Wednesday, June 5, 2013

Satu

Sudah ubah pendirian, diri? Sekaligus ini menjadikan entri pembuka selepas berbulan-bulan hilangkan diri. Mungkin sebab rasakan terlalu banyak yang perlu diubah, dari pelbagai perspektif, macam cara berfikir, cara melontarkan idea dan mungkin juga dari sudut 'self reflection'. Semuanya perlu di'naik taraf'. Semua yang lepas, tidak akan dikenang, yang disesali, diambil pengajarannya. Kini, yang baru aku mahu teruskan dengan blog yang lama. 

Beberapa bulan yang lepas, boleh dikatakan hampir semua pendirian aku hapuskan. Mungkin sebab aku rasakan pendirian aku semuanya sampah. Bertopengkan dusta, terisi dengan dosa. Jadi, hidup 'baru', tempat baru, sambung pengajian di sebuah kolej  matrikulasi, tiada yang aku teruja, hanya soalan yang mengisi minda. Apa benar pendirian aku telah buang? Betulkah tindakan aku? Hm. 

Kenal dengan beberapa bakal permata dunia, mereka tampak biasa, tapi aku tahu mereka siapa, dan 'nilai' mereka, memang mengagumkan. Mula persahabatan yang kini, sangat aku hargai, mereka semua baik-baik belaka. Memang seronok dampingi mereka. Soal agama, memang mereka bagaikan lubuk emas bagi aku. Tidak kurang juga dengan semua informasi pelajaran, bilik mereka sering aku kunjungi berhiaskan buku latihan di tangan kanan.

Apa pun, setiap daripada mereka ada kongsikan kata-kata emas. Walaupun bukan dalam bentuk formal, walaupun aku lambat faham, walaubagaimanapun, setiap satu kata-kata itu mempunyai nilai yang tidak ternilai.

Jadi, pendirian? Aku tidak buang pendirian aku, hanya sedikit pembetulan dan penambah baik. 

Idea seseorang itu ada nilai, dan kitalah yang menilainya. - An. 

SALAM !

No comments: