Saturday, December 22, 2012

Diam diam diam, LARI !

Terkejar-kejar, menuju ke satu kawasan, entah ke mana tidak pasti lagi, tapi tetap mahu berlari, kerana lihat kiri dan kanan, semuanya berlari, ada yang pantas, ada yang perlahan, tapi semuanya berlari. 

Tampak mereka, bergitu serius, ada juga yang mukanya sambil  lewa saja, sangat bersahaja. 

Pakaian mereka pula, ada yang sangat kemas, ada juga yang koyak rabak, tapi, warnanya berbeza-beza.


Tapi itu bukan masalahnya, yang menjadi persoalan besar itu adalah destinasinya. Dan kenapa perlu lari? Kenapa perlu turut sertai mereka berlari? Dalam hati ; Aku tak perlu tergesa-gesa. Aku mahu dengan cara aku. Itulah yang terbaik untuk aku.. mungkin. Tapi aku ragu. Entah.


Disapa dari belakang, seorang rakan seperjuangan, terketuk hati ini yang dapat rasakan getaran. Memang tak perlu berlari, memang destinasinya tidak diketahui, tapi, bukankah itu lebih baik daripada berdiam diri?

Friday, November 23, 2012

Pada tahap yang berbeza

On a different level.. 

Dia baik, keperibadiannya tampak sempurna, berpakaian sopan bercirikan seorang yang soleh tampan bergaya dengan kopiahnya yang berwarna putih. Kemeja-T kolej bewarna ungu sering dipakainya setiap kali dia keluar bersia sekitar kolej. 


Setiap masuk waktu fardhu, dia akan ke surau kolej. Berjalan dengan tenang, agak lambat, tapi tenang. Kebiasaannya lepas selesai solat fardhu Asar, dia akan sertai majlis ta'lim. Tidak sekalipun dia nampak janggal untuk menyertai majlis-majlis ilmu di surau. Tidak sekalipun.


Masa makan, dia suka makan bersendirian, tenang katanya, memerhatikan gelagat manusia sekelilingnya, tidak terbayang apa yang dia fikirkan dalam kepalanya. Pernah dia ceritakan hal zaman kanak-kanak dia yang baginya, pedih, sayup bila mendengarnya. 


Tapi kini hidupnya berbeza, amat jelas lagi nyata dia gembira dengan kehidupannya sekarang, syukur katanya. Mungkin dia suka makan bersendirian kerana dia ingin mengingati kepedihan yang pernah dia rasa dulu supaya dia tidak alpa dengan kebahagiaan yang dia rasai sekarang. Mungkin.


Entah mengapa aku suka sangat ceritakan keperidian orang sampai aku lupa siapa diri aku. =____=''


 ..what level?


Monday, September 3, 2012

18 and Cewahhh, hensemm..

Salam, so hari ni satu daripada hari yang bermakna buat aku. Kenapa? Haa.. Hari ni actually hari kelahiran satu daripada sahabat baik aku, siapa? Woah, takkan tak tau kot!? Asraf Siddick lerr. Yes, he's now officially 18y/o.. 

Welcome to the club bro.. Haha..

Orite, tak perlu entri panjang2, haha. Happy Birthday bro! Semoga Allah panjangkan umur kau dan rezeki kau bertambah. 4flat!!! xD
SALAM

*aku tulis pakai phone, mintak ampun mintak maaf kalau ade typos.. xD*

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

Quoted !




as long as you dont give up trying... you will get the answer... hehe alhamdulillah :)



I need this as a motivation to keep me up straight on my own feet to move on with my life till death.

Haha.. I suppose this tweet is a personal motivation for himself. But I hijack whatever I want ! xD Hahaha.. But seriously, these things helps. Especially the one that your best buds came up with. x')

Oh yea, out from the water. Happy last 4 days of Ramadan !  :')

SALAM !

Friday, June 22, 2012

Hai !

Salam.
Just a short update. Aku nak tujukan entri n khas buat kawan2 aku. Acap, Shah, Naz, Aten, Zahirah, Ain, Jaafar, Abin dan lain2. 

Serius rindu korang. Hari2 aku duduk dalam kelas nanyi lagu 'Wish you were here' Hahahaha.. ok itu jk. Tapi serius rindu korang. 

Haha.. erk.. ok aku dah tak tau nak tulis apa. Emm.. kat sini nak online ade masenya. Tapi aku susah sikit nak online kat sini, sebab blok aku tak dapat range wifi. Plus wifi pun kekadang ade prob. 

Kat sini memang busy, banyak homework, assignment, tambah dengan quiz lagi. Hadoi.. haha. tapi insyaAllah aku akan try online gak. Nak jugak tahu perkembangan isu semasa korang, macam hari ni, aku discovered naz puasa*konklusi sendiri* haha.. dan baru lepas stalk gambar tweet acap, bicep dia makin besaq*based on my observation lol*. Haha. 

Orite, aku out lu.. babai..

SALAM !

Sunday, June 3, 2012

aku masih hidup.. haha


Ni update pakai phone.. Naseb baek sini ada wifi.. Tapi slow sikit.. Humm.. Apa pun.. Just nak cakap serius rindu kawan2.. Acap shah naz jaafar aten zahirah ain abin ammar dll.. x')

Life aku dekat sini baru mggu suai kenal.. Tp serius penat.. Ni pun dah mule rase mcm nak demam.. Homesick doe.. Huhu..


Esok dah mula kelas.. Harap2 semua berjalan dgn lancar.. :)


Kpd kwn2 aku semua.. Moga cita2 mu tercapai.. Ngee.. xD


Orite.. Kat sini leh online lelama.. Aku out luu.. Babai..


SALAM !



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 28, 2012

Soon

28 Mei 2012. - Tarikh aku daftar masuk Matrikulasi. Pulau Pinang.

Selamat tinggal, jumpa lagi.

SALAM !

[entri ini di-schedule-kan untuk di-publish-kan pada hari ini, entri ini ditulis pada 26 Mei 2012, kiranya macam auto post ler.. harap maklum..]

Friday, May 18, 2012

That one fine day

One fine day, I'll be on top of mount Everest.. waving with my peeps to the camera. It will capture one of our finest moment in our life. Life said it will be 'sweet' to finally achieved something BIG in life as a human being.. it will be as sweet as eating cendol in the middle of the day, struggling with the heat from the sun.. made it extra 'must' to have after all of those hard work in the office with a broken air conditioner. Just my expression really. Stepping on the highest peak of the earth will be just.. lovely. One day..


SALAM ! 

Thursday, May 10, 2012

Ketam

So tadi aku makan ketam masak gulai (kut). Setelah beberapa hari mood aku tak beberapa nak baik, walaupun tweet bebenda yang 'ceria'. Tapi dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya rasa bila dapat tahu permohonan upu dan mara tak dapat. Mara tu, memang dah jangka dah tak dapat, sebab keputusan spm aku bukannya cemerlang mana. Tapi, upu tu. UPU tu. Mengharap sangat kut. At least dapatlah diploma. Memang tak ada rezeki agaknya. Maka, bermurunglah beberapa hari. 


Lepas magrib tadi, dinner, makan ketam. Bila aku fikir balik, tak semua orang dapat makan ketam. Harga ketam bukannya murah. So, straight to the point, bila difikirkan balik, aku dapat tawaran matrikulasi tu pun dikira okey la tu. Jadi, lepas ni aku bakal jadi budak matrikulasi lah ye. Penang. Babai.


SALAM !

Sunday, April 29, 2012

Adlan the little weakling

For the pass 3 weeks ni aku rasa aku dah lost grip dengan semua minat aku untuk sambung belajar. Aku dah tak nampak future aku yang dulu aku anggap masih ada harapan untuk aku bangun balik lepas keluar result spm hari tu. Tapi sekarang serius rasa macam useless. Rasa macam aku dah tak ada tempat untuk berpijak. Tapi aku tak suka giveup. Rezeki ada dekat mana2 dan aku harap, ada bahagian untuk aku. InsyaAllah.

SALAM !

Wednesday, April 18, 2012

Icecream



A little boy went to an icecream shop and asked : How much a large cup costs ??

Waiter : Rs 15


The boy started counting how much he had in
his pocket .


...

Then he asked : How much a small cup cost ? Waiter : Rs 12
The boy asked for a small cup .. He had it , paid bill and left .

When the waiter came to pick the empty cup..
He wept to see that the boy had left Rs 3 as tip for him..

Moral : " Try to give something to everyone out of whatever little you have "


Wednesday, April 11, 2012

Terdetik saje

Pernah terdetik dalam hati aku untuk bekerja.


Pernah juga terdetik dalam hati aku mahu pergi menonton wayang seorang diri tanpa sesiapa.


'Terdetik'. Bagi aku, perkataan itu sama macam 'angan'. Kita mahukan sesuatu, tapi tidak bersungguh-sungguh untuk mahukannya. Faham? Hanya 'terdetik' saja dalam hati, tapi tak nak sangat pun sebenarnya. Haa.


..tapi, bila aku cakap, Pernah juga terdetik dalam hati ni nak masuk bidang kejuruteraan. 'Terdetik' aku maksudkan sama macam lahar yang mencurah keluar dari gunung berapi, bersemangat, berani, yakin dan optimis. Tak kira mana arahnya ia pergi, yang pasti tetap mahu keluar dari perut bumi. Macam itulah aku rasa setiap kali aku terfikir untuk masuk bidang kejuruteraan. Bidang yang sangat aku kagum dan minati. 


Memang, tapi.. err.. aku tak tahu macam mana nak terangkan, tapi sekarang, 'kejuruteraan' dengan 'psikologi' dah jadi macam dua lelaki mabuk yang sedang bergaduh dalam kepala aku. Kedua-dua bidangnya aku minat, dua-dua sama hebat. 


Bagi aku, nak pilih satu antara dua bidang ni sama macam nak pilih seorang isteri, antara Neelofa dengan Fasha Sanda. Dua-dua boleh tahan cantik, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Haha. Gatal jugak aku ni. xD


Apa pun, sekarang aku 'macam' nampak 'future' aku lebih kepada psikologi. Nak jadi kaunselor. Aku suka dengar masalah orang, tapi tak reti nak tolong. Haha. xD Kbai


SALAM !

Thursday, April 5, 2012

Geleng geleng kapal terbang

Assalamualaikum ! 


Nak tulis sikit je, lek je eh. 


Esok ! InsyaAllah, pukul 5.30pm esok bakal berangkat ke KTM Sg Buloh, menuju ke KL Sentral, terus ke KLIA, penerbangan malam ke Langkawi. Agak teruja sebab sebelum ni tak pernah naik kapal terbang macam abg AsrafMandeleev kita yang sudah dua kali naik kapal terbang, ke Jakarta(Indonesia), haha. xD Aku pergi Langkawi je. xP


Apa pun, kiranya pergi ke Langkawi ni atas urusan keluarga, tapi ada sikit unsur 'bercuti-cuti Malaysia'. Hehe. InsyaAllah hari Ahad kembali ke Sg Buloh, weehoo. Okeh, terima kasih !


SALAM !

Sunday, April 1, 2012

Menanti zaman ketiga, zaman universiti (?)

Aku rindu belajar. ..officially dalam bilik darjah lengkap dengan guru, meja, kerusi dan papan putih/hitam. Memang sayup hati bila teringat zaman sekolah walaupun baru beberapa bulan je pun grad dari sekolah. Haha. :P


Sekarang sedang menanti surat tawaran sambung belajar di universiti. Woot ! ..dan masuk nanti tak boleh lagi main2 macam zaman sekolah. Haha. 

Apa pun, lepas ni, all out !




SALAM !

Friday, March 30, 2012

Bengap tahap dewa

So, malam-malam buta macam ni aku bajet cool, baca 'buku' Catching Fire, tak sampai dua page, aku give up, muhahaha. Bukan tak best, tapi nafsu nak online membuak-buak dengan hangatnya. Haha.

Jadi, tadi aku bukak blog aku, bajet ramai sangatlah yang open dan actually baca isi kandungannya, dan aku bersyukur tak ramai yang baca atau perasan kesialsilapan penggunaan kata yang aku guna dalam previous entri aku. 


Kalau korang noob BM, takpa, kau boleh geng dengan aku, tapi kalau borang bajet A. Samad Said, ==' dude campaklah aku kembali ke darjah satu bro ~

Perkataan dramatik tu sebenarnya aku nak tulis, drastik, dramatik pun boleh, cuma, aku tak rasa agak tidak sesuai guna expression itu dalam ayat macam itu. Faham itu? lol. Aku nak kaitkan perubahan terhadap sesuatu, jadi, apakah kaitannya perubahan dengan dramatik? Cer tolong aku explain. Aku bengap BM ni. 

Akhir kata, ye, memang aku tengah bosan, dan sepatutnya bila kita bosan kita tak sepatutnya menulis entri yang bosan dan post entri yang bosan itu dalam blog yang bosan ini. Ok terima kasih sebab layan aku. You may go now. 

SALAM !

Monday, March 19, 2012

Dua tiga patah perkataan sebelum 21 March

Assalamualaikum.


Apa khabar semua? Harap2 sihat. Tak, saya bukan baru balik dari PLKN. Lama tak update blog yang usang ni sebabnya busy sikit dengan hal duniawi. Hehe. 


Alhamdulillah, 15 March 2012 lepas, saya lulus test JPJ, insyaAllah minggu depan dapat lesen P. :) Gembira sebab tak perlu keluarkan banyak duit lagi untuk repeat test. Hehe.


..dan seperti mana remaja2 lain yang menjadi calon SPM 2011, berdebar hati tak sabar tunggu keputusan nak keluar minggu depan. InsyaAllah, everything is going to be okay. Allah dah aturkan molek2 untuk kita. InsyaAllah. Doakan untuk kami yang telah penat berjuang. Moga2 resultnya berbaloi. :)


Tapi yang penting kita buat semua ni hanya untuk menuju jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah. :) 


Banyak2kan doa. 


SALAM !

Tuesday, February 28, 2012

Donat sana sini








Gambar 1st - Serius donut tu sedap ! Sebab tu aku tangkap gambar packagingnya banyak2. :D

Gambar 4th - Cousin aku yang paling muda, aku second paling muda. Hehe. Oh ya, dia pun suka donut tu.

Explaination - Pagi hari Ahad lepas, ada cousin ayah aku buat kenduri, anak dia kahwin. Makcik pakcik saudara mara aku pun datang :D Sebelum balik, abang sulong kepada ayah aku, ada sedekahkan buku2 milik dia kepada masjid di kampung kami sekeluarga. Malim Nawar. Serius banyak. Dia memang minat membaca, lepas habis baca, dia simpan. Makin lama, makin banyak buku dia. Haha. Serius aku kagum dengan dia.

Gambar 6th - Banyak KAN? Rumah dia dekat Shah Alam, jauh dari kampung, jadi dia wakilkan adik dia, pakcik aku, untuk sedekahkan buku2 dia ni, since rumah adik dia dekat dengan kampung.

7th - Kami ambil peluang. Hehe. Pakcik aku yang sedekahkan buku2 ni cakap, kalau nak, ambillah. Jadi.. hehe. Alhamdulillah. Rezeki. :D

8th - Semua buku, kecuali Gen-Q, dengan buku warna kuning tu, aku pinjam. Nampak sikit kan? Haha. Ayah aku dengan mak aku pinjam lagi banyak ! Kakak aku pun. Bila dapat masa free nanti insyaAllah aku baca ! xD

Oh ye, Sabtu lepas, aku hadirkan diri dekat sekolah, Hari Anugerah kecemerlangan pelajar PMR tahun 2011. Well, kawan@adikangkat aku, Ariff, suruh aku datang dan aku pun datang. ..dan inilah hasilnya. Zzz kualiti video kureng. Mohon maap. xP


..dah itu je ~

SALAM !

Friday, February 24, 2012

Naz punya pasal


NAZRI PUNYA PASAL. Memang dari dulu aku minat dengan handphone, dan aku ingat aku seorang je dari kalangan classmate aku yang minat gilaa phone. Sebab masa tu aku ingat semua budak kelas A ni, study je memanjang. Haha.

Bila dah kenal Nazri, Shah dan lain2, semua mindset aku berubah, lebih matang la. Haha. Sejak tu, barulah aku sedar, ilmu IT aku selama ni ciput je, banding dengan classmate aku yang lain. Huu.. ( masa tu tingkatan 2-3 )

Quick specs

144 grams
5.1 ounces
128.0 x 64.0 x 10.6 mm
5.0 x 2.5 x 0.4 inches
Talk time (up to) 8 hours 30 minutes [1]
Standby time (up to) 420 hours [1]
Music listening time: 25 hours [1]

Available colours



4.3 inch scratch-resistant TFT touchscreen
16 million colours, 1280 x 720 pixels
Google Android 2.3 (Gingerbread)
(Upgrade to Android 4, Ice Cream Sandwich, planned in Quarter 2 2012)
1.5 GHz Qualcomm Dual Core processor
12.1 megapixel camera with auto focus
16x digital zoom, LED flash

Dan sekarang, aku gila batak dengan handphone ni. Haha. ..dan insyaAllah, aku takkan miliki phone ni. xD Unless ada orang nak belikan la.. Hehe.

Thursday, February 23, 2012

Scene Two, Akhdan.

It was dark indeed, I didn't see him clearly, but the radiance from his face, just wows my eye. It's official, my eyeball was captured by the sparks from his face, and I just couldn't stop looking at his face. Then, I remembered a surah shared by a friend of mine, Akhdan, he's one of the preacher in a school where I work, he once wrote something on a piece of paper, and left it on my desk. I knew it was from him, who else could it be. 


QS. Ali lmraan (3) : 106 - 107, 

I was puzzled at first, but then at home, I opened the Holy Qu'ran, began to search for the surah, and I found this ;



On the Day [some] faces will turn white and [some] faces will turn black. As for those whose faces turn black, [to them it will be said], "Did you disbelieve after your belief? Then taste the punishment for what you used to reject."


..I looked down, with sense of deep shame upon myself. I mean; I've been taught to perform solat since I was 5 years old, by my dad, who loves me more than himself. I've never missed solat for my entire life. But when I was 13, he died when he was in his way to the surau for Fajr prayer. A drunker stabbed him to death, stole his bike and left him dead. And for some sort of rebellious towards Allah SWT, I stopped performing solat and everything what had been taught to me. After that, I studied hard, excel In exams, graduated from the university, and finally got a good job; A counselor at a prestigious school somewhere in the Kuala Lumpur area. 


But clearly, I regretted all of my wrong doings toward Allah SWT, I've been so far from Allah SWT, and yet, I didn't even try to help myself to find Him. As it was meant to be, tears starts to dropping, I was so scared. Naively, I asked myself, which one of those two men is me? Though I knew, but I tried so hard to deny it. If my dad were still alive, he would be very disappointed with me. 


- Silence with disgrace - To be continued. Hehe.

Tuesday, February 21, 2012

Scene One, Not yet morning.

I don't just want to live, but I want to live it right !


But sometimes things got in my way, well maybe I just need to fight back, clearing the pathway is a very hard work, but it is worth it.


I saw a guy, walking slowly like a snail lost in woods, and as if he has all the time in the world that he could use, and not worrying about death that has been waiting for him ever since he's alive; he could careless about time, and that is how I interpreted his slow-mo action. It was far too early for the birds to wake up in the morning, and it is because of the nocturnal scenes were too blurry for me to realize that guy was actually running, rushing his way to the surau, but the look in his face, that 'glowing' face of his, a smile carved perfectly.


- Silence with disgrace - OTZ to be continued. Hehe. 

Thursday, February 16, 2012

Santapan Apa?

LINK

Kenapa dengan Santapan Minda?
Sebab Tweetsnya berunsurkan nasihat dan ilmu. Banyak lagi user yang suka tweet quotes atau nasihat-nasihat, tapi Santapan Minda antara favorite aku. Hehe.

Nasihat chill - Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Nasihat 'wakeupcall' - Kebodohan dan kesusahan adalah salah satu penggerak untuk kita bersungguh-sungguh untuk melakukan yang lebih baik.

Nasihat muhasabah diri - Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain.

Nasihat alim - Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada agama.

Nasihat Romantik - Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah. 

Siapa tak kenal aku, suka update blog dengan kata-kata berunsur nasihat. :P 

Siapa ada twitter, followlah Santapan Minda, tak rugi. 

Manfaat ! Berfaedah ! Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. 

Siapa yang tak faham Bahasa Melayu boleh guna google teranselet. Ngee.

Selesai update :) Tidur !

SALAM !

Saturday, February 11, 2012

Pada Suatu Hari #Lepak






Tadi aku 'melawat' sekolah, ada event berlangsung. Grammy Award tak silap aku. Pertandingan nyanyi dalam bahasa inggeris, aku datang dalam pukul 11.30am. Adalah dalam 5 lagu aku dengar lepas tu chow. Haha. Shah dengan Naz yang invite aku.

Lepas tu makan tengahhari dekat The Store, dengan minum coolblog. Catchup dengan life masing2. Bros stuff.. haha.

Lepas makan, kitorang jalan2 satu The Store, jalan2 sambil bersembang. Terjumpa exclassmate, tengah bekerja. Medah dan Anisah. Syoklah jugak dapat jumpa kawan2. Huu.

Dah penat jalan2 satu ts, Shah pergi CC, aku dengan Naz balik sekolah, terjumpa Sir Shariman. Tak sembang banyak, lepas tu Naz pun balik naik motor dia.

Otw balik rumah tadi aku teringat kat Asraf aka Acap. Lama betul dia holiday. Haha. Bila kau nak balik ? ! Sekarang ni aku rasa sunyi je hidup. Macam hidup tanpa pedoman.

Hari ni memang best... dan sekarang aku dah penat, nak rehat !

p/s : semua gambar kat atas tu aku yang tangkap hari ni, guna phone, sebab tu kualitinya kureng.. sempat gak rakam beberapa minit masa Grammy Award tadi.

