Sunday, February 24, 2013

Satu cadangan

Selesai solat Asar di surau, memang sayup hati rasa, memang aman fikiran tanpa ada gangguan. Terus bangun dari barisan saf, terus menuju ke sayap kiri surau, kawasan yang boleh dikatakan kawasan yang paling cerah diterangi cahaya petang matahari. Mungkin juga itu menjadi sebab kawasan ini menjadi satu kawasan yang paling sesuai untuk mengadakan majlis Ta'lim.

Nak jadikan cerita, seorang rakan satu kuliah juga hadir dan turun bersama bermusyarat selepas selesai bacaan hadith pada malam sebelumnya, dipilih untuk membaca hadith selepas asar keesok harinya. 

Seperti yang dipertanggungjawabkan, dia sedang bersiap sedia, memilih hadith yang mahu dibacakan pada malam itu. Aku datang di tepinya yang sedang sibuk membuka helaian demi helaian muka surat untuk mencari hadith yang ingin dibacakan, memandangkan dia masih mencari-cari , lalu aku bisikan, "solat berjemaah", dalam nada meminta dengan niat memberi cadangan. 

Tiba masa majlis Ta'lim bermula, kami semua duduk dalam satu kawasan secara berapat dan memandang ke arahnya, dan dia mula dengan bismillah dan salam, lalu dibacakan hadith yang berkenaan dengan 'solat berjemaah'.

SALAM.

No comments: