Tuesday, January 3, 2012

Aquascaping? Apa tuh?



Kalau korang tak kagum aku tak tahulah. SubhanAllah.. cantik ! Kagum sungguh. Teringin aku nak tengok Ikan Gapi aku berenang2 dalam suasana macam ni. Sejuk je mata memandang. Fuhh. 
Aquascaping atau iwagumi, entah aku tak tau sangat. Kira macam buat taman tapi dalam air. Akuarium. Hehe. Beberapa minggu yang lepas aku outing dengan kawan2 aku g Jusco Kepong. Dekat dengan restroom/toilet ada akuarium ni guna konsep aquascaping ni. Sumpah kagum.
Bila dah usha mulalah minat. Aku dah bela Ikan Gapi, aku tahu ikan2 tu semua dah bosan duk dalam akuarium kosong je. Haha.Tuan yang memahami ~ Aku cadang nak belajar buat aquascaping. Amatur dulu. Alang2 tengah tunggu result spm ni baik aku belajar. Hehe. 
Selalunya dalam akuarium yang guna konsep aquascaping ni mereka letak ikan2 atau hidupan air yang kecik2 dan comel2. Ikan Gapi dan udang mini memang sesuai. Great combination. :D Bila aquascaped aku dah siap nanti aku post. Tapi entah jadi entah tidak. Haha. 
SALAM !

No comments: