Saturday, August 9, 2014

Lepas ni apa?

MY PLANS

Mungkin bukan plans, lebih kepada komen toward the current topik. Meh.

1. Degree

Currently a student of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bachelor of Electrical Engineering Technology (Electrical Power) with Honours. Basically all we learn is pasal elektrik. Hopefully dapat cope dengan setiap subjek.


2. Study Plans

Baru tamat tahun pertama pengajian, rasanya boleh cope dengan studies. Dapat kawan-kawan rapat yang rajin belajar(last minute). Tapi study 24 jam tak boleh jugak, kena release stress. Harap-harap setiap semester semangat untuk belajar bertambah.




3. Results

Keputusan semester 1 dan 2 memberangsangkan. Ada peningkatan. Alhamdulillah. Moga momentum dikekalkan. Teringat semester satu bila tengok kawan-kawan lain dapat result lagi bagus, aku rasa nak nangis. Cis.



4. Target




I just read an article about a student dapat Anugerah Di-Raja masa konvo dia. So yeah, berangan nak dapat jugak, kalau ada rezeki boleh sambung PhD. Kenapa? Untuk kepuasan diri sendiri.

Artikal 1




5. Love life 

Aku rasa dah tiba masanya untuk aku serius dalam mematangkan diri sebagai persediaan untuk berumah tangga. Mungkin esok aku mintak nombor dia.

Every now and then, I will update or give a comment to my plans. InsyaAllah.



Sekarang? / Lepas ni apa ? - Updated !

I was going to post something else.. but then I saw a post of mine. It was long time ago, back in 2010. Aku tulis satu entri pasal 'Future Plans'. Originally entri tu aku tulis sebab got inspired by a post by a friend of mine. Then after SPM aku update my future plans. Sekarang? Nak update.. :B

Malam-malam macam ni la pulak aku tidur lambat. Haha. Ok, baru je jap tadi aku pergi usha entri-entri lama aku. Haha. Kelakar betullah aku ni. Siot je ayat-ayat aku. Maka terjumpalah satu entri aku masa 2010. Nak tertitis air mata bila baca. Rindu gilaa kut. Ok actually ni list future aku. So far so good, right on track. Haha. Nak cross out mana yang dah tercapai. Wehoo.. xP 

  Lepas ni apa? 

"Baru je tadi, aku layan blog-blog awesome cengkawan aku. And aku terjumpa post kawan aku sorang ni, Catchy title nye, Masa Depan, haha, banyak persoalan tertimbul. 
SPM? Lepas SPM? University? Lepas University? Kahwin? OMG. Migraine aku."
Wow, dari dulu aku semangat nak masuk universiti eh. Haha.
Tamat tahun pertama pengajian, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) Dengan Kepujian. Sekarang tengah cuti menunggu semester 1 tahun ke-2. Yeah.

Perhh, lepas je baca post dia aku terus inspired, ye lah, semua orang pun ada masa depan kan? Ok. So, apa plan aku? 

Planning je reti, tapi xfollow pun. BAGUS SANGAT! Haha.
Aku rasa ini lebih kepada memberi komen untuk planning aku yang lepas. Entah.

  My plans. > ORANGED UPDATED > BLACKED UPDATED

Masuk je tahun baru ni, dah mula sekolah, belajar lah elok-elok, hopefully, senang lah semua topics form 5 ni. Haha. 

Tak serajin yang aku plan. Tapi alhamdulillah.. ada jugak peningkatan. :)

  SPM? 


Ala, buat je lah. 

Dah tamat dahh..
Ramai orang kata result SPM tak penting bila masuk universiti. Tak penting, tapi penting kalau nak apply biasiswa dll. Penting atau tidak? :\

  Lepas SPM? PLKN? 


Form 5 nanti aku pastikan aku aktif kokurikulum so then aku takkan terpilih although sounds great and awesome but i have my own plans. Haha. 

Dulu aku xnak masuk PLKN, tapi bila fikir balik, rasa macam nak la pulak. Haha.
Aku dapat ramai kawan yang pernah masuk PLKN, they said it was awesome. Meh.

  Nak kerja sambilan? 


InsyaAllah.

InsyaAllah bulan 3 nanti aku cari kerja. Sebab time tu insyaAllah JPJ dah luluskan lesen aku. Wehoo.
Dah banyak kali aku janji nak kerja tapi, tanam anggur lagi senang. ~

  And masa dapat keputusan SPM? 


Well, aku takkan bersedih atau menyesal apa-apa sebab aku buat apa pun keputusan dah dapat. heh. And hopefully semua A- ke atas. Amin. 

CUAK KOT. :\
Soalan ni tak valid dah.

  Lepas dapat result? 

Haha, cara pemilihan IPTA/IPTS aku sama je macam pelajar lain, mesti nak yang bagus-bagus je. haha. Ikut rezeki je lah. Aku plan nak masuk UM/UKM/UNISEL. Haha, semua ranking tinggi je eh. haha. Ouh yea, aku tak berhasrat nak masuk Universiti kat luar negar macam Harvard, Oxford, atau Stanford, etc, kerna aku berangan-angan ni ada limits, lol. haha, kata je lah tak layak en. lolol 

Dulu aku target high je, haha. Sekarang ni pun target high gak, IIUM, course apa? Jengjengjeng.. HUMANSCIENCE, yup, dah tukar minat. Nak jadi kaunselor. :D

  Fakulti/bidang apa? 


Well, mesti lah Engineering. 

Minat tu dah dipendam buat pekasam. :\ 
Aku dapat course engineering. So yeah.

Nak jadi Doktor?, takut darah. 

Harapanlah aku nak ambil medic. Haha.. sure xlayak. :\
InsyaAllah kalau ada rezeki nak sambung PhD. Ngee.

Nak jadi cikgu, Semua keturunan aku, banyak dah cikgu.

-____- Mak aku ckp jgn jadi cikgu. Up sikit !
Teringin nak jadi lecturer. Hm..

Nak jadi ahli saintis? Peluang pekerjaan susah kata kebanyakkan orang. (aku nak sangat jadi saintis) 

Harapann~
Why not? 
Boleh dikatakan, kebanyakkan pilihan cita-cita aku ditolak atau diperlekehkan dan kurang mendapat sokongan moral. Hampeh. 

Kesiannya aku. Haha.

  So ending nya?


Kahwin dengan siapa? Hanya Allah yang mengetahui. jeng jeng jeng. 

Err.. aku tak ingat aku tulis ni. -___-
Aku tak bercita untuk couple sebab I am suck being in a relationship. Tapi aku suka somebody since form 2 lagi. Maybe after degree insyaAllah.
Dan setiap hari aku akan memperbaharui(betul ke aku eja ni?) plans aku for a better future. :D 

Yup, dah settle. Haha.\
Bukan setiap hari, mungkin setiap tahun.

Ok lah. Plan aku ni bosan jugak kan? Pe je lah. Wassalam. :) and thank you for reading. :) 

Ye ye, terima kasihhh~
Rancangan masa hadapan, mungkin akan berubah ikut ketentuan takdir. :)

Friday, August 8, 2014

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian for Dummies

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian

Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM
Basically all you need to know are these things, Subjects, Lecturers, Faculty and Maps. Jadi dalam entri kali ni nak berkongsi sedikit pengalaman semester 1 dan 2 selaku student BNE.

BNE ? - Kod kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian, jadi kita ni bebudak BNE. 

Nak explain ikut kategori memang susah, jadi, kita buat dalam bentuk kronologi boleh? hehe.

Dalam Minggu Haluan Siswa, nanti korang akan diberikan beberapa benda penting, dan yang paling penting dari segi education is Buku Proforma Akademik. Dalam buku tu ada tertulis subjek-subjek yang bakal diambil sepanjang tahun pengajian. 

Proforma 

Dalam MHS juga ada satu hari akan disediakan satu sesi khas untuk semua pelajar baru untuk daftar kursus. 

Nak daftar kursus apa dulu? 
Kami setuden intake pertama just follow senarai yang tersedia dalam proforma akademik kami, sebab senang dan memang dia sediakan untuk pelajar follow je senarai tu. So, just follow je.
List Subjek

Selesai daftar kursus, tunggu dan lihat apa jadi pada minggu pertama kuliah. Biasanya sesi akademik minggu pertama lecturer malas mengajar dan ada juga yang tak hadir langsung kelas. Perkara biasa just ignore, tapi ada benda yang korang kena take note. Perubahan jadual. Masa MHS nanti ada seniors yang akan cakap benda yang sama, perubahan jadual wajib berlaku setiap semester. WAJIB.

Biasanya kalau ada berubahan pada jadual, nanti korang kena tukar seksyen, seksyen is basically kelas. Sesetengah subjek atau kursus sediakan beberapa seksyen untuk pelajar pilih bagi suaikan dengan jadual belajar masing-masing. 
Contoh jadual macam ni :-

Random Jadual

Untuk subjek core macam DC Electricity and Magnetism, Computer Technology dan Math For Eng Tech 1, usually korang have no choice dari segi memilih seksyen.

Tapi untuk subjek universiti macam Academic English, Islamic Studies dan yang lain-lain, korang boleh pilih seksyen. It is important that you know this ! Sebab pilih seksyen is actually equivalent to pilih 'lecturer'.

In university, memang tak sempurna, memang tak adil, so you need to be smart. Ada pensyarah yang seronok, ada yang tak, ada yang suka gagalkan student dan macam-macam lagi. You need to ask your seniors untuk tips bagi memilih lecturers. Memang semua orang kata semua lecturer bagus tapi lagi bagus kan kalau kita dapat kenal sedikit pasal lecturer yang kita bakal belajar with?

Test, Quiz, Projects dan FInals.

The first class is important, listen to your lecturers. Sebab masa ni dia akan cakap tarikh-tarikh penting, tarikh test, quiz, dan dia akan brief pasal projects. Projects? Biasanya presentations, tapi ikut mood lecturer, kalau dia nak buat something different, ikut je.

Sistem Gred

Carrymark sangat-sangat penting, 60%. Nak dekat finals nanti lecturers akan bagitahu markah carrymark student, kalau dia tak bagitahu, tanya dia markah carrymark korang. Tak tanya pun takpa, buat sakit hati tahu carrymark sendiri. lol.

Finals, ... yang penting mintak tips dari pensyarah, seniors, kawan dan buatlah apa-apa yang patut. Cubalah spend a night studying in the bilik 24 hours dekat library UTHM. Minggu Studyweek seronok belajar dekat bilik tu. Ramai orang.

Perpustakaan UTHM


Results? Biasanya tak menentu, paling awal dia keluarkan seawal seminggu selepas tamat finals tapi who knows. Tunggu je.

Membantu tak? Hehe. Nah Map UTHM. 

Map UTHM

Next Entri nanti InsyaAllah akan share beberapa tips or as I like to call it, Cheatcode dalam kehidupan Universiti. Cheatcode UTHM.

SALAM !