Sunday, November 24, 2013

When life gives you a math question.

I always thought that studying was a one time event where you and your brain 'work out' and the input stays, like forever. That's what I thought when I was little, and apparently, some part of me still does. These knowledges, some of them are really dull, too static, like mathematics. Here, currently, I'm 'revisited' by integration, first I met this fabulous topic when I was in secondary school. I SUCK. No. No just that, I flunked every quizzes and test because of it.

The thing is about mathematics is that it is not art. Duh. There's nothing much you can do with it, unlike art, you're free and colourful. Well, at least that's what I thought. It is actually fun when you get used to them mathematics. I've found a way to better understand this subject by making it like art. Well, not really. I just treat the questions like jigsaw puzzle, the one with no actual picture but always have fixed shape. Though, this method of mine isn't a 100% guaranteed. But hey, at least I have a method to solve a problem. 

World said, if life gives you lemons, make lemonade, but what if life gives you a math question? *flip table* 

SALAM !

Saturday, August 24, 2013

Dail - Cerita Super Pendek

Aku tenung dia, dia tenung aku. Sempat berjabat tangan satu setengah saat, bagi aku sudah cukup untuk dia. Dia sebaya dengan aku, aku fikir, bersalaman dan sapaan sedikit sudah cukup untuk seorang yang aku tak pernah kenal. Tapi dia saudara, dan sebelum ini ibu juga pernah kata kami pernah berjumpa tahun lepas di kenduri kampung. 

Saudara. Terfikir juga, kenapa saudara yang langsung tak pernah menziarah satu sama lain perlu dilayan seperti golongan diraja? Status keluarga itu bukan satu hak, ia adalah keistimewaan, keistimewaan yang perlu kita peroleh dengan usaha. Usaha seperti menziarah bila sakit, menolong bila diperlukan, timbul juga peraan tidak puas hati bila aku lihat ibu sibuk mengemas rumah, bersusah payah memasak makanan yang lazat, untuk 'keluarga' yang baru pertama kali berjumpa secara dekat. Setakat bersalaman di kenduri kahwin itu tidak dikira.

Masing-masing terdiam, semua menunggu suara pertama bagi mulakan bicara. Abi tidak habis dengan senyumannya, sambil pandang aku, dia angkat kening dua kali. Memang 'trademark' Abi bila dalam situasi sebergini.

Hampir 5 minit tanpa bunyi, akhirnya ibu sampai dari dapur dengan kakak membawa air teh, ada madu, ada hirisan limau. ini pula 'trademark' minuman ibu. Lama kelamaan, timbul bualan antara kami sekeluarga. Abi ada Uncle Husin. Ibu dan kakak ada Aunty Glenmary. Tinggal aku dengan dia. Dail.

Sambil minum air teh ibu, sempat aku berfikir, topik apa yang bakal dia akan cuba bualkan. Ikut hati aku, aku hanya mahu berdiam diri, biar saja dia duduk termenung telefon canggihnya. Telefon canggih? Aku pun ada. Skrin lagi besar, quadcore lagi. Kau ada???

"Mu kena Hakim dok?

(O_________O)

Tersedak aku. Hampir tersembur air teh ke muka dia. Tak ada siapa beritahu aku pun mereka ini berasal dari Kelantan?

"Eh, saja main-main, aku bukan orang Kelantan."

Sempat dia beri aku senyuman sinis. Loghat dia sangat menyakinkan.

"Tapi soalan saya jujur, kenal Hakim?" "Nik Hakim Bin Nik Walid."

"Hakim? Kenal. Kenapa?

Balas dengan cool. Dalam hati mahu saja pukul dia. Malu aku dibuatnya.

"Dia satu kolej dengan saya." "Cuti semester minggu lepas sempat juga melawat rumah dia di Kelantan."

"Eh, janganlah saya-saya, rasa skema pula. Haha." "Oh, kami dulu satu kelas, duduk bersebelahan, sahabat akhir zaman. Haha." "Hm. Dia ke yang ajar kecek Kelantan?"

"Haah, haha." "Hebat tak aku?"

Sudah mula bersembang, banyak pula hal yang dibincang. Boleh tahan peramah juga dia. Tak sangka. Dia suka kucing, aku pun. Dia pernah gagal ujian Matematik Tambahan, aku pun. Makin banyak yang dibualkan, makin aku sedar kami tidak banyak bezanya. Sedang hati membuka untuk terima dia sebagai keluarga, tiba-tiba dia buka soal kerjaya. Dia pelajar tajaan MARA, aku tak. Dia pandai menyayi, aku tak. Dia pernah wakil kolejnya sebagai penghafaz al-Quran. AKU TAK.

Sikit demi sedikit, tembok berbezaan terbina antara aku dengan dia. Tapi tembok dia tampak lebih tinggi. Tanda lebih berjaya jika dibandingkan dengan aku. Sadis. Aku cuba curi-curi melarikan diri ke dapur, alasan mahu ambil air. Hajat tidak kesampaian, Abi hulurkan Jug penuh dengan Air Sirap. Abi memang sudah lama kenal dengan aku, segala tektik aku dia pandai baca. Aduyai Abi.

Terasa lama juga bersembang, cuba buka topik lain yang menarik, cuba cari pencapaian yang pernah aku kecapi untuk dibanggakan. Semuanya minor-minor belaka. Jauh di sudut hati aku, kuat katakan dia ini bukan jenis seorang yang gilakan status kejayaan dunia. Dengan cara dia yang merendah diri dalam setiap kata-kata dia menceritakan kejayaannya. Aku baru perasan, kerap dia ucapkan 'Alhamdulillah'.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR...

Azan fardhu Asar berkumandang. Kami berempat, dalam satu kereta, menuju ke surau taman perumahan kami. Sambil ambil wudhu, aku pandang Abi dan tersenyum. Aku pun tertanya, kenapa Abi tak pernah ceritakan tentang adik dia kepada kami sekeluarga? Uncle Husin muda 10 tahun daripada Abi, bapa mereka orang yang sama, tapi ibu lain-lain. Aku kenal Abi sangat-sangat. Tapi apa yang terjadi kepada mereka sehingga aku sendiri pun tidak pernah kenal dengan adik Abi? 

Selesai solat, aku duduk di bangku. Berfikir. Apa pun yang terjadi, semua itu sudah lepas. Apa pun yang telah berlaku, aku bersyukur semua ini berlaku. Kun Faya Kun.

Kembali di rumah, semua kaum hawa baru sahaja selesai solat, Abi dan Uncle Husin bersembang di luar. Tinggal aku dengan Dail di ruang tamu, 6 bekas kuih, 2 cawan teh. Apa sahaja mahu aku sembangkan? Mungkin TV ada cerita yang menarik. 

"Eh, sebelum aku terlupa. Aku nak minta maaf, sudah hampir 20 tahun, baru kita berkenal. Dulu pernah jumpa aku sombong tak layan orang." "Maaf, masa kecil-kecil tahu apalah sangat. Haha.

Aduh, terlambat buka TV. Ayat-ayat dia semua buat aku terasa jangkal. Terbisik di hati kata ini semua pura-pura. Astagfirullah. Jahatnya aku.

"Jangan cakap macam itu. Benda dah jadi, kita lupakan. Lagi pun kau tak sombonglah, semua itu normal.

Tapi dalam hati jujur aku sendiri tak tahu apa 'benda' yang dah terjadi. Mungkin dia tahu. Tapi aku takut bertanya. 

Dail senyum tanda lega dengan kata-kata aku. Aku mula tenang juga, yakin hal dan persoalan itu sudah tamat, walaupun tanpa tahu kebenarannya. Mungkin satu hari nanti aku tahu juga. Dari mulut Abi sendiri. 

Kami mula borak isu semasa. Bertukar pendapat. Melalui kata-kata yang dia keluarkan, aku nampak dia sebagai seorang yang sangat mengambil berat tentang isu saudara-saudara seagama kami. Nampak dia memang benar ambil berat tentang isu ini. Dia pernah menyertai jualan amal untuk mengumpul dana dan macam-macam lagi. Bezanya dengan aku. Dia dengan jualan amal, aku?, hanya like dan share di facebook. Terasa kecil diri ini.

"Kau ok ke?"

Sedang rancak dia bincangkan isu itu, lama-lama dia perasan aku makin malapkan suara. Aduh, rasa bersalah pula aku. 

"Eh, ok ok."

Memang cuak dibuatnya. Aku kena kawal perasaan. Tumpu perhatian. Tapi... kagumnya aku dengan sifat dia. Dia buat aku rasa diri aku kekurangan. 

"Aku perlu jadi seperti Dail.

Monolog!? Kenapa tercakap? 

"Ha?"

Dail terhenti, tertanya. Macam mana aku boleh terlepas cakap? Mesti dia fikir aku ini pelik. Mesti punyalah.

"Eh, tak ada apa-apa."

Habislah aku, terkantoi. Tidak. 

Dail tersenyum, keningnya terangkat sebelah.

"Dulu aku pernah curi duit ayah aku.

Eh, dia tukar topik? Kenapa pula ni? Aku pun tak tahu nak respon apa. Dia terus bercerita.

"Selepas aku curi duit itu, aku keluar daripada rumah tanpa kebenaran emak aku." "Aku naik motor, pergi ke rumah kawan aku." "Dia suka ajak aku merayau. Lepak-lepak sambil hisap rokok."

Dail merokok? Tak masuk akal. Dia nampak baik. Aku terasa skaptik dengan cerita dia.

"Nampak tak bekas lecur ini? Dulu masa aku merokok, pernah sekali rokok itu terjatuh, aku ingat parut ini akan hilang, sudah bertahun kesannya."

Tapi kenapa dia ceritakan semua ini? Macam tak masuk akal.

"Tiba satu petang dalam pukul 3, aku cuba curi duit emak aku pula, minggu lepas teruk ayah aku kerjakan aku, kena libas dengan rotan lagi. Taubat tak nak curi duit ayah aku lagi, tapi aku masih perlukan duit, jadi aku cuba curi duit emak pula." "Dalam dompet emak aku ada RM 50. Aku terus ambil dan cepat-cepat keluar dari rumah." "Tiba satu selekoh, aku tak dapat kawal motor aku, terbabas langgar kereta."

Berdebar pula dengar cerita dia. 

"Aku tak sedarkan diri kata pemilik kereta itu. Dia bawa aku ke tempat paling dekat untuk berteduh, surau." "Belum sempat dia baringkan, aku terjaga." "Dia ucap alhamdulillah." "Aku masih terkejut, cepat-cepat aku periksa satu badan, tidak pula nampak kesan luka." "Dia bawakan botol air dan suruh aku minum. Aku tenangkan diri, dan aku tanya, 'Pakcik ini siapa?', dia balas, 'Pakcik kawan bapa kamu.'

"Lama aku tenung muka pakcik itu, baru aku teringat, dia ketua Imam kawasan perumahan kami." "Aku dengan selamba tanya pakcik itu, 'Masa saya terjaga tadi, pakcik cakap alhamdulillah. Kenapa?', dia balas, 'Sebab Allah masih berikan kamu peluang hidup.' Tegas kata-katanya."

Macam membaca majalah mastika dibuatnya. Tapi tujuan Dail ceritakan semua ini masih samar bagi aku. Heh.

"Kau tahu, kalau bukan sebab duit RM50 itu, aku tak akan jumpa dengan pakcik itu, dan kau tahu, pada duit RM50 itu ada tertulis lafaz akad nikah ayah aku semasa berkahwin dengan emak aku. Di bawahnya, ada tertulis, 'Semoga anak kita menjadi khalifah yang berguna di bumi ini.' tertitis juga air mata aku" "Akhir kata-kata dari  pakcik tadi buat aku berfikir panjang, aku duduk di surau memikirkan semua dosa-dosa aku." "Sejak itu aku tekad untuk ubah diri aku."

Terharu aku dengar cerita Dail. RM50. Mesti emak Dail sangat sayangkan duit itu. Harga sentimentalnya tidak ternilai. Ditakdirkan pula Dail untuk mencurinya dan taubat akan kesalahan dia. Niat suci untuk membina keluarga oleh Uncle Husin, sangat aku hormati.

"Kau masih mahu jadi seperti aku?"

Eh, kenapa dia tanya benda ini pula? Cerita panjang lebar, apa konklusinya?

"Hm. Kau ada masa depan yang sangat cerah. Kau beruntung, tak pernah jadi pencuri, tak pernah merokok, tak perlu lalui apa yang aku lalui untuk luruskan iman."

Dia senyum, tampak keikhlasannya katakan semua itu. 

Sekarang aku pula rasa tak senang. Selama ini aku hukum dia tanpa usul periksa. Itu belum kira dosa aku kepada Allah. Selama ini aku ingat aku sudah cukup bersyukur, tapi dari apa yang aku dengar dari mulut Dail, buat aku yakin, aku terkata perkara-perkara yang membuatkan aku nampak tidak bersyukur dengan ikhlas atas semua rezeki yang Allah berikan. 

Saat itu, kami buat perjanjian. Kami masing-masing akan sentiasa membaiki diri daripada kelemahan sendiri. InsyaAllah.

Hampir dipenghujung petang, sebelum mereka pulang ke rumah mereka, kami bersalaman, memohon maaf antara satu sama lain. Yang paling terharu adalah bila Abi peluk Uncle Husin. Ini sebagai tanda tali silaturahim akan dibaik pulih dan diperkuatkan lagi. Aku sangat bersyukur dengan apa yang berlaku hari ini. Semoga Allah berkati kami semua. 

*It has been a while since I last wrote my short stories, all of them did not have a decent ending. So as an effort, I write this not so long short story. I really wish everyone could understand this. My major problem with writing is making people to understand what I am trying to tell them. I am always bad in doing so. So Sorry. Ngee.*

Tuesday, August 6, 2013

In your heart

There is a word in German: Lebenslangerschicksalsschatz. 

And the closest translation would be…'Lifelong Treasure of Destiny.' 

Lebenslangerschicksalsschatz is not something that develops over time. 

It is something that happens instantaneously.

It courses through you like the water of a river after a storm…

filling you and emptying you all at once. 

You feel it throughout your body

…in your hands
…in your heart
…in your stomach
…in your skin

Everyone finds it eventually. You just never know when or where.

by Klaus

Monday, July 15, 2013

Kata nak husnuzon !

Macam semua orang, bila dah dapat apa yang kita mahukan, kita lupa diri, lupa siapa yang berikan semua itu pada asalnya. 

Kita mohon agar semua ketentuan takdir menyebelahi kita dan bila kita tidak dapat, semua ibadah entah ke mana. 

Mungkin ini satu dugaan, dapat sesuatu rezeki yang kita pandang 'musibah'. Badluck kata orang barat. Kita lihat semua orang dapat perkara yang mereka mahukan, walaupun realiti kita kenal mereka sebagai manusia yang malas beribadat. Mula bisik syaitan, "Tuhan tak sayang kamuu.". Astaghfirullah..

Tapi ini bukan pasal mereka, itu semua antara mereka denganNya. Bukan hak sesiapa pun boleh menghukum atau menilai 'keikhlasan' seseorang itu. 

Analoginya. Hari ini mungkin kita diberikan satu bungkusan yang sangat buruk luarannya. Kita nampak semua orang gembira dengan bungkusan fancy siap berbalut reben. Titis air mata kata tuhan tak sayang kita, tapi.. 

Lain pula ceritanya, ada sahabat yang lihat bungkusan kita yang buruk tapi pandai menilainya. Potensi yang ada dan kebarangkalian yang ada dalam bungkusan itu. Semuanya perfect katanya. Pada kita, apa sahaja yang boleh dibuat dengan bungkusan ini? Apa sahaja yang boleh diharapkan benda yang tersembunyi dalamnya?

Sekarang, belum tahu, tapi apa yang telah diberikan, apa yang telah ditetapkan, itu adalah sebaik dan terbaik untuk kita. Kata nak husnuzon ! ;) 

SALAM !

Friday, July 5, 2013

#1 Mula-mula.

Dah lama tak update blog. Rasa janggal pun ada bila cuba nak tulis something. Pernah cuba sekali dua nak kongsi cerita, tapi tak berjaya. Entah, rasa janggal tu terlalu kuat.

Sebab kenapa lama tak update? 

Setiap kali cuba tulis, akan rasa tak sedap hati, dari dulu pun ada. Perlu ke kongsi? Jujur, dulu tak pernah kesah. Tulis apa pun, tak kira apa orang yang baca nak fikir. Punya suka ~ 

Tapi sekarang, dah sedar, apa yang ditulis, akan juga ditanggung dunia akhirat. Selain sedar perkara ni, ada juga 'faktor rakan se'matrikulasi''. Tak mahu menulis idea 'murah'. Murah? Lebih kurang macam 'tidak matang'. 

Sekian lama, ginilah rasa janggalnya bila dah lama tak menulis.

Apa pun, puasa nak dekat, macam-macam boleh jadi, dan bagi rakan seusia yang mohon UPU, keputusan keluar minggu depan. Excited? Takut. Macam dikatakan tadi, macam-macam boleh jadi. 

SALAM !

Wednesday, June 5, 2013

Satu

Sudah ubah pendirian, diri? Sekaligus ini menjadikan entri pembuka selepas berbulan-bulan hilangkan diri. Mungkin sebab rasakan terlalu banyak yang perlu diubah, dari pelbagai perspektif, macam cara berfikir, cara melontarkan idea dan mungkin juga dari sudut 'self reflection'. Semuanya perlu di'naik taraf'. Semua yang lepas, tidak akan dikenang, yang disesali, diambil pengajarannya. Kini, yang baru aku mahu teruskan dengan blog yang lama. 

Beberapa bulan yang lepas, boleh dikatakan hampir semua pendirian aku hapuskan. Mungkin sebab aku rasakan pendirian aku semuanya sampah. Bertopengkan dusta, terisi dengan dosa. Jadi, hidup 'baru', tempat baru, sambung pengajian di sebuah kolej  matrikulasi, tiada yang aku teruja, hanya soalan yang mengisi minda. Apa benar pendirian aku telah buang? Betulkah tindakan aku? Hm. 

Kenal dengan beberapa bakal permata dunia, mereka tampak biasa, tapi aku tahu mereka siapa, dan 'nilai' mereka, memang mengagumkan. Mula persahabatan yang kini, sangat aku hargai, mereka semua baik-baik belaka. Memang seronok dampingi mereka. Soal agama, memang mereka bagaikan lubuk emas bagi aku. Tidak kurang juga dengan semua informasi pelajaran, bilik mereka sering aku kunjungi berhiaskan buku latihan di tangan kanan.

Apa pun, setiap daripada mereka ada kongsikan kata-kata emas. Walaupun bukan dalam bentuk formal, walaupun aku lambat faham, walaubagaimanapun, setiap satu kata-kata itu mempunyai nilai yang tidak ternilai.

Jadi, pendirian? Aku tidak buang pendirian aku, hanya sedikit pembetulan dan penambah baik. 

Idea seseorang itu ada nilai, dan kitalah yang menilainya. - An. 

SALAM !

Sunday, February 24, 2013

Satu cadangan

Selesai solat Asar di surau, memang sayup hati rasa, memang aman fikiran tanpa ada gangguan. Terus bangun dari barisan saf, terus menuju ke sayap kiri surau, kawasan yang boleh dikatakan kawasan yang paling cerah diterangi cahaya petang matahari. Mungkin juga itu menjadi sebab kawasan ini menjadi satu kawasan yang paling sesuai untuk mengadakan majlis Ta'lim.

Nak jadikan cerita, seorang rakan satu kuliah juga hadir dan turun bersama bermusyarat selepas selesai bacaan hadith pada malam sebelumnya, dipilih untuk membaca hadith selepas asar keesok harinya. 

Seperti yang dipertanggungjawabkan, dia sedang bersiap sedia, memilih hadith yang mahu dibacakan pada malam itu. Aku datang di tepinya yang sedang sibuk membuka helaian demi helaian muka surat untuk mencari hadith yang ingin dibacakan, memandangkan dia masih mencari-cari , lalu aku bisikan, "solat berjemaah", dalam nada meminta dengan niat memberi cadangan. 

Tiba masa majlis Ta'lim bermula, kami semua duduk dalam satu kawasan secara berapat dan memandang ke arahnya, dan dia mula dengan bismillah dan salam, lalu dibacakan hadith yang berkenaan dengan 'solat berjemaah'.

SALAM.

Saturday, February 2, 2013

Watak Pertama

Watak pertama, berjubah putih, selipar merah, kopiah hitam, setiap subuh inilah yang ternampak pada tubuhnya. Bayang putih dalam gelap cahaya malam. Memang susah untuk terlepas pandang. Setiap langkah dia atur dengan baik, semua itu hanya untuk mendapat keredhaanNya. 

Watak kedua, berjubah hitam, kasut croc, kopiah putih, berbeza dengan watak pertama, amat ketara. Muka ketat berjalan sambil kakinya menyeret kasutnya itu. Niatnya hanya untuk berbangga dengan harapan perlakuan itu mendapat perhatian sekitarnya.  

Watak ketiga, berT-lengan panjang, selipar 'tandas', 'free hair'(tak pakai kopiah/serban/etc., santai, niatnya serupa watak pertama, beza pada akhlaknya dan amalnya, mungkin jauh ketinggalan, tapi masih mencuba.

#credit to a friend in college :) 

SALAM

Saturday, January 5, 2013

Putih, dia sangat putih.

Bila hati keras, memang dah macam batu, susah nak tinggalkan mentaliti lama, sangat tidak matang. Bila kawan-kawan semua main peranan, semua suka beri pendapat dan nasihat. Memang susah nak lawan cakap mereka yang sememangnya kata-kata itu benar. Semakin lama terhakis juga batu tadi, juga muncul mentaliti baru yang boleh dikatakan matang, mungkin. Haha.

Menariknya, ada yang putih, memang selalu jumpa, dah memang satu kuliah, dan satu agama. Memang tertarik dengan cara dia. Boleh kata, dia stylo gila. Mesti semua senang dengan watak dia, pendapat diri ini pula, dia sangat jujur dan ikhlas, memang stylo, haha. 

Diri ini? Haha. Mungkin hanya tukang memerhati dan tukang diinspirasi. 

Apa pun, syukur ada mereka semua, setidak-tidaknya ada juga yang boleh mengingatkan bila diri ini lupa dan alpa, dan mungkin satu hari nanti boleh jadi semulia mereka.

SALAM.