Wednesday, April 11, 2012

Terdetik saje

Pernah terdetik dalam hati aku untuk bekerja.


Pernah juga terdetik dalam hati aku mahu pergi menonton wayang seorang diri tanpa sesiapa.


'Terdetik'. Bagi aku, perkataan itu sama macam 'angan'. Kita mahukan sesuatu, tapi tidak bersungguh-sungguh untuk mahukannya. Faham? Hanya 'terdetik' saja dalam hati, tapi tak nak sangat pun sebenarnya. Haa.


..tapi, bila aku cakap, Pernah juga terdetik dalam hati ni nak masuk bidang kejuruteraan. 'Terdetik' aku maksudkan sama macam lahar yang mencurah keluar dari gunung berapi, bersemangat, berani, yakin dan optimis. Tak kira mana arahnya ia pergi, yang pasti tetap mahu keluar dari perut bumi. Macam itulah aku rasa setiap kali aku terfikir untuk masuk bidang kejuruteraan. Bidang yang sangat aku kagum dan minati. 


Memang, tapi.. err.. aku tak tahu macam mana nak terangkan, tapi sekarang, 'kejuruteraan' dengan 'psikologi' dah jadi macam dua lelaki mabuk yang sedang bergaduh dalam kepala aku. Kedua-dua bidangnya aku minat, dua-dua sama hebat. 


Bagi aku, nak pilih satu antara dua bidang ni sama macam nak pilih seorang isteri, antara Neelofa dengan Fasha Sanda. Dua-dua boleh tahan cantik, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Haha. Gatal jugak aku ni. xD


Apa pun, sekarang aku 'macam' nampak 'future' aku lebih kepada psikologi. Nak jadi kaunselor. Aku suka dengar masalah orang, tapi tak reti nak tolong. Haha. xD Kbai


SALAM !

No comments: