Tuesday, January 3, 2012

Ikan Laga dan Ikan Gapi. Dua-dua pun boleh.

Ikan Laga. ~ Ikan Gapi kat bawah.

Ikan Laga, ada orang panggil Ikan Pelakat, ada gak orang panggil Ikan Pelaga. Kenkadang aku tersasul, aku cakap ni Ikan Gapi. Sebab kat rumah aku bela Ikan Gapi, Ikan Laga, dll. Haha. Buat malu je. xP


Maaf gambar tak jelas sangat. Yang ni fav aku. Ikan Laga type Matahari bak kata orang Kelantan. Sebab aku beli kat Kelantan. Haha. Jauh beli, tapi memang berbaloilah. Seekor Rm4. Biasanya sesetengah tempat jual Ikan Laga type yang macam ni Rm5 ++


Err.. aku ada 10 ekor Ikan Laga. Tapi aku punya seekor je. Yang type Matahari tu. yang lain semua my father punya. Hehe. Dia tak minat sangat pun, cuma dia suruh aku bela dan ternak banyak2. Buat duitlah konon. Type yang aku ada Halfmoon atau Fullmoon atau SuperDelta, dan Crowntail. Aku tak maher sangat dalam bab2 type ikan ni. Asalkan nampak cantik sudahlah. xP 


Ada seekor Ikan Laga aku ni sakit. Orang kata kalau nak pulihkan balik, letak daun ketapang. Apa tu? Google sendiri. Hehe. 


Ikan Gapi. ~ Sekarang ni Ikan Gapi aku memang dah banyak, dalam 50 ekor, eh..sikit je kut. Tapi aku tak kagum sangatlah. Sebab semuanya jenis common, ada 2 ekor je yang rare. 


Takde bende yang nak dibanggekan. Tapi aku sayang gila kut. Nak bagi orang pun aku fikir banyak kali. Sebab tak semua orang serius dalam pemeliharaan ikan ni. 


Ikan Gapi ni nak biak senang je, nak jaga tu pun senang. Tapi tak boleh ambil mudah ! Senang hidup, senanglah jugak mati. Salah sikit je pun bakal membawa padah. Ni based on kisah kawan aku. Kesian dia. KESIAN ~ Haha. Ayat macam apa je kan? xP


Share sikit :- Untuk starter atau newbie yang minat nak bela. Noob xP Steps ni based on pengalaman aku. Lain orang lain cara. Suka hati koranglah nak ikut atau tidak. :)


1 - Sediakan akuarium yang sesuai saiznya. Kalau nak letak dalam bekas pun boleh.


2 - Isikan air, tak terlalu banyak. Jangan full sangat sudahlah. 3/4 bekas atau akuarium sudah cukup


3 - PENTING. Kalau guna air paip, WAJIB letak antiklorin atau garam khas. Semua ni boleh didapati di kedai akuarium/ikan. Kalau guna air hujan. Err.. tak pernah cuba. Trylah sendiri. Lepas tu share kat sini. Haha. 


4 - Lepas tu baru beli Ikan Gapi. Suka hatilah nak beli berapa banyak. Aku cadangkan dalam 10 ekor. Untuk starter. 


5 - Biasanya nanti amoy kedai akuarium tu masukkan ikan2 tu dalam begplastik. Sebelum masukkan ikan2 tu dalam akuarium, kita buat thermal equilibrium dulu. HAA? Apa tu? Haha. Step ni untuk pastikan suhu air dalam begplastik yang ada ikan2 tu dengan suhu air dalam akuarium yang disediakan tadi sama. Sebab Ikan Gapi ni sensitif sikit. Culture shock! Haha. 


6 - Lepas beberapa minit(aku cadangkan tunggu 15 minit), masukkan ikan2 dalam akuarium tu tadi. Senangkan? :D


Aku harap benda yang aku share ni dapatlah tolong korang sikit. Tips ni entah betul entah tidak. Tapi inilah yang aku amalkan, dan alhamdulillah sampai sekarang ikan aku sihat2 belake. Haha.


Apa2 hal komen je kat bawah, insyaAllah aku tolong. :)


SALAM !

No comments: