Friday, November 23, 2012

Pada tahap yang berbeza

On a different level.. 

Dia baik, keperibadiannya tampak sempurna, berpakaian sopan bercirikan seorang yang soleh tampan bergaya dengan kopiahnya yang berwarna putih. Kemeja-T kolej bewarna ungu sering dipakainya setiap kali dia keluar bersia sekitar kolej. 


Setiap masuk waktu fardhu, dia akan ke surau kolej. Berjalan dengan tenang, agak lambat, tapi tenang. Kebiasaannya lepas selesai solat fardhu Asar, dia akan sertai majlis ta'lim. Tidak sekalipun dia nampak janggal untuk menyertai majlis-majlis ilmu di surau. Tidak sekalipun.


Masa makan, dia suka makan bersendirian, tenang katanya, memerhatikan gelagat manusia sekelilingnya, tidak terbayang apa yang dia fikirkan dalam kepalanya. Pernah dia ceritakan hal zaman kanak-kanak dia yang baginya, pedih, sayup bila mendengarnya. 


Tapi kini hidupnya berbeza, amat jelas lagi nyata dia gembira dengan kehidupannya sekarang, syukur katanya. Mungkin dia suka makan bersendirian kerana dia ingin mengingati kepedihan yang pernah dia rasa dulu supaya dia tidak alpa dengan kebahagiaan yang dia rasai sekarang. Mungkin.


Entah mengapa aku suka sangat ceritakan keperidian orang sampai aku lupa siapa diri aku. =____=''


 ..what level?


No comments: