Friday, December 16, 2011

Aku warga 5 Arif 2011.


Hanya ALLAH swt. dan warga 5 Arif saja yang tahu pahit manis yang kami telah lalui sepanjang dua tahun bergelar pelajar sekolah dan calon SPM sesi 2011. :) Kenangan yang payah dilupakan. Selamat Menonton. 


Info - / -Aku mintak maaf sebab tak semua mukanya ada dalam video yang aku record. Ada tu ada tapi sekejap sangat dan muka tak beberapa nak nampak. Sejak azali lagi aku memang tak ade bakat untuk edit video. Harap maaf kalau ada kekurangan dan aku harap korang suka. :)

Thursday, December 15, 2011

Preview masa depan dan prihal rezeki.


وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3)


Dengar cite kawan2 aku bakal diinterview esok. PTTFF. - *Jelez* ...



Setiap hari, setiap masa, setiap detik.. setiap kali bangun pagi mesti ada satu perasaan dalam hati aku, "Oh yeah aku tak perlu bangun awal2 pagi untuk ke sekolah lagi!." Tidak lagi perlu membasuh baju sekolah ( padahal guna mesin basuh saja pun )  dan yang paling utama, tidak perlu stres pasal kerja rumah. *Lagi2 homework B.I, not finishing your homework is like one plane ticket to hell. It's like suicide mission*
Hidup bagai dunia aku yang punya, tidak lagi bergelar pelajar sekolah, freedom-lah-konon. Tapi lama kelamaan, dah mula rasa bosan. Senyum seorang diri di hadapan komputer sambil online facebook. *dah macam gila pun ada*. Bila aku baca kawan2 aku punya status atau post, rasa rindu pada mereka. Suara mereka, telatah mereka dll. :') Rindu pula rasanya.. sikit r. :P
Kononnya lepas SPM banyak benda mahu dibuat. Sebelum habis SPM aku dah mula buat kerangka plan2 yang bakal aku buat lepas SPM. Tup tup satu benda haram tak terbuat. Satu daripada faktor terbantutnya plan2 aku itu semuanya berpunca daripada isu DUIT. Ya, duit. ==' helaian kertas yang punya bau2 tangan satu juta manusia yang berlainan. Orang2 Negro pun termasuk gak.

..dan sebab itulah timbul sedikit rasa cemburu(:P) bila aku dengar kawan2 seperjuangan aku dipanggil untuk diinterview esok. Beberapa hari yang lepas aku dan geng pergi memburu kerja di Jusco dan beberapa tempat yang lain. Setakat ini Shah, Zahirah, Nazri saja yang baru dipanggil untuk diinterview esok. Sekurang2nya mereka ada peluang daripada aku duduk terperap dalam rumah renung komputer saja. Dah rasa macam Repunzel pulak. Tapi rezeki ALLAH swt. yang tentukan. So, tawakal saja. :D Harap mereka dapat. InsyaALLAH. :D 

P/S - Mesti korang rasa annoying gila bila aku suka buat post macam ni. Aku memang suka letak gambar dalam position macam tu walaupun akan menyusahkan pembaca membaca ayat yang aku tulis. Haha. Sorry. :') Style le konon.

SALAM! 
Tekan r button biru bawah ni ;)