Saturday, December 22, 2012

Diam diam diam, LARI !

Terkejar-kejar, menuju ke satu kawasan, entah ke mana tidak pasti lagi, tapi tetap mahu berlari, kerana lihat kiri dan kanan, semuanya berlari, ada yang pantas, ada yang perlahan, tapi semuanya berlari. 

Tampak mereka, bergitu serius, ada juga yang mukanya sambil  lewa saja, sangat bersahaja. 

Pakaian mereka pula, ada yang sangat kemas, ada juga yang koyak rabak, tapi, warnanya berbeza-beza.


Tapi itu bukan masalahnya, yang menjadi persoalan besar itu adalah destinasinya. Dan kenapa perlu lari? Kenapa perlu turut sertai mereka berlari? Dalam hati ; Aku tak perlu tergesa-gesa. Aku mahu dengan cara aku. Itulah yang terbaik untuk aku.. mungkin. Tapi aku ragu. Entah.


Disapa dari belakang, seorang rakan seperjuangan, terketuk hati ini yang dapat rasakan getaran. Memang tak perlu berlari, memang destinasinya tidak diketahui, tapi, bukankah itu lebih baik daripada berdiam diri?