Enthusiasm out of grief

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. - Ibnu Qayyum


Thursday, 22 March 2012 - The day which many tears of (hopefully) joyful or griefs will fall, prayed for the best and the best we all shall get. InsyaAllah.. :)


* I don't really have a solid meaning bout the title, it just seems okay to me.. Ngee ~ *


SALAM !

Wednesday, February 8, 2012

Terus hidup dan ...

Heads up people, yo, whatsuppp. I'm back ! After almost a week struggling with fever, alhamdulillah, it has finally stops and my body couldn't be more healthier. Woot !


Apa pun, kebelakangan ni otak aku penuh dengan ke-muram-an je. Fikir pasal upu, matrikulasi. Tapi lepak la en? Rezeki ada kat mana2 je. Cuma kena pandai cari.


A couple of days have passed with griefs with the thought that I have a blurry future ahead of me. Most of them is parts about SPM results, UPU application and Matriculation application results. Hey, that's a lot of results coming and I need to be prepared. Though they're not coming at once but they sure had giving me a scary gulp in the throat. Seriously !


Dua perbezaan antara pelajar-cemerlang dengan pelajar-kurang-cemerlang ialah bila tiba masa cenggini pelajar-cemerlang akan rasa kurang tertekan memikirkan tentang masa depan mereka berbanding dengan pelajar-kurang-cemerlang. Setiap hari mendoakan yang terbaik untuk masa depan mereka sebagai seorang pelajar untuk mendapat keputusan SPM yang cemerlang supaya mereka mendapat 'tempat' di IPT yang mereka idamkan. EH? Well, at least they have that feeling of 'my future is secured'.. kut. I might be wrong but.. entah..


Baru 8 Feb, lek lu ! Haha.


SALAM !

Sunday, January 29, 2012

Lepas ni apa? - Updated

Malam-malam macam ni la pulak aku tidur lambat. Haha. Ok, baru je jap tadi aku pergi usha entri-entri lama aku. Haha. Kelakar betullah aku ni. Siot je ayat-ayat aku. Maka terjumpalah satu entri aku masa 2010. Nak tertitis air mata bila baca. Rindu gilaa kut. Ok actually ni list future aku. So far so good, right on track. Haha. Nak cross out mana yang dah tercapai. Wehoo.. xP

Lepas ni apa? 

Baru je tadi, aku layan blog-blog awesome cengkawan aku. And aku terjumpa post kawan aku sorang ni, Catchy title nye, Masa Depan, haha, banyak persoalan tertimbul. 
SPM? Lepas SPM? University? Lepas University? Kahwin? OMG. Migraine aku. Wow, dari dulu aku semangat nak masuk universiti eh. Haha.

Perhh, lepas je baca post dia aku terus inspired, ye lah, semua orang pun ada masa depan kan? Ok. So, apa plan aku? Planning je reti, tapi xfollow pun. BAGUS SANGAT! Haha.


My plans. > ORANGED UPDATED

Masuk je tahun baru ni, dah mula sekolah, belajar lah elok-elok, hopefully, senang lah semua topics form 5 ni. Haha. Tak serajin yang aku plan. Tapi alhamdulillah.. ada jugak peningkatan. :)

SPM? 
Ala, buat je lah. Dah tamat dahh..

Lepas SPM? PLKN? 
Form 5 nanti aku pastikan aku aktif kokurikulum so then aku takkan terpilih although sounds great and awesome but i have my own plans. Haha. Dulu aku xnak masuk PLKN, tapi bila fikir balik, rasa macam nak la pulak. Haha.

Nak kerja sambilan? 
InsyaAllah. InsyaAllah bulan 3 nanti aku cari kerja. Sebab time tu insyaAllah JPJ dah luluskan lesen aku. Wehoo.

And masa dapat keputusan SPM? 
Well, aku takkan bersedih atau menyesal apa-apa sebab aku buat apa pun keputusan dah dapat. heh. And hopefully semua A- ke atas. Amin. CUAK KOT. :\

Lepas dapat result? 
Haha, cara pemilihan IPTA/IPTS aku sama je macam pelajar lain, mesti nak yang bagus-bagus je. haha. Ikut rezeki je lah. Aku plan nak masuk UM/UKM/UNISEL. Haha, semua ranking tinggi je eh. haha. Ouh yea, aku tak berhasrat nak masuk Universiti kat luar negar macam Harvard, Oxford, atau Stanford, etc, kerna aku berangan-angan ni ada limits, lol. haha, kata je lah tak layak en. lolol Dulu aku target high je, haha. Sekarang ni pun target high gak, IIUM, course apa? Jengjengjeng.. HUMANSCIENCE, yup, dah tukar minat. Nak jadi kaunselor. :D


Fakulti/bidang apa? 
Well, mesti lah Engineering. Minat tu dah dipendam buat pekasam. :\ 
Nak jadi Doktor?, takut darah. Harapanlah aku nak ambil medic. Haha.. sure xlayak. :\
Nak jadi cikgu, Semua keturunan aku, banyak dah cikgu. -____- Mak aku ckp jgn jadi cikgu. Up sikit !
Nak jadi ahli saintis? Peluang pekerjaan susah kata kebanyakkan orang. (aku nak sangat jadi saintis) Harapann~

Boleh dikatakan, kebanyakkan pilihan cita-cita aku ditolak atau diperlekehkan dan kurang mendapat sokongan moral. Hampeh. Kesiannya aku. Haha.

So ending nya? 
Kahwin dengan siapa? Hanya Allah yang mengetahui. jeng jeng jeng. Err.. aku tak ingat aku tulis ni. -___-


Dan setiap hari aku akan memperbaharui(betul ke aku eja ni?) plans aku for a better future. :D Yup, dah settle. Haha.


Ok lah. Plan aku ni bosan jugak kan? Pe je lah. Wassalam. :) and thank you for reading. :) Ye ye, terima kasihhh~

Saturday, January 28, 2012

Ready to get bored? UPU-related

Salam 'alaik.


Straight to the point. Sejak dari tahun lepas aku dah berangan nak masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM. Course HumanScience. Bercita-cita nak jadi kaunselor! Semenjak dari tahun lepas la aku dah usha2 pasal course yang aku minat sangat tu. 


Mulanya aku pergi program 'JOM MASUK U'. Tapi sebelum tu aku mengidam nak ambil course engineering. -____- bila terfikir pasal result2 ujian peperiksaan aku terus tak jadi. Jadi berjalan2lah sampai terjumpa booth IIUM. Teruja tengok pamphlet yang mereka bagi. Sementara lepak2 dengan kawan, aku baca pamphlet IIUM for Foundation. Ternampak la pulak course humanscience, core subject banyak, salah satunya psychology. Terus jatuh cinta! Sejak hari tu, hati setiap hari doa agar rezeki aku ada untuk course humanscience. 



Bila dah tamat SPM, apa lagi, researchlah deeply about that course. Sebelum SPM pun banyak jugak buat research. Nak faham lebih pasal course tu. Usha punya usha, terbaca dalam laman UPU, Asasi Sains Kemanusiaan - Sastera. Maksudnya course humanscience is for student sastera.. and I was like, WHAT? 

Entah aku baca tu betul atau tidak, tapi bila aku baca pamphlet IIUM yang aku dapat dulu tertulis Sains/Sastera. So, aku pun macam, ok je la. Tapi hati ragu2. Wallahu a'lam. 

Panjang cerita, mesti korang pening aku cerita putar belit, tibalah aku di sini, rasa hiba.. air mata pun rasanya macam nak keluar, tapi tak terkeluar la pulak. Cover macho kut. Ish3.

Nasib baik ada abang2 dan kakak2 humanscience batch 2011 ada blog.. haha. Aku stalk their life. Motif aku nak tahu mereka2 ni dulu ambil SPM di sekolah jenis apa.

Rasa nak nangis bila aku dapat tahu most of them datang dari SMA. AKU SMK. Mostly tu macam.. 9 out of 10 stundent. Harapan aku nak dapat macam tipis je. Sedih~

Plus mereka yang dapat tawaran course humanscience ni result SPM mereka mantop. Ada seorang abang ni dapat 7A1B+1B1E dan I was like.. arghhhhh.. tapi bila fikir balik, subject aku dan subject dia lain, so.. but who cares, banyak A kut dia dapat!

So sejak aku tahu semua ni (baru je tadi) aku pun redha je la apa aku dapat nanti. Borang UPU dah isi. Alhamdulillah. Bakal di-edit lepas dapat result SPM insyaAllah. So in the meantime, aku malas nak kecoh2 pasal UPU lagi. Nak fokus on life. I WANT IT SO BADDDD. Haha. Oklah, aku rasa korang dah bosan baca blog aku asyik tulis pasal UPU-related saje. Haha. Kesian~

SALAM !

Monday, January 23, 2012

Balang fikiran yang ada lobang.

Letakkan diri kau dalam satu balang kaca, bayangkan dalam balang kaca itu ada ramai orang datang dalam macam2 sifat. Buruk, baik, sial, unik, dan.. berhemah? Siapa diri kau dan berapakah nilai diri kau jika ada orang yang tanya? Siapa pun diri kau, kau hanya seorang manusia yang tak mungkin dapat mengubah cara seseorang berpakaian, berfikir, dan... memandu? Kau hanya manusia yang lemah, tapi kau boleh jadi kuat, hanya perlu kuatkan iman kau dulu.


Dua tiga hari ni, aku dan hanya aku bersendirian dalam kotak fikiran aku, memikirkan tentang masa depan aku yang barangkali gelap dan sunyi. Hanya aku dan aku bersendirian duduk di atas bangku yang dibasahi dengan air mata aku yang mencurah setiap kali aku fikirkan 'future' aku yang entah macam mana. Susah rasanya nak cakap, jadi aku tulis saja. Hehe. 


SKIP TO HERE. --> Sejak hari tu, aku hanya fikirkan pasal upu, banyak soalan aku tanya keluarga aku pasal upu, tapi diorang macam tak kesah sangat semua ni. Macam, diorang tahu yang aku tak mungkin dapat apa aku nak, setiap hari aku cakap2 benda2 yang boleh yakinkan diorang yang aku akan dapat tawaran pengajian yang aku nakkan tu. Tapi, aku ni macam tipu diri sendiri.


Aku punyalah semangat cerita kat diorang pasal cita-cita tinggi aku tu.. tapi diorang tak bagi moral support pun. Diorang macam nak bagitahu aku ni bercita-cita, tinggi sangat ;


"Ukur kasut pada kaki sendiri. Jangan mengharap sangat yang kau akan dapat benda yang kau nak. Cuba tengok pencapaian kau sepanjang kau belajar kat sekolah.. dan sekarang cuba kau fikir, kau layak ke nak bercita-cita setinggi yang kau impikan? Lebih baik kau berhenti mengharap, sebelum jiwa kau terluka bila kau tak dapat apa yang kau nak. Bukan nak cakap kau tak mungkin dapat apa kau nak, cuma, sekarang ni kau kena fikir logik. Kalau kau dapat pun, kau mungkin akan berhenti separuh jalan, mungkin tak sampai separuh jalan pun kau akan give up. Sebab apa? Sebab sekarang ni pun kau dah tak yakin kau boleh dapat apa yang kau nak bila aku cakap macam ni." 
- Apa aku rasa orang akan cakap bila aku bukak isu upu depan sesetengah orang. 


