Wednesday, October 21, 2015

Terjun tanpa pendirian

Bila kau terjun bangunan, kau pandang bawah.
Kau kenang masa silam kau, kau teringat mak bapak kau.
Rasa tenang zaman dulu, tak banyak masalah.
Beza yang nyata, sekarang kau susah.

Bila kau terjun bangunan, ramai orang sorak.
Sorak sebab gembira, sorak sebab bencikan kau.
Kau pun ikut peredaran kotak fikiran orang.
Semua taksub untuk diterima, taksub untuk puaskan hati mereka.

Bila kau terjun bangunan, kau lupakan ramai orang.
Kau lupakan keluarga kau, kau lupakan sahabat-sahabat kau.
Semua pernah berikan kau semangat, tapi kau lemah tak bertempat.
Kau alpa dengan fikiran negatif orang berikan, kau terjun tanpa pendirian.


No comments: