Sunday, January 29, 2012

Lepas ni apa? - Updated

Malam-malam macam ni la pulak aku tidur lambat. Haha. Ok, baru je jap tadi aku pergi usha entri-entri lama aku. Haha. Kelakar betullah aku ni. Siot je ayat-ayat aku. Maka terjumpalah satu entri aku masa 2010. Nak tertitis air mata bila baca. Rindu gilaa kut. Ok actually ni list future aku. So far so good, right on track. Haha. Nak cross out mana yang dah tercapai. Wehoo.. xP

Lepas ni apa? 

Baru je tadi, aku layan blog-blog awesome cengkawan aku. And aku terjumpa post kawan aku sorang ni, Catchy title nye, Masa Depan, haha, banyak persoalan tertimbul. 
SPM? Lepas SPM? University? Lepas University? Kahwin? OMG. Migraine aku. Wow, dari dulu aku semangat nak masuk universiti eh. Haha.

Perhh, lepas je baca post dia aku terus inspired, ye lah, semua orang pun ada masa depan kan? Ok. So, apa plan aku? Planning je reti, tapi xfollow pun. BAGUS SANGAT! Haha.


My plans. > ORANGED UPDATED

Masuk je tahun baru ni, dah mula sekolah, belajar lah elok-elok, hopefully, senang lah semua topics form 5 ni. Haha. Tak serajin yang aku plan. Tapi alhamdulillah.. ada jugak peningkatan. :)

SPM? 
Ala, buat je lah. Dah tamat dahh..

Lepas SPM? PLKN? 
Form 5 nanti aku pastikan aku aktif kokurikulum so then aku takkan terpilih although sounds great and awesome but i have my own plans. Haha. Dulu aku xnak masuk PLKN, tapi bila fikir balik, rasa macam nak la pulak. Haha.

Nak kerja sambilan? 
InsyaAllah. InsyaAllah bulan 3 nanti aku cari kerja. Sebab time tu insyaAllah JPJ dah luluskan lesen aku. Wehoo.

And masa dapat keputusan SPM? 
Well, aku takkan bersedih atau menyesal apa-apa sebab aku buat apa pun keputusan dah dapat. heh. And hopefully semua A- ke atas. Amin. CUAK KOT. :\

Lepas dapat result? 
Haha, cara pemilihan IPTA/IPTS aku sama je macam pelajar lain, mesti nak yang bagus-bagus je. haha. Ikut rezeki je lah. Aku plan nak masuk UM/UKM/UNISEL. Haha, semua ranking tinggi je eh. haha. Ouh yea, aku tak berhasrat nak masuk Universiti kat luar negar macam Harvard, Oxford, atau Stanford, etc, kerna aku berangan-angan ni ada limits, lol. haha, kata je lah tak layak en. lolol Dulu aku target high je, haha. Sekarang ni pun target high gak, IIUM, course apa? Jengjengjeng.. HUMANSCIENCE, yup, dah tukar minat. Nak jadi kaunselor. :D


Fakulti/bidang apa? 
Well, mesti lah Engineering. Minat tu dah dipendam buat pekasam. :\ 
Nak jadi Doktor?, takut darah. Harapanlah aku nak ambil medic. Haha.. sure xlayak. :\
Nak jadi cikgu, Semua keturunan aku, banyak dah cikgu. -____- Mak aku ckp jgn jadi cikgu. Up sikit !
Nak jadi ahli saintis? Peluang pekerjaan susah kata kebanyakkan orang. (aku nak sangat jadi saintis) Harapann~

Boleh dikatakan, kebanyakkan pilihan cita-cita aku ditolak atau diperlekehkan dan kurang mendapat sokongan moral. Hampeh. Kesiannya aku. Haha.

So ending nya? 
Kahwin dengan siapa? Hanya Allah yang mengetahui. jeng jeng jeng. Err.. aku tak ingat aku tulis ni. -___-


Dan setiap hari aku akan memperbaharui(betul ke aku eja ni?) plans aku for a better future. :D Yup, dah settle. Haha.


Ok lah. Plan aku ni bosan jugak kan? Pe je lah. Wassalam. :) and thank you for reading. :) Ye ye, terima kasihhh~

Saturday, January 28, 2012

Ready to get bored? UPU-related

Salam 'alaik.


Straight to the point. Sejak dari tahun lepas aku dah berangan nak masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM. Course HumanScience. Bercita-cita nak jadi kaunselor! Semenjak dari tahun lepas la aku dah usha2 pasal course yang aku minat sangat tu. 


Mulanya aku pergi program 'JOM MASUK U'. Tapi sebelum tu aku mengidam nak ambil course engineering. -____- bila terfikir pasal result2 ujian peperiksaan aku terus tak jadi. Jadi berjalan2lah sampai terjumpa booth IIUM. Teruja tengok pamphlet yang mereka bagi. Sementara lepak2 dengan kawan, aku baca pamphlet IIUM for Foundation. Ternampak la pulak course humanscience, core subject banyak, salah satunya psychology. Terus jatuh cinta! Sejak hari tu, hati setiap hari doa agar rezeki aku ada untuk course humanscience. 



Bila dah tamat SPM, apa lagi, researchlah deeply about that course. Sebelum SPM pun banyak jugak buat research. Nak faham lebih pasal course tu. Usha punya usha, terbaca dalam laman UPU, Asasi Sains Kemanusiaan - Sastera. Maksudnya course humanscience is for student sastera.. and I was like, WHAT? 

Entah aku baca tu betul atau tidak, tapi bila aku baca pamphlet IIUM yang aku dapat dulu tertulis Sains/Sastera. So, aku pun macam, ok je la. Tapi hati ragu2. Wallahu a'lam. 

Panjang cerita, mesti korang pening aku cerita putar belit, tibalah aku di sini, rasa hiba.. air mata pun rasanya macam nak keluar, tapi tak terkeluar la pulak. Cover macho kut. Ish3.

Nasib baik ada abang2 dan kakak2 humanscience batch 2011 ada blog.. haha. Aku stalk their life. Motif aku nak tahu mereka2 ni dulu ambil SPM di sekolah jenis apa.

Rasa nak nangis bila aku dapat tahu most of them datang dari SMA. AKU SMK. Mostly tu macam.. 9 out of 10 stundent. Harapan aku nak dapat macam tipis je. Sedih~

Plus mereka yang dapat tawaran course humanscience ni result SPM mereka mantop. Ada seorang abang ni dapat 7A1B+1B1E dan I was like.. arghhhhh.. tapi bila fikir balik, subject aku dan subject dia lain, so.. but who cares, banyak A kut dia dapat!

So sejak aku tahu semua ni (baru je tadi) aku pun redha je la apa aku dapat nanti. Borang UPU dah isi. Alhamdulillah. Bakal di-edit lepas dapat result SPM insyaAllah. So in the meantime, aku malas nak kecoh2 pasal UPU lagi. Nak fokus on life. I WANT IT SO BADDDD. Haha. Oklah, aku rasa korang dah bosan baca blog aku asyik tulis pasal UPU-related saje. Haha. Kesian~

SALAM !

Monday, January 23, 2012

Balang fikiran yang ada lobang.

Letakkan diri kau dalam satu balang kaca, bayangkan dalam balang kaca itu ada ramai orang datang dalam macam2 sifat. Buruk, baik, sial, unik, dan.. berhemah? Siapa diri kau dan berapakah nilai diri kau jika ada orang yang tanya? Siapa pun diri kau, kau hanya seorang manusia yang tak mungkin dapat mengubah cara seseorang berpakaian, berfikir, dan... memandu? Kau hanya manusia yang lemah, tapi kau boleh jadi kuat, hanya perlu kuatkan iman kau dulu.


Dua tiga hari ni, aku dan hanya aku bersendirian dalam kotak fikiran aku, memikirkan tentang masa depan aku yang barangkali gelap dan sunyi. Hanya aku dan aku bersendirian duduk di atas bangku yang dibasahi dengan air mata aku yang mencurah setiap kali aku fikirkan 'future' aku yang entah macam mana. Susah rasanya nak cakap, jadi aku tulis saja. Hehe. 


SKIP TO HERE. --> Sejak hari tu, aku hanya fikirkan pasal upu, banyak soalan aku tanya keluarga aku pasal upu, tapi diorang macam tak kesah sangat semua ni. Macam, diorang tahu yang aku tak mungkin dapat apa aku nak, setiap hari aku cakap2 benda2 yang boleh yakinkan diorang yang aku akan dapat tawaran pengajian yang aku nakkan tu. Tapi, aku ni macam tipu diri sendiri.


Aku punyalah semangat cerita kat diorang pasal cita-cita tinggi aku tu.. tapi diorang tak bagi moral support pun. Diorang macam nak bagitahu aku ni bercita-cita, tinggi sangat ;


"Ukur kasut pada kaki sendiri. Jangan mengharap sangat yang kau akan dapat benda yang kau nak. Cuba tengok pencapaian kau sepanjang kau belajar kat sekolah.. dan sekarang cuba kau fikir, kau layak ke nak bercita-cita setinggi yang kau impikan? Lebih baik kau berhenti mengharap, sebelum jiwa kau terluka bila kau tak dapat apa yang kau nak. Bukan nak cakap kau tak mungkin dapat apa kau nak, cuma, sekarang ni kau kena fikir logik. Kalau kau dapat pun, kau mungkin akan berhenti separuh jalan, mungkin tak sampai separuh jalan pun kau akan give up. Sebab apa? Sebab sekarang ni pun kau dah tak yakin kau boleh dapat apa yang kau nak bila aku cakap macam ni." 
- Apa aku rasa orang akan cakap bila aku bukak isu upu depan sesetengah orang. 


Apa pun, borang upu sudah diisi, sekarang kita tunggu keputusan SPM, doa dan tawakal. InsyaAllah semuanya baik saja. KUT.


Mungkin korang boleh cakap, 
"Jangan fikir sangat, semuanya ok je nanti."
"Jangan streskan diri kau dengan semua ni, kau boleh dapat punya."
"Kau kena percaya kau boleh dapat apa kau nak kalau kau usaha keras."


Terima kasih, aku hargai semua tu. Tapi aku tak perlu ayat macam tu sekarang, aku perlukan doa dan berkat. :)


SALAM !

Monday, January 16, 2012

Otak Hilang Pedoman.



It has been a while since the brain actually working to the max. Done a lot of thinking but never, purely, thought the stuff that worth to be thought of. Failed!


Never and believe me never underestimate the pure love of Allah swt. the mighty. Because He has create the most beautiful 'thing' that I bet most of the people(brainless) would kill to have one. BRAIN. Be thankful people !


It has been a very tough week and even now I am having trouble to write this entry whole-y in English. ( just to strengthen my English Language. )


Most of my problems I encountered during the Sun absence(I'm nocturnal, dontcyaknow?). The light from the laptop's screen brighten my night while the laptop(with internet connection) serves me with pure goody information on UPU. 


I just don't get it. ==' WHY? Why am I so excited about this? The SPM result aren't going to be announced any sooner. This is so stupid. Why am I wasting my time with this such thing? 


Ahh, but wait, gathering information about something you curios about isn't labeled as wasting-you-time right? It is beneficial and it is not running against any law(as far as my concern). So, wehoo. :P 


But then again, what is there to be stressed out about the UPU? :o I have chosen the course that I really wanted, believe it or not. But I'm also need to make sure that is what I really want. So yea, research ! Haha.


Be Blessed People ! ..and do please tell me if there's any grammatical error or even information error within this humble entry of mine. Do(n't) comment. Appreciate it.. ;)

Note ; UPU stands for Unit Pusat University. :P 



SALAM !

Thursday, January 5, 2012

BILA OTAK MAIN PERANAN.





Aku selalu pergi dapur, dalam satu hari, hampir 10 kali atau lebih aku keluar masuk dapur. Entah kenapa aku pun tak pasti. Ada satu kali ni aku pergi dapur nak ambil segelas air untuk diri sendiri yang kehausan.. bila aku dah kat dapur, aku lupa apa yang aku nak buat. BLANK. Inilah jadinya bila otak hilang tumpuan.. Zzz.


Bila aku fikir balik, dulu aku pergi sekolah, aku dah buang banyak masa kat dalam bilik darjah. Tujuan utama aku untuk ke sekolah adalah untuk belajar, menimba ilmu.. kononnya nak jadi pelajar contoh kepada generasi akan datang ~ 


Tapi hakikatnya zaman sekolah dulu aku kerap termenung keluar tingkap sesedang cikgu mengajar. Lagi2 waktu subjek matematik tambahan. Subjek yang memerlukan mata dan otak bekerja keras untuk menghantar maklumat ke spinal cord untuk diproses. 


Arghhh.. buduhnya... ==' boleh pula masa tu terhilang fokus. Sekarang, nak menyesal pun dah tak guna, SPM dah selesai, tunggu result je. Itu pun entah baik entah tidak. Wallahu a'lam. Harap2 baiklah. :')


Dalam dunia ni, ada satu benda yang kita tak boleh recycle, 'masa', bila dah guna, tak boleh nak pakai balik. Tapi, semua aktiviti yang kita lakukan sepanjang masa tu, kita boleh guna pakai untuk masa yang akan datang. 


Kiranya macam sahamlah. Kita manfaatkan masa yang diberi, supaya kita boleh bersenang di masa akan datang. ;)


Tuesday, January 3, 2012

Hukum Memelihara Burung dan Ikan Sebagai Hiasan

TANYA:
Apakah diperbolehkan menangkap burung serta memasukkannya ke dalam sangkar, kemudian disimpan di dalam rumah sebagai hiasan seperti burung kakatua dan jenis burung lainnya, atau burung bulbul untuk mendengarkan kicauannya, atau memelihara ikan dalam aquarium?

JAWAB:
Hal tersebut tidak berdosa, jika anda tidak berbuat zhalim, dan hendaklah anda memperlakukannya dengan baik dalam hal memberi makanan dan minumannya. Baik binatang peliharaan tersebut berupa burung kakatua, burung dara, ayam atau binatang peliharaan lainnya dengan syarat harus diperlakukan dengan baik dan tidak menzhaliminya, baik binatang peliharaan itu dipelihara di dalam kolam, sangkar atau aquarium seperti ikan misalnya. Sesungguhnya Allah Maha Pelindung lagi Maha Penolong.

(SUMBER: Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Fatawa Islamiyah, 4/448-449. BACA: FATWA-FATWA TERKINI, PENERBIT DARUL HAQ, TELP-021-4701616)

Aquascaping? Apa tuh?



Kalau korang tak kagum aku tak tahulah. SubhanAllah.. cantik ! Kagum sungguh. Teringin aku nak tengok Ikan Gapi aku berenang2 dalam suasana macam ni. Sejuk je mata memandang. Fuhh. 
Aquascaping atau iwagumi, entah aku tak tau sangat. Kira macam buat taman tapi dalam air. Akuarium. Hehe. Beberapa minggu yang lepas aku outing dengan kawan2 aku g Jusco Kepong. Dekat dengan restroom/toilet ada akuarium ni guna konsep aquascaping ni. Sumpah kagum.
Bila dah usha mulalah minat. Aku dah bela Ikan Gapi, aku tahu ikan2 tu semua dah bosan duk dalam akuarium kosong je. Haha.Tuan yang memahami ~ Aku cadang nak belajar buat aquascaping. Amatur dulu. Alang2 tengah tunggu result spm ni baik aku belajar. Hehe. 
Selalunya dalam akuarium yang guna konsep aquascaping ni mereka letak ikan2 atau hidupan air yang kecik2 dan comel2. Ikan Gapi dan udang mini memang sesuai. Great combination. :D Bila aquascaped aku dah siap nanti aku post. Tapi entah jadi entah tidak. Haha. 
SALAM !

Ikan Gapi Pun Boleh. 2


YA ALLAH. Cantinya.... ikan tu xD


Satu daripada misi 2012 aku, nak cari akuarium macam ni. Sumpah smart. Harge pun mesti smart. Haha. InsyaAllah, nanti aku ada duit aku nak beli. Haha.


Lepas dapat result SPM nanti aku plan nak bodek parents aku, nak cari kerja, then teruskan misi pencarian Rare Guppies. Hehe. First thing first, aku kena beli filter baru untuk akuarium Ikan Gapi dan Ikan Laga aku. DUIT ~ Takpelah, minat punya pasal. Haha. 


SALAM !

Ikan Laga dan Ikan Gapi. Dua-dua pun boleh.

Ikan Laga. ~ Ikan Gapi kat bawah.

Ikan Laga, ada orang panggil Ikan Pelakat, ada gak orang panggil Ikan Pelaga. Kenkadang aku tersasul, aku cakap ni Ikan Gapi. Sebab kat rumah aku bela Ikan Gapi, Ikan Laga, dll. Haha. Buat malu je. xP


Maaf gambar tak jelas sangat. Yang ni fav aku. Ikan Laga type Matahari bak kata orang Kelantan. Sebab aku beli kat Kelantan. Haha. Jauh beli, tapi memang berbaloilah. Seekor Rm4. Biasanya sesetengah tempat jual Ikan Laga type yang macam ni Rm5 ++


Err.. aku ada 10 ekor Ikan Laga. Tapi aku punya seekor je. Yang type Matahari tu. yang lain semua my father punya. Hehe. Dia tak minat sangat pun, cuma dia suruh aku bela dan ternak banyak2. Buat duitlah konon. Type yang aku ada Halfmoon atau Fullmoon atau SuperDelta, dan Crowntail. Aku tak maher sangat dalam bab2 type ikan ni. Asalkan nampak cantik sudahlah. xP 


Ada seekor Ikan Laga aku ni sakit. Orang kata kalau nak pulihkan balik, letak daun ketapang. Apa tu? Google sendiri. Hehe. 


Ikan Gapi. ~ Sekarang ni Ikan Gapi aku memang dah banyak, dalam 50 ekor, eh..sikit je kut. Tapi aku tak kagum sangatlah. Sebab semuanya jenis common, ada 2 ekor je yang rare. 


Takde bende yang nak dibanggekan. Tapi aku sayang gila kut. Nak bagi orang pun aku fikir banyak kali. Sebab tak semua orang serius dalam pemeliharaan ikan ni. 


Ikan Gapi ni nak biak senang je, nak jaga tu pun senang. Tapi tak boleh ambil mudah ! Senang hidup, senanglah jugak mati. Salah sikit je pun bakal membawa padah. Ni based on kisah kawan aku. Kesian dia. KESIAN ~ Haha. Ayat macam apa je kan? xP


Share sikit :- Untuk starter atau newbie yang minat nak bela. Noob xP Steps ni based on pengalaman aku. Lain orang lain cara. Suka hati koranglah nak ikut atau tidak. :)


1 - Sediakan akuarium yang sesuai saiznya. Kalau nak letak dalam bekas pun boleh.


2 - Isikan air, tak terlalu banyak. Jangan full sangat sudahlah. 3/4 bekas atau akuarium sudah cukup


3 - PENTING. Kalau guna air paip, WAJIB letak antiklorin atau garam khas. Semua ni boleh didapati di kedai akuarium/ikan. Kalau guna air hujan. Err.. tak pernah cuba. Trylah sendiri. Lepas tu share kat sini. Haha. 


4 - Lepas tu baru beli Ikan Gapi. Suka hatilah nak beli berapa banyak. Aku cadangkan dalam 10 ekor. Untuk starter. 


5 - Biasanya nanti amoy kedai akuarium tu masukkan ikan2 tu dalam begplastik. Sebelum masukkan ikan2 tu dalam akuarium, kita buat thermal equilibrium dulu. HAA? Apa tu? Haha. Step ni untuk pastikan suhu air dalam begplastik yang ada ikan2 tu dengan suhu air dalam akuarium yang disediakan tadi sama. Sebab Ikan Gapi ni sensitif sikit. Culture shock! Haha. 


6 - Lepas beberapa minit(aku cadangkan tunggu 15 minit), masukkan ikan2 dalam akuarium tu tadi. Senangkan? :D


Aku harap benda yang aku share ni dapatlah tolong korang sikit. Tips ni entah betul entah tidak. Tapi inilah yang aku amalkan, dan alhamdulillah sampai sekarang ikan aku sihat2 belake. Haha.


Apa2 hal komen je kat bawah, insyaAllah aku tolong. :)


SALAM !