Apa pun, borang upu sudah diisi, sekarang kita tunggu keputusan SPM, doa dan tawakal. InsyaAllah semuanya baik saja. KUT.


Mungkin korang boleh cakap, 
"Jangan fikir sangat, semuanya ok je nanti."
"Jangan streskan diri kau dengan semua ni, kau boleh dapat punya."
"Kau kena percaya kau boleh dapat apa kau nak kalau kau usaha keras."


Terima kasih, aku hargai semua tu. Tapi aku tak perlu ayat macam tu sekarang, aku perlukan doa dan berkat. :)


SALAM !

Monday, January 16, 2012

Otak Hilang Pedoman.



It has been a while since the brain actually working to the max. Done a lot of thinking but never, purely, thought the stuff that worth to be thought of. Failed!


Never and believe me never underestimate the pure love of Allah swt. the mighty. Because He has create the most beautiful 'thing' that I bet most of the people(brainless) would kill to have one. BRAIN. Be thankful people !


It has been a very tough week and even now I am having trouble to write this entry whole-y in English. ( just to strengthen my English Language. )


Most of my problems I encountered during the Sun absence(I'm nocturnal, dontcyaknow?). The light from the laptop's screen brighten my night while the laptop(with internet connection) serves me with pure goody information on UPU. 


I just don't get it. ==' WHY? Why am I so excited about this? The SPM result aren't going to be announced any sooner. This is so stupid. Why am I wasting my time with this such thing? 


Ahh, but wait, gathering information about something you curios about isn't labeled as wasting-you-time right? It is beneficial and it is not running against any law(as far as my concern). So, wehoo. :P 


But then again, what is there to be stressed out about the UPU? :o I have chosen the course that I really wanted, believe it or not. But I'm also need to make sure that is what I really want. So yea, research ! Haha.


Be Blessed People ! ..and do please tell me if there's any grammatical error or even information error within this humble entry of mine. Do(n't) comment. Appreciate it.. ;)

Note ; UPU stands for Unit Pusat University. :P 



SALAM !

Thursday, January 5, 2012

BILA OTAK MAIN PERANAN.





Aku selalu pergi dapur, dalam satu hari, hampir 10 kali atau lebih aku keluar masuk dapur. Entah kenapa aku pun tak pasti. Ada satu kali ni aku pergi dapur nak ambil segelas air untuk diri sendiri yang kehausan.. bila aku dah kat dapur, aku lupa apa yang aku nak buat. BLANK. Inilah jadinya bila otak hilang tumpuan.. Zzz.


Bila aku fikir balik, dulu aku pergi sekolah, aku dah buang banyak masa kat dalam bilik darjah. Tujuan utama aku untuk ke sekolah adalah untuk belajar, menimba ilmu.. kononnya nak jadi pelajar contoh kepada generasi akan datang ~ 


Tapi hakikatnya zaman sekolah dulu aku kerap termenung keluar tingkap sesedang cikgu mengajar. Lagi2 waktu subjek matematik tambahan. Subjek yang memerlukan mata dan otak bekerja keras untuk menghantar maklumat ke spinal cord untuk diproses. 


Arghhh.. buduhnya... ==' boleh pula masa tu terhilang fokus. Sekarang, nak menyesal pun dah tak guna, SPM dah selesai, tunggu result je. Itu pun entah baik entah tidak. Wallahu a'lam. Harap2 baiklah. :')


Dalam dunia ni, ada satu benda yang kita tak boleh recycle, 'masa', bila dah guna, tak boleh nak pakai balik. Tapi, semua aktiviti yang kita lakukan sepanjang masa tu, kita boleh guna pakai untuk masa yang akan datang. 


Kiranya macam sahamlah. Kita manfaatkan masa yang diberi, supaya kita boleh bersenang di masa akan datang. ;)


Tuesday, January 3, 2012

Hukum Memelihara Burung dan Ikan Sebagai Hiasan

TANYA:
Apakah diperbolehkan menangkap burung serta memasukkannya ke dalam sangkar, kemudian disimpan di dalam rumah sebagai hiasan seperti burung kakatua dan jenis burung lainnya, atau burung bulbul untuk mendengarkan kicauannya, atau memelihara ikan dalam aquarium?

JAWAB:
Hal tersebut tidak berdosa, jika anda tidak berbuat zhalim, dan hendaklah anda memperlakukannya dengan baik dalam hal memberi makanan dan minumannya. Baik binatang peliharaan tersebut berupa burung kakatua, burung dara, ayam atau binatang peliharaan lainnya dengan syarat harus diperlakukan dengan baik dan tidak menzhaliminya, baik binatang peliharaan itu dipelihara di dalam kolam, sangkar atau aquarium seperti ikan misalnya. Sesungguhnya Allah Maha Pelindung lagi Maha Penolong.

(SUMBER: Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Fatawa Islamiyah, 4/448-449. BACA: FATWA-FATWA TERKINI, PENERBIT DARUL HAQ, TELP-021-4701616)

Aquascaping? Apa tuh?



Kalau korang tak kagum aku tak tahulah. SubhanAllah.. cantik ! Kagum sungguh. Teringin aku nak tengok Ikan Gapi aku berenang2 dalam suasana macam ni. Sejuk je mata memandang. Fuhh. 
Aquascaping atau iwagumi, entah aku tak tau sangat. Kira macam buat taman tapi dalam air. Akuarium. Hehe. Beberapa minggu yang lepas aku outing dengan kawan2 aku g Jusco Kepong. Dekat dengan restroom/toilet ada akuarium ni guna konsep aquascaping ni. Sumpah kagum.
Bila dah usha mulalah minat. Aku dah bela Ikan Gapi, aku tahu ikan2 tu semua dah bosan duk dalam akuarium kosong je. Haha.Tuan yang memahami ~ Aku cadang nak belajar buat aquascaping. Amatur dulu. Alang2 tengah tunggu result spm ni baik aku belajar. Hehe. 
Selalunya dalam akuarium yang guna konsep aquascaping ni mereka letak ikan2 atau hidupan air yang kecik2 dan comel2. Ikan Gapi dan udang mini memang sesuai. Great combination. :D Bila aquascaped aku dah siap nanti aku post. Tapi entah jadi entah tidak. Haha. 
SALAM !

Ikan Gapi Pun Boleh. 2


YA ALLAH. Cantinya.... ikan tu xD


Satu daripada misi 2012 aku, nak cari akuarium macam ni. Sumpah smart. Harge pun mesti smart. Haha. InsyaAllah, nanti aku ada duit aku nak beli. Haha.


Lepas dapat result SPM nanti aku plan nak bodek parents aku, nak cari kerja, then teruskan misi pencarian Rare Guppies. Hehe. First thing first, aku kena beli filter baru untuk akuarium Ikan Gapi dan Ikan Laga aku. DUIT ~ Takpelah, minat punya pasal. Haha. 


SALAM !

Ikan Laga dan Ikan Gapi. Dua-dua pun boleh.

Ikan Laga. ~ Ikan Gapi kat bawah.

Ikan Laga, ada orang panggil Ikan Pelakat, ada gak orang panggil Ikan Pelaga. Kenkadang aku tersasul, aku cakap ni Ikan Gapi. Sebab kat rumah aku bela Ikan Gapi, Ikan Laga, dll. Haha. Buat malu je. xP


Maaf gambar tak jelas sangat. Yang ni fav aku. Ikan Laga type Matahari bak kata orang Kelantan. Sebab aku beli kat Kelantan. Haha. Jauh beli, tapi memang berbaloilah. Seekor Rm4. Biasanya sesetengah tempat jual Ikan Laga type yang macam ni Rm5 ++


Err.. aku ada 10 ekor Ikan Laga. Tapi aku punya seekor je. Yang type Matahari tu. yang lain semua my father punya. Hehe. Dia tak minat sangat pun, cuma dia suruh aku bela dan ternak banyak2. Buat duitlah konon. Type yang aku ada Halfmoon atau Fullmoon atau SuperDelta, dan Crowntail. Aku tak maher sangat dalam bab2 type ikan ni. Asalkan nampak cantik sudahlah. xP 


Ada seekor Ikan Laga aku ni sakit. Orang kata kalau nak pulihkan balik, letak daun ketapang. Apa tu? Google sendiri. Hehe. 


Ikan Gapi. ~ Sekarang ni Ikan Gapi aku memang dah banyak, dalam 50 ekor, eh..sikit je kut. Tapi aku tak kagum sangatlah. Sebab semuanya jenis common, ada 2 ekor je yang rare. 


Takde bende yang nak dibanggekan. Tapi aku sayang gila kut. Nak bagi orang pun aku fikir banyak kali. Sebab tak semua orang serius dalam pemeliharaan ikan ni. 


Ikan Gapi ni nak biak senang je, nak jaga tu pun senang. Tapi tak boleh ambil mudah ! Senang hidup, senanglah jugak mati. Salah sikit je pun bakal membawa padah. Ni based on kisah kawan aku. Kesian dia. KESIAN ~ Haha. Ayat macam apa je kan? xP


Share sikit :- Untuk starter atau newbie yang minat nak bela. Noob xP Steps ni based on pengalaman aku. Lain orang lain cara. Suka hati koranglah nak ikut atau tidak. :)


1 - Sediakan akuarium yang sesuai saiznya. Kalau nak letak dalam bekas pun boleh.


2 - Isikan air, tak terlalu banyak. Jangan full sangat sudahlah. 3/4 bekas atau akuarium sudah cukup


3 - PENTING. Kalau guna air paip, WAJIB letak antiklorin atau garam khas. Semua ni boleh didapati di kedai akuarium/ikan. Kalau guna air hujan. Err.. tak pernah cuba. Trylah sendiri. Lepas tu share kat sini. Haha. 


4 - Lepas tu baru beli Ikan Gapi. Suka hatilah nak beli berapa banyak. Aku cadangkan dalam 10 ekor. Untuk starter. 


5 - Biasanya nanti amoy kedai akuarium tu masukkan ikan2 tu dalam begplastik. Sebelum masukkan ikan2 tu dalam akuarium, kita buat thermal equilibrium dulu. HAA? Apa tu? Haha. Step ni untuk pastikan suhu air dalam begplastik yang ada ikan2 tu dengan suhu air dalam akuarium yang disediakan tadi sama. Sebab Ikan Gapi ni sensitif sikit. Culture shock! Haha. 


6 - Lepas beberapa minit(aku cadangkan tunggu 15 minit), masukkan ikan2 dalam akuarium tu tadi. Senangkan? :D


Aku harap benda yang aku share ni dapatlah tolong korang sikit. Tips ni entah betul entah tidak. Tapi inilah yang aku amalkan, dan alhamdulillah sampai sekarang ikan aku sihat2 belake. Haha.


Apa2 hal komen je kat bawah, insyaAllah aku tolong. :)


SALAM !