Thursday, May 10, 2012

Ketam

So tadi aku makan ketam masak gulai (kut). Setelah beberapa hari mood aku tak beberapa nak baik, walaupun tweet bebenda yang 'ceria'. Tapi dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya rasa bila dapat tahu permohonan upu dan mara tak dapat. Mara tu, memang dah jangka dah tak dapat, sebab keputusan spm aku bukannya cemerlang mana. Tapi, upu tu. UPU tu. Mengharap sangat kut. At least dapatlah diploma. Memang tak ada rezeki agaknya. Maka, bermurunglah beberapa hari. 


Lepas magrib tadi, dinner, makan ketam. Bila aku fikir balik, tak semua orang dapat makan ketam. Harga ketam bukannya murah. So, straight to the point, bila difikirkan balik, aku dapat tawaran matrikulasi tu pun dikira okey la tu. Jadi, lepas ni aku bakal jadi budak matrikulasi lah ye. Penang. Babai.


SALAM !

No comments: