Saturday, January 28, 2012

Ready to get bored? UPU-related

Salam 'alaik.


Straight to the point. Sejak dari tahun lepas aku dah berangan nak masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM. Course HumanScience. Bercita-cita nak jadi kaunselor! Semenjak dari tahun lepas la aku dah usha2 pasal course yang aku minat sangat tu. 


Mulanya aku pergi program 'JOM MASUK U'. Tapi sebelum tu aku mengidam nak ambil course engineering. -____- bila terfikir pasal result2 ujian peperiksaan aku terus tak jadi. Jadi berjalan2lah sampai terjumpa booth IIUM. Teruja tengok pamphlet yang mereka bagi. Sementara lepak2 dengan kawan, aku baca pamphlet IIUM for Foundation. Ternampak la pulak course humanscience, core subject banyak, salah satunya psychology. Terus jatuh cinta! Sejak hari tu, hati setiap hari doa agar rezeki aku ada untuk course humanscience. 



Bila dah tamat SPM, apa lagi, researchlah deeply about that course. Sebelum SPM pun banyak jugak buat research. Nak faham lebih pasal course tu. Usha punya usha, terbaca dalam laman UPU, Asasi Sains Kemanusiaan - Sastera. Maksudnya course humanscience is for student sastera.. and I was like, WHAT? 

Entah aku baca tu betul atau tidak, tapi bila aku baca pamphlet IIUM yang aku dapat dulu tertulis Sains/Sastera. So, aku pun macam, ok je la. Tapi hati ragu2. Wallahu a'lam. 

Panjang cerita, mesti korang pening aku cerita putar belit, tibalah aku di sini, rasa hiba.. air mata pun rasanya macam nak keluar, tapi tak terkeluar la pulak. Cover macho kut. Ish3.

Nasib baik ada abang2 dan kakak2 humanscience batch 2011 ada blog.. haha. Aku stalk their life. Motif aku nak tahu mereka2 ni dulu ambil SPM di sekolah jenis apa.

Rasa nak nangis bila aku dapat tahu most of them datang dari SMA. AKU SMK. Mostly tu macam.. 9 out of 10 stundent. Harapan aku nak dapat macam tipis je. Sedih~

Plus mereka yang dapat tawaran course humanscience ni result SPM mereka mantop. Ada seorang abang ni dapat 7A1B+1B1E dan I was like.. arghhhhh.. tapi bila fikir balik, subject aku dan subject dia lain, so.. but who cares, banyak A kut dia dapat!

So sejak aku tahu semua ni (baru je tadi) aku pun redha je la apa aku dapat nanti. Borang UPU dah isi. Alhamdulillah. Bakal di-edit lepas dapat result SPM insyaAllah. So in the meantime, aku malas nak kecoh2 pasal UPU lagi. Nak fokus on life. I WANT IT SO BADDDD. Haha. Oklah, aku rasa korang dah bosan baca blog aku asyik tulis pasal UPU-related saje. Haha. Kesian~

SALAM !

No comments: