Monday, January 23, 2012

Balang fikiran yang ada lobang.

Letakkan diri kau dalam satu balang kaca, bayangkan dalam balang kaca itu ada ramai orang datang dalam macam2 sifat. Buruk, baik, sial, unik, dan.. berhemah? Siapa diri kau dan berapakah nilai diri kau jika ada orang yang tanya? Siapa pun diri kau, kau hanya seorang manusia yang tak mungkin dapat mengubah cara seseorang berpakaian, berfikir, dan... memandu? Kau hanya manusia yang lemah, tapi kau boleh jadi kuat, hanya perlu kuatkan iman kau dulu.


Dua tiga hari ni, aku dan hanya aku bersendirian dalam kotak fikiran aku, memikirkan tentang masa depan aku yang barangkali gelap dan sunyi. Hanya aku dan aku bersendirian duduk di atas bangku yang dibasahi dengan air mata aku yang mencurah setiap kali aku fikirkan 'future' aku yang entah macam mana. Susah rasanya nak cakap, jadi aku tulis saja. Hehe. 


SKIP TO HERE. --> Sejak hari tu, aku hanya fikirkan pasal upu, banyak soalan aku tanya keluarga aku pasal upu, tapi diorang macam tak kesah sangat semua ni. Macam, diorang tahu yang aku tak mungkin dapat apa aku nak, setiap hari aku cakap2 benda2 yang boleh yakinkan diorang yang aku akan dapat tawaran pengajian yang aku nakkan tu. Tapi, aku ni macam tipu diri sendiri.


Aku punyalah semangat cerita kat diorang pasal cita-cita tinggi aku tu.. tapi diorang tak bagi moral support pun. Diorang macam nak bagitahu aku ni bercita-cita, tinggi sangat ;


"Ukur kasut pada kaki sendiri. Jangan mengharap sangat yang kau akan dapat benda yang kau nak. Cuba tengok pencapaian kau sepanjang kau belajar kat sekolah.. dan sekarang cuba kau fikir, kau layak ke nak bercita-cita setinggi yang kau impikan? Lebih baik kau berhenti mengharap, sebelum jiwa kau terluka bila kau tak dapat apa yang kau nak. Bukan nak cakap kau tak mungkin dapat apa kau nak, cuma, sekarang ni kau kena fikir logik. Kalau kau dapat pun, kau mungkin akan berhenti separuh jalan, mungkin tak sampai separuh jalan pun kau akan give up. Sebab apa? Sebab sekarang ni pun kau dah tak yakin kau boleh dapat apa yang kau nak bila aku cakap macam ni." 
- Apa aku rasa orang akan cakap bila aku bukak isu upu depan sesetengah orang. 


Apa pun, borang upu sudah diisi, sekarang kita tunggu keputusan SPM, doa dan tawakal. InsyaAllah semuanya baik saja. KUT.


Mungkin korang boleh cakap, 
"Jangan fikir sangat, semuanya ok je nanti."
"Jangan streskan diri kau dengan semua ni, kau boleh dapat punya."
"Kau kena percaya kau boleh dapat apa kau nak kalau kau usaha keras."


Terima kasih, aku hargai semua tu. Tapi aku tak perlu ayat macam tu sekarang, aku perlukan doa dan berkat. :)


SALAM !

3 comments:

S.Nadhir said...

dude,I dun currrrr if you don't need those kinds of words sebab,

Kau memang boleh dapatlah, kau yg risau sgt. Ni psikologi kut, bukannya medik ke hape ke. kita tak rugi apa2 pun kalau cuba + peluang kau cerah utk dapatkan benda ni. kalau betul2 tak dpt then nak buat camne. semua ada hikmah. tapi mesti boleh nya !

and of course doakan. all the best. ;-)

nasyira said...

adlan, hmmmm. belum mula perjalanan, kau dah menyerah kalah. Relaxlah, janganlah macam ni kayy. kau mesti dapat dan boleh buat punya (:

▽mirul ▽dlan said...

Shah, haha.. "..aku tak perlu itu semua.." works xP

thnks.. :) malam tu aku emo sikit sbb .. well.. parents aku kinda tak layan aku bila aku tanya pasal upu.. haha.. :') thnks au..

Ain, :'( bila fikir balik malam tu aku emo gila kut.. nak cerita kat kawan2 maleh sbb dah tengah malam.. haha.. thnks ain.. :)