Sunday, April 29, 2012

Adlan the little weakling

For the pass 3 weeks ni aku rasa aku dah lost grip dengan semua minat aku untuk sambung belajar. Aku dah tak nampak future aku yang dulu aku anggap masih ada harapan untuk aku bangun balik lepas keluar result spm hari tu. Tapi sekarang serius rasa macam useless. Rasa macam aku dah tak ada tempat untuk berpijak. Tapi aku tak suka giveup. Rezeki ada dekat mana2 dan aku harap, ada bahagian untuk aku. InsyaAllah.

SALAM !

Wednesday, April 18, 2012

Icecream



A little boy went to an icecream shop and asked : How much a large cup costs ??

Waiter : Rs 15


The boy started counting how much he had in
his pocket .


...

Then he asked : How much a small cup cost ? Waiter : Rs 12
The boy asked for a small cup .. He had it , paid bill and left .

When the waiter came to pick the empty cup..
He wept to see that the boy had left Rs 3 as tip for him..

Moral : " Try to give something to everyone out of whatever little you have "


Wednesday, April 11, 2012

Terdetik saje

Pernah terdetik dalam hati aku untuk bekerja.


Pernah juga terdetik dalam hati aku mahu pergi menonton wayang seorang diri tanpa sesiapa.


'Terdetik'. Bagi aku, perkataan itu sama macam 'angan'. Kita mahukan sesuatu, tapi tidak bersungguh-sungguh untuk mahukannya. Faham? Hanya 'terdetik' saja dalam hati, tapi tak nak sangat pun sebenarnya. Haa.


..tapi, bila aku cakap, Pernah juga terdetik dalam hati ni nak masuk bidang kejuruteraan. 'Terdetik' aku maksudkan sama macam lahar yang mencurah keluar dari gunung berapi, bersemangat, berani, yakin dan optimis. Tak kira mana arahnya ia pergi, yang pasti tetap mahu keluar dari perut bumi. Macam itulah aku rasa setiap kali aku terfikir untuk masuk bidang kejuruteraan. Bidang yang sangat aku kagum dan minati. 


Memang, tapi.. err.. aku tak tahu macam mana nak terangkan, tapi sekarang, 'kejuruteraan' dengan 'psikologi' dah jadi macam dua lelaki mabuk yang sedang bergaduh dalam kepala aku. Kedua-dua bidangnya aku minat, dua-dua sama hebat. 


Bagi aku, nak pilih satu antara dua bidang ni sama macam nak pilih seorang isteri, antara Neelofa dengan Fasha Sanda. Dua-dua boleh tahan cantik, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Haha. Gatal jugak aku ni. xD


Apa pun, sekarang aku 'macam' nampak 'future' aku lebih kepada psikologi. Nak jadi kaunselor. Aku suka dengar masalah orang, tapi tak reti nak tolong. Haha. xD Kbai


SALAM !

Thursday, April 5, 2012

Geleng geleng kapal terbang

Assalamualaikum ! 


Nak tulis sikit je, lek je eh. 


Esok ! InsyaAllah, pukul 5.30pm esok bakal berangkat ke KTM Sg Buloh, menuju ke KL Sentral, terus ke KLIA, penerbangan malam ke Langkawi. Agak teruja sebab sebelum ni tak pernah naik kapal terbang macam abg AsrafMandeleev kita yang sudah dua kali naik kapal terbang, ke Jakarta(Indonesia), haha. xD Aku pergi Langkawi je. xP


Apa pun, kiranya pergi ke Langkawi ni atas urusan keluarga, tapi ada sikit unsur 'bercuti-cuti Malaysia'. Hehe. InsyaAllah hari Ahad kembali ke Sg Buloh, weehoo. Okeh, terima kasih !


SALAM !

Sunday, April 1, 2012

Menanti zaman ketiga, zaman universiti (?)

Aku rindu belajar. ..officially dalam bilik darjah lengkap dengan guru, meja, kerusi dan papan putih/hitam. Memang sayup hati bila teringat zaman sekolah walaupun baru beberapa bulan je pun grad dari sekolah. Haha. :P


Sekarang sedang menanti surat tawaran sambung belajar di universiti. Woot ! ..dan masuk nanti tak boleh lagi main2 macam zaman sekolah. Haha. 

Apa pun, lepas ni, all out !




SALAM !