Thursday, January 5, 2012

BILA OTAK MAIN PERANAN.





Aku selalu pergi dapur, dalam satu hari, hampir 10 kali atau lebih aku keluar masuk dapur. Entah kenapa aku pun tak pasti. Ada satu kali ni aku pergi dapur nak ambil segelas air untuk diri sendiri yang kehausan.. bila aku dah kat dapur, aku lupa apa yang aku nak buat. BLANK. Inilah jadinya bila otak hilang tumpuan.. Zzz.


Bila aku fikir balik, dulu aku pergi sekolah, aku dah buang banyak masa kat dalam bilik darjah. Tujuan utama aku untuk ke sekolah adalah untuk belajar, menimba ilmu.. kononnya nak jadi pelajar contoh kepada generasi akan datang ~ 


Tapi hakikatnya zaman sekolah dulu aku kerap termenung keluar tingkap sesedang cikgu mengajar. Lagi2 waktu subjek matematik tambahan. Subjek yang memerlukan mata dan otak bekerja keras untuk menghantar maklumat ke spinal cord untuk diproses. 


Arghhh.. buduhnya... ==' boleh pula masa tu terhilang fokus. Sekarang, nak menyesal pun dah tak guna, SPM dah selesai, tunggu result je. Itu pun entah baik entah tidak. Wallahu a'lam. Harap2 baiklah. :')


Dalam dunia ni, ada satu benda yang kita tak boleh recycle, 'masa', bila dah guna, tak boleh nak pakai balik. Tapi, semua aktiviti yang kita lakukan sepanjang masa tu, kita boleh guna pakai untuk masa yang akan datang. 


Kiranya macam sahamlah. Kita manfaatkan masa yang diberi, supaya kita boleh bersenang di masa akan datang. ;)


No comments: