Friday, August 8, 2014

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian for Dummies

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian

Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM
Basically all you need to know are these things, Subjects, Lecturers, Faculty and Maps. Jadi dalam entri kali ni nak berkongsi sedikit pengalaman semester 1 dan 2 selaku student BNE.

BNE ? - Kod kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian, jadi kita ni bebudak BNE. 

Nak explain ikut kategori memang susah, jadi, kita buat dalam bentuk kronologi boleh? hehe.

Dalam Minggu Haluan Siswa, nanti korang akan diberikan beberapa benda penting, dan yang paling penting dari segi education is Buku Proforma Akademik. Dalam buku tu ada tertulis subjek-subjek yang bakal diambil sepanjang tahun pengajian. 

Proforma 

Dalam MHS juga ada satu hari akan disediakan satu sesi khas untuk semua pelajar baru untuk daftar kursus. 

Nak daftar kursus apa dulu? 
Kami setuden intake pertama just follow senarai yang tersedia dalam proforma akademik kami, sebab senang dan memang dia sediakan untuk pelajar follow je senarai tu. So, just follow je.
List Subjek

Selesai daftar kursus, tunggu dan lihat apa jadi pada minggu pertama kuliah. Biasanya sesi akademik minggu pertama lecturer malas mengajar dan ada juga yang tak hadir langsung kelas. Perkara biasa just ignore, tapi ada benda yang korang kena take note. Perubahan jadual. Masa MHS nanti ada seniors yang akan cakap benda yang sama, perubahan jadual wajib berlaku setiap semester. WAJIB.

Biasanya kalau ada berubahan pada jadual, nanti korang kena tukar seksyen, seksyen is basically kelas. Sesetengah subjek atau kursus sediakan beberapa seksyen untuk pelajar pilih bagi suaikan dengan jadual belajar masing-masing. 
Contoh jadual macam ni :-

Random Jadual

Untuk subjek core macam DC Electricity and Magnetism, Computer Technology dan Math For Eng Tech 1, usually korang have no choice dari segi memilih seksyen.

Tapi untuk subjek universiti macam Academic English, Islamic Studies dan yang lain-lain, korang boleh pilih seksyen. It is important that you know this ! Sebab pilih seksyen is actually equivalent to pilih 'lecturer'.

In university, memang tak sempurna, memang tak adil, so you need to be smart. Ada pensyarah yang seronok, ada yang tak, ada yang suka gagalkan student dan macam-macam lagi. You need to ask your seniors untuk tips bagi memilih lecturers. Memang semua orang kata semua lecturer bagus tapi lagi bagus kan kalau kita dapat kenal sedikit pasal lecturer yang kita bakal belajar with?

Test, Quiz, Projects dan FInals.

The first class is important, listen to your lecturers. Sebab masa ni dia akan cakap tarikh-tarikh penting, tarikh test, quiz, dan dia akan brief pasal projects. Projects? Biasanya presentations, tapi ikut mood lecturer, kalau dia nak buat something different, ikut je.

Sistem Gred

Carrymark sangat-sangat penting, 60%. Nak dekat finals nanti lecturers akan bagitahu markah carrymark student, kalau dia tak bagitahu, tanya dia markah carrymark korang. Tak tanya pun takpa, buat sakit hati tahu carrymark sendiri. lol.

Finals, ... yang penting mintak tips dari pensyarah, seniors, kawan dan buatlah apa-apa yang patut. Cubalah spend a night studying in the bilik 24 hours dekat library UTHM. Minggu Studyweek seronok belajar dekat bilik tu. Ramai orang.

Perpustakaan UTHM


Results? Biasanya tak menentu, paling awal dia keluarkan seawal seminggu selepas tamat finals tapi who knows. Tunggu je.

Membantu tak? Hehe. Nah Map UTHM. 

Map UTHM

Next Entri nanti InsyaAllah akan share beberapa tips or as I like to call it, Cheatcode dalam kehidupan Universiti. Cheatcode UTHM.

SALAM !

No comments: